14/07/2025
Syukur..Misi ‘Hiking Gunung Nuang’ 2 hari 1 malam pada 12-13 Julai 2025 berjaya dan selamat diselesaikan, dari 14 orang tinggal 9 orang saja yang ikut kerana kekangan urusan peribadi. Walaupun tinggal 9 orang tidak termasuk ‘guide’ misi tetap diteruskan demi ukhwah dan pengalaman pendaki ke puncak Gunung Nuang.
Cuaca teramat baik dan cukup selesa kerana perjalanan menuju ke puncak disajikan dengan kabus, hutan yang menghijau segar dan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan pendaki tidak terasa terlalu kelelahan. Sebelum kami tiba di Gunung Nuang pada hari Sabtu pagi, cuaca di sesetengah daerah di Selangor sudah dihujani air yang cukup lebat namun di Pangsung cuaca cukup baik. Kerana itu rezeki kami mendaki pada hari Sabtu lepas cukup eksklusif..rugi yang tak dapat ikut 🤭.
Hanya gambar yang bisa berbicara dan kenangan buat pendaki, kredit pada ‘guide’ Dino + isteri telah pandu dan jaga kami sehingga selesai ‘hiking’. Ada rezeki kita jumpa lagi.
Korang semua..sudah lama tak ‘camping’ tu, marilah ikut kami (ATC) jangan simpan lama-lama beg ‘hiking’ nanti reput 🤭. Nak ikut PM 👌🏼.
Pendaki santai tapi sampai