Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu - Pernilam

Call Directions Website Contact the organization

Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu - Pernilam Pendaftaran : PPM-029-10-26062018

PERNILAM adalah sebuah pertubuhan yang mendapat kelulusan pendaftaran yang sah melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966 di atas nama:

PERTUBUHAN PENGGIAT SENI ALAM MELAYU

No. MISI
-Membangunkan sahsiah dan jatidiri dikalangan ahli melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian
-Memulihara dan mengekalkan warisan tradisi melalui kajian-kajian dan acara-acara yang melibatkan sejarah, seni budaya dan warisan
-Meningkatkan keharmonian dan perpaduan antara kaum dengan menggalakan penyertaan aktiviti terbuka kepada umum


VISI
-Mewujudkan bangsa berjati diri tinggi serta berpengetahuan luas dalam memartabatkan dan mengekalkan SENI BUDAYA dan WARISAN MELAYU

OBJEKTIF
-Mengumpulkan dan mengeratkan hubungan silaturahim sesame ahli yang mempunyai minat yang cenderung kearah kecintaan terhadap seni budaya dan warisan Melayu
-Menjadi sebuah platform bagi menyatupadukan semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan kaum
-Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan Pendidikan mengenai seni budaya dan warisan Melayu
-Menjadi platform saluran maklumat mengenai seni budaya dan warisan Melayu
-Menjalakan kan kerja-kerja penyelidikan mengenai seni budaya dan warisan -Melayu bagi mengukuh dan memulihara informasi mengenai seni budaya dan warisan Melayu

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAMAHTUN DR. SITI HASMAH MOHD ALIPertu...
28/09/2026

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAMAH
TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI

Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM) merakamkan setinggi-tinggi rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 (Isnin), bersamaan 16 Rabiulakhir 1448 Hijrah. Pemergian Allahyarhamah pada usia 100 tahun telah disahkan oleh ahli keluarga pada pagi ini.

PERNILAM turut mengenang jasa, sumbangan dan bakti Allahyarhamah dalam bidang kesihatan, kebajikan masyarakat serta khidmat kepada negara sepanjang hayat beliau. Semoga segala amal kebajikan dan jasa yang telah dicurahkan menjadi pahala yang berpanjangan serta dikenang oleh generasi akan datang.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa dan kesalahan beliau, melapangkan kuburnya serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan dikurniakan sebaik-baik tempat di sisi-Nya.

Setulus-tulus ucapan takziah turut dizahirkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi.
Al-Fatihah.

Daripada:
Ahli Jawatankuasa dan seluruh warga
Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM)

23 September 2026  hingga 4 Oktober 2026Pameran keris, parang, busana, destar di IOI mall, PutrajayaFoyer ioi Putrajaya ...
25/09/2026

23 September 2026 hingga 4 Oktober 2026

Pameran keris, parang, busana, destar di IOI mall, Putrajaya

Foyer ioi Putrajaya berhampiran Hotel Moxy Putrajaya.

Dengan Penuh Rasa Dukacita, Kami Merakamkan Ucapan Salam Takziah Kepada Seluruh Ahli Keluarga Allahyarham. Semoga Allah ...
12/09/2026

Dengan Penuh Rasa Dukacita, Kami Merakamkan Ucapan Salam Takziah Kepada Seluruh Ahli Keluarga Allahyarham.

Semoga Allah SWT Mengampunkan Segala Dosa & Kesilapan Arwah, Menerima Segala Amal Ibadah Serta Kebajikan Yang Telah Dilakukan, Melapangkan Kuburnya, Menempatkannya Dalam Kalangan Hamba2Nya Yang Beriman, Dan Mengurniakan Syurga Yang Tertinggi. Semoga Seluruh Ahli Keluarga Dikurniakan Ketabahan, Kesabaran Serta Kekuatan Dalam Menghadapi Ujian Yang Berat Ini.

