PEMADAM Negeri Selangor

Call Directions Website Contact the organization

PEMADAM Negeri Selangor Persatuan Mencegah Dadah (PEMADAM) adalah organisasi yang memberi advokasi dari penyalahgunaan dadah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA ! 🇲🇾16 September 2026 Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memp...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA ! 🇲🇾

16 September 2026

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menghargai nikmat keamanan serta keharmonian yang dikecapi sebagai sebuah negara Malaysia yang tercinta. ❤️💙💛

Malaysia MADANI • Kesejahteraan Dinikmati



15/09/2026

PERTANDINGAN FOTO HARI MALAYSIA 2026
Tema: "Satu Bingkai, Seribu Wajah"

Pamerkan keharmonian dan kepelbagaian budaya rakyat Malaysia di Selangor menerusi kanta anda! Hadiah menarik menanti pemenang!

KATEGORI PENYERTAAN

Pelajar: Umur 12–17 tahun (sekolah di Selangor)
Belia / Awam: Umur 18 tahun ke atas

SYARAT KELAYAKAN

Terbuka kepada rakyat/penduduk Selangor (Alamat IC Selangor / Kod: 10, 41, 42, 43, 44).
Maksimum 2 penyertaan setiap peserta (layak menang 1 hadiah sahaja).

*Jawatankuasa penganjur dan panel hakim tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

SPESIFIKASI & FORMAT FOTO

Kuantiti: Wajib hantar 3 foto bagi setiap penyertaan.
Lokasi: Sekitar Negeri Selangor sahaja.
Format: JPEG / PNG | Min. 3MB | Min. 300 dpi.
Keterangan: Setiap foto wajib ada tajuk, lokasi, dan kapsyen ringkas (maksimum 50 patah perkataan).
Keaslian: Karya asal, belum pernah diterbitkan/menang pertandingan lain. Suntingan asas sahaja dibenarkan (Tiada digital manipulation atau AI).

KRITERIA PENILAIAN
35% — Penterjemahan Tema (Mesej Perpaduan & Keharmonian)

25% — Kreativiti & Keaslian (Angle & Penceritaan Visual)

25% — Kualiti Teknikal (Pencahayaan, Komposisi & Fokus)

15% — Keterangan Foto (Caption yang berkesan)

TARIKH TUTUP:
16 September 2026 (11:59 Malam)

Hantar karya terbaik anda sekarang dan tunjukkan keindahan semangat perpaduan di Selangor!

11/09/2026

11 SEPTEMBER 2026 | MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PARENT THINK OHSEM 2026 | PEJABAT PEMADAM NEGERI SELANGOR

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Selangor telah mengadakan mesyuarat persediaan bagi memastikan pelaksanaan Program Parent Think OHSEM 2026 dapat dirancang dan diselaraskan dengan sebaiknya.

Program yang bertemakan “Faham Dahulu, Baru Bertindak” ini memberi penekanan kepada peranan ibu bapa dalam memahami, membimbing dan membentuk generasi muda agar lebih berdaya tahan serta bebas daripada pengaruh negatif.

Mesyuarat turut membincangkan aspek perancangan program, pengisian, penyelarasan bersama rakan strategik serta persiapan pelaksanaan program yang dijadualkan pada 3 Oktober 2026 bertempat di Dewan Canselor, MSU.

Semoga segala perancangan yang disusun dapat direalisasikan dengan lancar demi memperkukuh peranan keluarga dalam usaha pencegahan dadah dan pembentukan generasi masa hadapan.


9 SEPTEMBER 2026 | MESYUARAT DALAMAN PEJABAT PEMADAM NEGERI SELANGOR | PEJABAT SETIAUSAHA POLITIK DATO' MENTERI BESAR SE...
09/09/2026

9 SEPTEMBER 2026 | MESYUARAT DALAMAN PEJABAT PEMADAM NEGERI SELANGOR | PEJABAT SETIAUSAHA POLITIK DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Satu sesi Mesyuarat Dalaman Pejabat PEMADAM Negeri Selangor telah diadakan bagi memperkukuh perancangan, penyelarasan serta gerak kerja organisasi dalam memastikan setiap agenda dan program pencegahan dadah di Negeri Selangor dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berkesan dan berimpak.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Saifuddin Shafi Muhammad, Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri Selangor, dengan tumpuan kepada perancangan strategik, penyelarasan program serta pengukuhan kerjasama dalam memperkasakan agenda pencegahan dadah di Negeri Selangor.

Semoga hasil perbincangan dan keputusan yang dicapai dapat diterjemahkan melalui gerak kerja yang lebih efektif demi membentuk masyarakat yang lebih cakna, sihat dan bebas daripada ancaman dadah.


4 SEPTEMBER 2026 | KITA ASLI BATTLE OF THE BANDS (KABOTBA) PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 | DEWAN JUBLI PERAK, PEJABAT SUK SE...
08/09/2026

4 SEPTEMBER 2026 | KITA ASLI BATTLE OF THE BANDS (KABOTBA) PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 | DEWAN JUBLI PERAK, PEJABAT SUK SELANGOR, SHAH ALAM

Tanggal 4 September 2026 menjadi satu lagi detik bermakna apabila Kita Asli Battle of the Bands Peringkat Kebangsaan 2026 berjaya berlangsung dengan penuh gemilang di Auditorium Dewan Jubli Perak, Pejabat SUK Selangor, Shah Alam.

