MCG - Muslim Care Global

Call Directions Website Contact the organization

MCG - Muslim Care Global Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia (Muslim Care Global) telah berdaftar di bawah @ JPPM @ ROS

MCG๐ŸŒSTEP BY STEP CAMPAIGNMCG INFAQ4UMMAH @ MCG MASJID4UMMAH : PERKEMBANGAN PEMBINAAN MASJID DI COMOROSAyuh Jadikan Infaq...
13/10/2026

MCG๐ŸŒSTEP BY STEP CAMPAIGN
MCG INFAQ4UMMAH @ MCG MASJID4UMMAH : PERKEMBANGAN PEMBINAAN MASJID DI COMOROS
Ayuh Jadikan Infaq Kita Asbab Terbinanya Rumah Allah

Sebuah masjid tidak terbina dengan harapan semata-mata. Ia memerlukan pengorbanan, keprihatinan dan infaq daripada insan-insan yang mahu melihat syiar Islam terus berkembang. Mungkinkah sebahagian daripada impian besar ini menjadi saham akhirat kita?

Alhamdulillah, pembinaan Masjid Al-Anwar di Bandar Mutsamudu, Anjouan, Kepulauan Comoros kini mula memperlihatkan perkembangannya. Di sebalik setiap tiang yang mula berdiri, tersimpan amanah dan sumbangan para dermawan yang bersama-sama merealisasikan impian ini.

Masjid Al-Anwar kelak bukan sekadar tempat umat Islam menunaikan solat, malah diharapkan menjadi pusat dakwah, pendidikan dan pengukuhan syiar Islam yang memberi manfaat kepada generasi demi generasi.

Dengan keluasan binaan sekitar 15,344 kaki persegi, perjalanan menyiapkan rumah Allah ini masih memerlukan dana dan sokongan berterusan. MCG kini memerlukan RM2 juta bagi meneruskan kerja-kerja awalan pembinaan struktur lantai bawah dan tingkat atas.

Justeru, MCG mengajak seluruh sahabat untuk bersama-sama menyumbang mengikut kemampuan demi memastikan pembinaan Masjid Al-Anwar dapat diteruskan hingga selesai.

โ€œWahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu.โ€ (Surah al-Saff, ayat 10-11)

Harta yang kita infakkan dengan ikhlas bukan sekadar membantu pembinaan sebuah masjid, bahkan menjadi sebahagian daripada usaha menghidupkan rumah Allah.

Bayangkan apabila azan berkumandang, saf jemaah memenuhi ruang solat dan alunan al-Quran bergema di dalamnya. Inilah impian yang ingin kita realisasikan bersama melalui setiap infaq yang dihulurkan.

Semoga Allah SWT menerima setiap infaq kita, memberkati rezeki dan menjadikan Masjid Al-Anwar sebagai amal jariah yang terus mengalir pahalanya hingga ke akhirat.

Amin Allahumma Amin.

Pengerusi MCG,
(Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
Hj. Zakaria : 012 - 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938
www.muslimcareglobal.com

NOTA UTK PENDERMA:

Sahabat2 yang ingin menyumbang untuk *Kempen Pembinaan Masjid Comoros*, boleh salurkan sumbangan melalui nombor akaun berikut atau QR Code yang tertera :

PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)*

RHB BANK : 2-12523-6001152-6
MAYBANK : 5624-7816 - 8967

Di samping itu, mohon sahabat2 maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya :

Hj. Zakaria : 012 - 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938
Hjh Kartina : 012 - 721 5938 / http://wasap.my/+60127215938
En. Zaman : 019 - 323 3834 / http://wasap.my/+60193233834
Hotline MCG : 019 - 2625938 / http://wasap.my/+60192625938

Boleh ikuti sosial media MCG di sini โฌ‡๏ธ
https://beacons.ai/mcg_careforummah




MCG๐ŸŒ STEP BY STEP SHARINGCERITA SURAH SIRI 16Surah An-NahlSurah An-Nahl menegaskan bahawa segala nikmat di langit dan di...
13/10/2026

MCG๐ŸŒ STEP BY STEP SHARING
CERITA SURAH SIRI 16

Surah An-Nahl

Surah An-Nahl menegaskan bahawa segala nikmat di langit dan di bumi adalah bukti keesaan dan kekuasaan Allah SWT. Ia menyeru manusia agar bersyukur, menggunakan akal untuk berfikir, dan mentaati syariat Allah dengan menolak kesyirikan serta kezaliman. Kesimpulannya, surah ini mengingatkan bahawa ganjaran syurga bagi yang taat, manakala azab pedih bagi yang ingkar dan kufur nikmat.

Memahami Al-Quran bermula dengan asas yang ramai masih belum kuasai. Melalui program MCG Celik Al-Quran 4 Ummah di Sabah, kelas mengaji disediakan untuk membimbing dari peringkat asas hingga mampu membaca dengan baik.