Kepada Allahyarham YM RAJA AHMAD AKASHAH

''Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
Allahumagh Firlahu Warhamhu Waafihi Waafuanhu''

Al-Fatihah
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَۙ (1) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِۙ (2) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِﭤ(3) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُﭤ(4) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَۙ (5) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ ﴰ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ۠ (7)

Ikhlas Daripada : PERNILAM Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu - Pernilam

✅ FB - Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu
✅ IG - PERNILAM
✅ TikTok - PERNILAM KEBANGSAAN

MAKLUMAN RASMI PERTANDINGAN DESTAR WARISANPihak Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM) ingin memaklumkan bahawa...
29/08/2026

MAKLUMAN RASMI PERTANDINGAN DESTAR WARISAN

Pihak Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM) ingin memaklumkan bahawa setelah mengambil kira jumlah penyertaan yang diterima serta semakan terhadap pematuhan syarat pertandingan, khususnya ketetapan bahawa setiap penyertaan mestilah menampilkan Destar Warisan, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan Pertandingan Destar Warisan bagi edisi kali ini.

Keputusan ini dibuat setelah pertimbangan sewajarnya bagi memastikan objektif pertandingan, nilai warisan, kesaksamaan penilaian serta kredibiliti pertandingan sentiasa terpelihara. Walaupun sasaran awal penyertaan ditetapkan sehingga 100 peserta, jumlah penyertaan yang memenuhi kriteria pertandingan masih belum mencapai tahap yang sesuai untuk pertandingan dilaksanakan sebagaimana konsep asal yang telah dirancang.

PERNILAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, khususnya para peserta yang telah mengemukakan penyertaan, pihak penaja hadiah, rakan kerjasama serta semua pihak yang membantu dalam usaha menjayakan pertandingan ini.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Pihak PERNILAM berharap sokongan terhadap usaha memartabatkan seni, budaya dan warisan Melayu akan terus diberikan pada program-program akan datang.

Terima kasih atas kefahaman dan sokongan semua pihak.

Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM)

Pertandingan Destar Warisan PERNILAM di Festival Dongeng Purbakala, Dewan Hamzah, Klang.1. Penyertaan terhad kepada 100 ...
23/08/2026

Pertandingan Destar Warisan PERNILAM di Festival Dongeng Purbakala, Dewan Hamzah, Klang.

1. Penyertaan terhad kepada 100 orang terawal sahaja.
2. Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.
3. Peserta terdiri daripada warganegara Malaysia yang sah sahaja.
4. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM5 ke akaun: AKADEMI SENI TRADISIONAL WARISAN MELAYU No. Akaun: 860 233 7312 Bank: CIMB. Bukti bayaran hendaklah dimuatnaik diborang ini.
5. Hanya seorang sahaja peserta yang akan dipilih sebagai pemenang dan akan menerima hadiah wang sebanyak RM500.
6. Hanya Destar warisan sahaja boleh dipertandingkan, destar kreasi akan secara automatik disingkirkan.
7. Peserta yang disenarai-pendekkan hendaklah hadir untuk sesi penilaian akhir destar pada Ahad, 30hb Ogos 2026 pada jam 2.30 ptg di reruai PERNILAM semasa Festival Dongeng Purbakala berlangsung di Dewan Hamzah, Klang, Selangor (Berhadapan Pejabat Majlis Bandaraya Diraja Klang)
8. Destar warisan akan dinilai daripada aspek:
i. Kekemasan
ii. Kesesuaian jenis kain/warna
iii. Ketepatan destar warisan (simpulan/karangan)
9. Peserta hendaklah mempertandingkan destar warisan karangan sendiri sahaja.
10. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28hb Ogos 2026, atau setelah cukup 100 penyertaan.
11. Pemenang akan diumumkan pada hari Ahad, 30hb Ogos 2026 semasa sesi penyampaian hadiah diakhir majlis Festival Dongeng Purbakala.
12. Peserta digalakkan memakai Destar yang dipertandingkan pada hari Ahad. 30hb Ogos 2026 tersebut dan berbusana.
13. Penyertaan TERBATAL jika Peserta adalah petugas atau Individu yang terlibat dalam persembahan di dalam Festival Dongeng Purbakala pada 30 Ogos 2026.