Program yang menghimpunkan bakat-bakat muzik dari seluruh negara ini bukan sahaja menjadi pentas untuk para peserta mempersembahkan kreativiti dan kebolehan masing-masing, malah turut menjadi ruang untuk mengangkat kepelbagaian muzik, seni dan budaya tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.

Lebih istimewa, majlis ini turut dirasmikan oleh YB Datuk Borhan Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, yang bersama-sama memberikan sokongan terhadap usaha memperkasa golongan muda melalui platform seni dan muzik yang positif.

Kemuncak acara pastinya menyaksikan 7 kumpulan finalis dari Selangor, Johor, Perak, Pahang dan Kelantan berentap mempersembahkan aksi terbaik masing-masing, disokong dengan persembahan artis jemputan serta barisan juri berpengalaman yang terdiri daripada Saiful Umbrella, Dato’ Freddie Fernandez dan Acong SweetChild.

Turut memeriahkan pentas ialah Azlan Typewriter, menjadikan malam tersebut lebih berwarna dengan persembahan yang menghiburkan para tetamu dan hadirin.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua finalis, pemenang, juri, artis jemputan, urus setia, rakan strategik, penaja, sukarelawan serta seluruh pihak yang telah berganding bahu menjayakan Kita Asli Battle of the Bands Peringkat Kebangsaan 2026.

Sesungguhnya, kejayaan program ini membuktikan bahawa muzik bukan sekadar hiburan, tetapi mampu menjadi wadah untuk menyatukan masyarakat, mencungkil bakat, membina keyakinan diri serta membawa anak muda ke arah aktiviti yang positif dan bermakna.



02/09/2026
3 HARI LAGI !AYUH MERIAHKAN KITA ASLI BATTLE OF THE BANDS PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 !Saksikan Kita Asli Battle of the Ba...
02/09/2026

3 HARI LAGI !

AYUH MERIAHKAN KITA ASLI BATTLE OF THE BANDS PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 !

Saksikan Kita Asli Battle of the Bands Peringkat Kebangsaan 2026 yang menghimpunkan bakat-bakat hebat dari seluruh negara! 🇲🇾🎶

📅 4 September 2026
⏰ 8.00 malam
📍 Auditorium Dewan Jubli Perak, Pejabat SUK Selangor

Lebih istimewa, majlis akan diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Jadi, ajak keluarga, sahabat dan rakan-rakan anda untuk bersama-sama memenuhi ruang auditorium dan memberikan sokongan kepada para peserta yang bakal mencurahkan bakat serta tenaga mereka di atas pentas.

JUMPA ANDA DI SANA ! 🔥



01 SEPTEMBER 2026 | SLOT SELAMAT PAGI MALAYSIA BERSEMPENA KITA ASLI BATTLE OF THE BANDS (KABOTBA) PERINGKAT KEBANGSAAN 2...
01/09/2026

01 SEPTEMBER 2026 | SLOT SELAMAT PAGI MALAYSIA BERSEMPENA KITA ASLI BATTLE OF THE BANDS (KABOTBA) PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 | STUDIO N1 WISMA PURI, ANGKASAPURI

Sekitar sesi temuramah slot Selamat Pagi Malaysia (SPM) bersama YB Datuk Borhan Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor serta YBrs. Tuan Saifuddin Shafi Muhammad, Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri Selangor bagi mengupas dan memperkenalkan Kita Asli Battle of the Bands (KABOTBA) Peringkat Kebangsaan 2026 kepada seluruh Malaysia.

Daripada pentas muzik, kita bina keyakinan.
Daripada bakat, kita cipta peluang.
Dan daripada aktiviti yang positif, kita lahirkan generasi muda yang lebih berani, kreatif dan berdaya saing.

KABOTBA 2026 bukan sekadar pertandingan muzik, ia adalah pentas untuk bakat anak muda menyerlah dan suara mereka didengari.

Jangan lupa saksikan dan meriahkan KABOTBA 2026 !


01/09/2026
Apa yang menarik di sebalik Kita Asli Battle of the Bands (KABOTBA) Peringkat Kebangsaan 2026?Jangan lupa saksikan slot ...
31/08/2026

Apa yang menarik di sebalik Kita Asli Battle of the Bands (KABOTBA) Peringkat Kebangsaan 2026?

Jangan lupa saksikan slot Selamat Pagi Malaysia bersempena Kita Asli Battle of the Bands (KABOTBA) Peringkat Kebangsaan 2026 pada 1 September 2026 (Selasa), jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi secara langsung di: TV1 | Berita RTM | RTMKlik | MYTV | Facebook Live Berita RTM | Astro CH505

Menampilkan perkongsian istimewa bersama YB. Datuk Borhan Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor serta YBrs. Tuan Saifuddin Shafi Muhammad, Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri Selangor.


Address

Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEMADAM Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PEMADAM Negeri Selangor:

Shortcuts

Share