21/09/2025
*INFAQ & SUMBANGAN MASJID*
Misi ini dilancarkan bagi membantu projek gotong royong membersihkan masjid, membeli dan menukar peralatan masjid yang usang, memberikan bantuan 'sembako' dan memberi makan kepada penduduk di sebuah MASJID iaitu Masjid Nurul Ikhlas, Sajang di Desa Sembalun, Lombok, Indonesia.
Pihak Sahabat Jariah Malaysia (SJM) menjadi wakil anda semua untuk mengumpulkan DANA bagi melaksanakan program gotong royong di masjid ini yang sering diimarahkan oleh penduduk setempat dalam banyak aktiviti ibadah dan kemasyarakatan.
Sedia maklum bahawa Lombok mendapat jolokan Pulau 1000 masjid menunjukkan bahawa Islam subur di sini. Namun begitu rata-rata penduduknya menyara hidup dengan bekerja sebagai petani, penjaja gerobak, mengambil upah membawa 'ojek', porter gunung dan sebagainya yang memperoleh pendapatan sangat rendah.
Kita menyasarkan bantuan Dana yang diperlukan adalah sebagai berikut:
1. Membeli dan menukar peralatan masjid yang usang dan sudah rosak (RM600)
2. Keperluan alatan pembersihan masjid untuk kegunaan gotong royong (RM300)
3. Bantuan 'sembako' kepada sebahagian keluarga porter gunung (RM1000)
4. Memberi makan kenduri penduduk kampung (RM4500)
5. Membeli peralatan asas sekolah buat anak-anak SD (Sekolah Dasar) yang bertaraf asnaf (RM300)
*Jumlah keseluruhan Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM6,700*
Marilah bersama-sama membantu saudara kita serta meraih ganjaran akhirat yang berpanjangan dan dijanjikan rumah di syurga kelak, Infaq yang pasti digandakan pahala dan hasanahnya oleh Allah swt. Insha Allah
‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
(Hadith riwayat Muslim).
Firman Allah SWT, “(Orang-orang yang bertakwa itu) yang memberi makanan walaupun dicintainya kepada orang-orang miskin, anak yatim, dan orang tawanan, [dengan berkata], ‘Kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana ridha Allah SWT. Kami tidak menghendaki pahala atau kesyukuran daripada kamu.' Sebaliknya, orang-orang kafir akan menanggung azab neraka, sambil berkata, 'Kami tidak pernah memberi makan orang miskin.'
Surah Al Insaan (ayat 8 - 11)
Semoga Infaq & sumbangan anda semua akan Allah swt gandakan dengan pahala, hasanah dan rezeki yang melimpah ruah dan dapat memberi manfaat kepada penduduk Islam di Desa Sembalun, Lombok Barat, Indonesia.
Wakil SJM akan ke Lombok pada hari esok 22 September 2025 dan misi bantuan akan dilaksanakan pada 28 September 2025 bagi menyantuni saudara seagama kita di sana.
Infaq & sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun SJM (ref : Masjid Lombok)
PERTUBUHAN SAHABAT JARIAH
(562759694628) - Maybank
Segala pertanyaan boleh hubungi nombor 0197897007 atau 0162007999
Terima kasih.
_Nota Kaki_
_Sembako adalah singkatan dari "Sembilan Bahan Pokok", yang mengacu pada sembilan jenis bahan kebutuhan pokok masyarakat Indonesia seperti beras, gula, minyak goreng, dan lainnya, berdasarkan Keputusan Menteri Perindustrian dan Perdagangan pada tahun 1998._