Sekiranya tidak berjaya mengimbas Kod QR , terus klik pada pautan ini untuk pendaftaran https://forms.gle/VixYma7jUmHJHYGA9
Sebarang pertanyaan berkaitan pertandingan boleh diajukan melalui aplikasi whatapps: Encik Mohd Shahrum 012-7688905 atau Cik Amirah KC 019-576 6459.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
FESTIVAL DONGENG PURBAKALA (29-30 Ogos 2026))
Klang, Selangor
+
LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK-ANAK DAN RAKAN ANDA DISINI.
Ada banyak permainan untuk dewasa dan kanak-kanak.
+
Antara acara yang diadakan
- Konsert Gamelan lebih dari 100 peserta akan buat persembahan.
- Funfair / Taman Loka Ria (Kanak-kanak dan dewasa)
- Cosplay pelbagai watak dan pertandingan
- Keris Berdiri
- Kuiz dan teka, Menang Hadiah.
- Tarian Melayu
- Muzik Tradisional
- Pameran (Keris Kualiti Tinggi, Busana, Pakaian Tradisional, Askar zaman Dulu, Destar, Dongeng, Mitos, Anak Patung Busana)
- Pelbagai watak Cosplay juga pertandingan Cosplay
- Rumah Hantu
- Komik-komik konsep Alam Melayu dan nusantara
- Catur Melayu Sebenar (Pertandingan)
- Silat
- Tari Gayong Otar-otar
- Pertandingan Busana Cilik.
- Gerai Jualan
dan banyak lagi acara-acara menarik
++++++++++++++++++
FESTIVAL DONGENG PURBAKALA 2026
Tempat:Dewan Hamzah, Klang, Selangor
Tarikh: 29-30 Ogos 2026 (2 hari)
Masa: 9am - 6pm
+
Sila like dan Follow untuk maklumat terbaru berkaitan acara tambahan dan peluang menangI hadiah.

Bawa kawan, anak-anak dan keluarga. Pasti tak boringFESTIVAL DONGENG PURBAKALA (29-30 Ogos 2026))Klang, Selangor+LUANGKA...
22/08/2026

Bawa kawan, anak-anak dan keluarga. Pasti tak boring

FESTIVAL DONGENG PURBAKALA (29-30 Ogos 2026))
Klang, Selangor
+
LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK-ANAK
Ada banyak permainan untuk dewasa dan kanak-kanak.
+
Antara acara yang diadakan
- Konsert Gamelan lebih dari 100 peserta akan buat persembahan.
- Funfair / Taman Loka Ria (Kanak-kanak dan dewasa)
- Cosplay pelbagai watak dan pertandingan
- Keris Berdiri
- Kuiz dan teka, Menang Hadiah.
- Tarian Melayu
- Muzik Tradisional
- Pameran (Keris Kualiti Tinggi, Busana, Pakaian Tradisional, Askar zaman Dulu, Destar, Dongeng, Mitos, Anak Patung Busana)
- Pelbagai watak Cosplay juga pertandingan Cosplay
- Rumah Hantu
- Komik-komik konsep Alam Melayu dan nusantara
- Catur Melayu Sebenar (Pertandingan)
- Silat
- Tari Gayong Otar-otar
- Pertandingan Busana Cilik.
- Gerai Jualan
dan banyak lagi acara-acara menarik
+
FESTIVAL DONGENG PURBAKALA 2026
Tempat:Dewan Hamzah, Klang, Selangor
Tarikh: 29-30 Ogos 2026 (2 hari)
Masa: 9am - 6pm
Sila like dan Follow untuk maklumat terbaru berkaitan acara tambahan dan peluang menang hadiah.

