Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN)

Call Directions Website Contact the organization

Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN) Kepimpinan | Jaringan | Profesional Pertubuhan ini ditubuhkan agar menjadikan pertubuhan alumni yang terkemuka setaraf dunia dengan

i. ii. iii. iv. v. vi.

Menyatukan bekas ahli Majlis Perwakilan Pelajar UiTM di seluruh Malaysia. Meneruskan kesinambungan mantan pemimpin-pemimpin pelajar UiTM yang
mendukung aspirasi universiti. Menjalankan kegiatan sukan, rekreasi dan kebajikan yang dapat memberikan
kebaikan kepada ahli-ahli. Bekerjasama dengan badan-badan berkaitan untuk menjayakan program
akademik/profesional dan khidmat masyarakat bagi meningkatkan imej persatuan. Bekerjasama dengan badan-badan
profesional untuk meningkatkan profesion. Memberikan kerjsama dan sokongan kepada UiTM secara berterusan untuk
menjayakan hasrat UiTM menjadi Universiti terunggul di negara dan dunia.

10/10/2026

Rektor dan seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Dato Sri Haji Abdul Wahab bin Aziz, Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), atas pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak โ€“ Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S.) yang membawa gelaran Dato Sri.

Pengurniaan ini bersempena Sambutan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

Penghargaan turut dizahirkan kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, atas kepercayaan, sokongan dan penghormatan yang diberikan.

UiTM Cawangan Sarawak amat menghargai pengurniaan yang bermakna ini, yang bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada YBhg. Datoโ€™ Sri, malah turut membawa makna besar kepada seluruh warga universiti.

Semoga hubungan erat antara UiTM dengan kepimpinan negeri Sarawak terus diperkukuh demi memacu kecemerlangan pendidikan tinggi serta pembangunan negeri dan negara.

Dirgahayu Tuan Yang Terutama Tun.

Ikhlas daripada,

Rektor dan Seluruh Warga UiTM Cawangan Sarawak.

Artikel Berita>>

Utusan Sarawak
https://utusansarawak.com.my/35-individu-terima-darjah-kebesaran-sempena-hari-jadi-ke-80-tyt/

TVS
https://www.tvsarawak.my/2026/10/08/tyt-serikan-majlis-kesyukuran-sempena-hari-lahir-ke-80/





10/10/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ-๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก

Seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato Profesor Dr. Firdaus Abdullah, Rektor UiTM Cawangan Sarawak, atas pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak โ€“ Panglima Setia Bintang Sarawak (P.S.B.S.) yang membawa gelaran 'Datoโ€™.

Pengurniaan ini telah diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, bersempena Sambutan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Tun.

Seluruh warga UiTM Cawangan Sarawak turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun atas perkenan pengurniaan ini serta kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, atas kepercayaan dan penghormatan yang diberikan.

Semoga pengurniaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh kepimpinan, memperkasa kecemerlangan universiti serta menyumbang kepada pembangunan pendidikan tinggi dan negeri Sarawak.

Dirgahayu Tuan Yang Terutama Tun.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga UiTM Cawangan Sarawak

Artikel Berita>>

Utusan Sarawak
https://utusansarawak.com.my/pengurniaan-darjah-kebesaran-satu-pengiktirafan-buat-profesor-dr-firdaus/

TVS
https://www.tvsarawak.my/2026/10/08/tyt-serikan-majlis-kesyukuran-sempena-hari-lahir-ke-80/





fans

10/10/2026
09/10/2026

๐Ÿ“ข BELANJAWAN 2027: Bersama kita ikuti pembentangan Belanjawan 2027 MALAYSIA MADANI yang akan berlangsung pada :

๐Ÿ—“๏ธ Jumaat, 9 Oktober 2026
โฐ 3.30 petang

30/09/2026

15 universiti Malaysia terbaik dunia

| Felo MADANI 2026 |Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Sdr. Noriman Ariff bin Saiful Bahar (Pe...
30/09/2026

| Felo MADANI 2026 |

Setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Sdr. Noriman Ariff bin Saiful Bahar (Pengerusi Perhubungan Negeri PIMPIN Negeri Sembilan Sesi 2022/2025) atas pemilihan sebagai Felo MADANI kepada YB Menteri Perpaduan Negara.