17/08/2026

Festival Dongeng Purbakala 28-30 Ogos 2026
ANDA MESTI FOLLOW DAN LIKE PAGE INI UNTUK TERIMA UPDATE PERKEMBANGAN TERBARU.
+
Antara acara yang diadakan
- Konsert Gamelan lebih dari 100 peserta akan buat persembahan.
- Funfair
- Keris Berdiri
- Tarian Melayu
- Muzik Tradisional
- Pameran
- Pelbagai watak Cosplay juga pertandingan Cosplay
- Rumah Hantu
- Komik-komik konsep Alam Melayu dan nusantara
- Catur Melayu (Pertandingan)
- Silat
- Tari Gayong Otar-otar
- Pertandingan Busana Melayu
- Gerai Jualan
dan banyak lagi acara-acara menarik

FESTIVAL DONGENG PURBAKALA 2026
Tempat:Dewan Hamzah, Klang, Selangor
Tarikh: 28-30 Ogos 2026
Masa: 9am - 6pm)

https://alammelayu.my/akademi/pelancongan/festival-dongeng-purbakala/

17/08/2026
17/08/2026

Jumpa semua hantu-hantu disana nanti 29-30 Ogos 2026 (2 hari)
https://alammelayu.my/akademi/pelancongan/festival-dongeng-purbakala/

MESTI FOLLOW DAN LIKE PAGE INI UNTUK TERIMA UPDATE PERKEMBANGAN TERBARU.

Antara acara yang diadakan
- Konsert Gamelan lebih dari 100 peserta akan buat persembahan.
- Funfair
- Tarian Melayu
- Muzik Tradisional
- Pameran
- Pelbagai watak Cosplay juga pertandingan Cosplay
- Rumah Hantu
- Komik-komik konsep Alam Melayu dan nusantara
- Catur Melayu (Pertandingan)
- Pertunjukan Fesyen
- Silat
- Tari Gayong Otar-otar
- Pertandingan Busana Melayu
- Gerai Jualan

dan banyak lagi acara-acara menarik

Gambar sumber dari lemon8

Ulang Siar : Dalam usaha memartabatkan Budaya & musik Tradisional telah berlangsung Majlis Gamelan Santai Aidilfitri 202...
26/04/2026

Ulang Siar : Dalam usaha memartabatkan Budaya & musik Tradisional telah berlangsung Majlis Gamelan Santai Aidilfitri 2026 pada 19 April 2026 di Mini Auditorium Majlis Bandaraya Diraja Klang. Majlis ini adalah anjuran Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu dengan Kerjasama Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM), Pusaka Gayong MBDK, Aura Asshifa & Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Gelanggang Perahu Bugis. Acara utama persembahan 5 kumpulan Gamelan, diselangi dengan acara lain seperti persembahan silat, demo ikatan samping, pertandingan busana tercantik serta acara lain yang berlaku serentak iaitu pameran Destar, pameran pakaian Alam Melayu, jualan Destar, pakaian & buku serta permainan catur Melayu dan permainan Tradisional (congkak). Malah terdapat juga permainan untuk kanak-kanak.

Terima kasih kepada yang kongsi gambar sebelum, semasa & selepas program. Kredit kpd mereka yg membantu menjayakan majlis : Nur Amirah Hanis , Azmie Mie , Jiraiya Sama , Rimbun Kesuma II , Arash Mamasab , Muhamad Zahardad , Abu Zaahir , cikgu Muhamad Shahrizal , cikgu Saiful Amin. Terima kasih juga atas kesudian cikgu Fadzil Azwan , cikgu Eszeree Rimie yg turut hadir membantu & semua jemputan yang memeriahkan majlis.

Untuk makluman pelajar Gamelan bukan sahaja terdiri daripada bangsa Melayu tapi bangsa cina juga minat mempelajari Gamelan. Kelas Gamelan ini telah berjalan sejak 3 tahun lepas anjuran Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu.

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu - Pernilam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu - Pernilam:

Shortcuts

Share