Semoga amanah ini menjadi ruang untuk Sdr. Noriman menimba pengalaman, menyumbang idea serta membawa perspektif dan aspirasi generasi muda dalam mendukung usaha memperkukuh perpaduan dan pembinaan negara bangsa.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus melakar sumbangan yang bermakna dalam perkhidmatan kepada negara.

Ikhlas daripada,
Presiden, Majlis Tertinggi & Warga PIMPIN

28/09/2026

Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) merakamkan ucapan takziah kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali atas pemergian beliau.

Allahyarham Tun Dr. Hasmah merupakan tokoh yang telah banyak menabur jasa dalam bidang kesihatan awam serta khidmat kepada masyarakat. Sumbangan beliau turut diiktiraf melalui Anugerah Doktor Kehormat Sains Kesihatan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Segala jasa dan bakti Allahyarham akan terus dikenang dan menjadi sebahagian daripada legasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.

Semoga YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat dukacita ini. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

28/09/2026
28/09/2026

๐“๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ก ๐๐ž๐ค๐š๐ ๐›๐ž๐ซ๐๐ข๐ซ๐ข: ๐€๐ค๐š๐ฎ๐ง๐ญ๐š๐›๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข ๐ค๐ฎ๐ง๐œ๐ข ๐ฆ๐ž๐ฆ๐š๐ซ๐ญ๐š๐›๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐”๐ข๐“๐Œ

Selama tujuh dekad, UiTM terus melangkah, berkembang dan memahat sejarah sebagai institusi pendidikan tinggi yang dekat dengan denyut nadi masyarakat.

Dalam ruangan akhbar bertajuk โ€œTujuh Dekad Berdiri: Akauntabiliti Kunci Memartabatkan UiTMโ€, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, berkongsi pandangan tentang kepentingan akauntabiliti sebagai asas dalam memperkukuh tadbir urus, kepercayaan dan masa depan UiTM.

70 tahun berdiri membawa bersamanya amanah yang besar, tanggungjawab yang perlu dijunjung dan kepercayaan yang mesti terus dipelihara.

Jangan sekadar mengenali perjalanan tujuh dekad UiTM; hayati juga amanah yang menjadi nadi masa depannya. Selamat membaca!

Sumber Berita Harian Online

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—จ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ณ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽPIMPIN merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah ...
28/09/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

PIMPIN merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada usia 100 tahun.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat keluarga dan negara. Sumbangan serta jasa beliau dalam bidang kesihatan awam, khususnya berkaitan kesihatan keluarga, ibu dan kanak-kanak, akan terus dikenang.

Buat warga Universiti Teknologi MARA (UiTM), Allahyarhamah turut mempunyai hubungan yang istimewa dengan institusi ini apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Kesihatan pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-55 pada tahun 2002.

Penganugerahan tersebut menjadi antara catatan penting dalam sejarah UiTM dan mencerminkan penghargaan terhadap jasa serta sumbangan besar beliau dalam bidang sains kesihatan.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosa-dosanya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat dukacita ini.

Al-Fatihah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Ikhlas daripada,
Presiden, Majlis Tertinggi & Warga PIMPIN

Address

PIMPIN Club House @ Rumah Alumni, Kolej Melati, UiTM Shah Alam
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:30 - 22:00
Tuesday 08:30 - 22:00
Wednesday 08:30 - 22:00
Thursday 08:30 - 22:00
Friday 08:30 - 22:00
Saturday 08:30 - 22:00
Sunday 08:30 - 22:00

Telephone

+60124204246

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN):

Shortcuts

Share