Ayuh bersama MCG, bantu mereka mengenal Al-Quran. Semoga menjadi saham akhirat yang berpanjangan. Amin.

Sahabat yang ingin menyumbang untuk *MCG Celik Al Quran4Ummah* , boleh salurkan sumbangan ke:

PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
RHB BANK : 2-12523-6001152-6
MAYBANK : 5624- 7816 - 8967




MCG๐ŸŒ STEP BY STEPSHARINGSURAT DARI MCG SIRI 81 Patuhi keselamatan jalan rayaMematuhi keselamatan jalan raya merupakan ta...
12/10/2026

MCG๐ŸŒ STEP BY STEP
SHARING
SURAT DARI MCG SIRI 81

Patuhi keselamatan jalan raya

Mematuhi keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab setiap pengguna bagi menjaga keselamatan diri dan orang lain. Setiap individu hendaklah mematuhi peraturan lalu lintas, mengikuti had laju, menghormati lampu isyarat serta mengelakkan kecuaian ketika memandu.

Selain itu, pengguna jalan raya perlulah sentiasa bertimbang rasa, memberikan keutamaan kepada pejalan kaki dan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik. Sikap berhemah dan bertanggungjawab amat penting bagi mengurangkan risiko kemalangan serta melindungi nyawa semua pengguna jalan raya.

Oleh itu, setiap individu hendaklah menjadikan keselamatan sebagai keutamaan demi mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat dan harmoni.

"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.โ€
(Surah Baqarah : 195)

MCG๐ŸŒSTEP BY STEP MOVEMENTSMTHQA KE-66 : TAHNIAH QARI DAN QARIAH SERTA HAFIZ DAN HAFIZAH MALAYSIAAssalamualaikum WBT Saha...
11/10/2026

MCG๐ŸŒSTEP BY STEP MOVEMENTS
MTHQA KE-66 : TAHNIAH QARI DAN QARIAH SERTA HAFIZ DAN HAFIZAH MALAYSIA

Assalamualaikum WBT Sahabat2 Yang Dikasihi Allah SWT.

SYABAS DAN TAHNIAH diucapkan buat saudari Nur Syakura Binti Mohamad Musa, qariah Malaysia yang telah dinobatkan sebagai juara tilawah Al-Quran wanita pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-66.

Alhamdulillah, Malaysia telah mencatatkan kejayaan dalam majlis gemilang ini apabila berjaya meraih satu gelaran johan dalam kategori tilawah al-Quran wanita, tempat kedua dalam kategori tilawah al-Quran lelaki dan tempat ketiga dalam kategori hafazan al-Quran lelaki daripada empat kategori yang dipertandingkan.

Turut meraih gelaran naib johan, Cik Hasnul Taqiyuddin Bin Cik Sazali dalam kategori Tilawah Al-Quran Lelaki dan Muhammad Izzul Afnan Bin Sazali yang mendapat tempat ketiga bagi kategori hafazan Al-Quran lelaki pada MTHQA tahun 2026 ini.

Majlis berprestij tinggi ini telah menghimpunkan seramai 50 peserta dari 38 negara. Ia berlangsung selama 5 hari bermula 6 Oktober 2026 sehingga 10 Oktober 2026 yang bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Sekali lagi, kami saf pimpinan, penggerak dan sukarelawan MCG ingin mengucapkan *SYABAS* dan *TAHNIAH* kepada seluruh peserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-66 di atas segala pencapaian dan kejayaan yang telah diperoleh.

Semoga setiap usaha dan kejayaan yang diperoleh dapat menjadi satu motivasi dan inspirasi buat kita semua khususnya golongan anak muda untuk sentiasa melazimi lidah dengan kalam Allah SWT kerana Al-Quran bukan sahaja membawa keberkatan dalam kehidupan di dunia malah menjadi bekalan yang berharga buat kehidupan di akhirat.

Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: โ€œBacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanyaโ€.

(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga kita semua diberi kerahmatan dan keredhaan oleh Allah SWT dan menjadi antara manusia yang mendapat syafaat daripada Al-Quran di Akhirat kelak.

Allahumma Aamiin.

Pengerusi MCG,
(Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
Hj. Zakaria : 012 - 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938
https://www.muslimcareglobal.com





10/10/2026

*MCG๐ŸŒSTEP BY STEP CAMPAIGN*
*KUTIPAN DANA MCG KEM ANAK SOLEH SABAH*
*Ayuh Bersama MCG Bantu Anak-Anak Asnaf Menjadi Generasi Soleh*
*Kempen Kutipan Dana Utk Misi MCG Aid4Gaza Masih Berjalan*

Bagaimana jika sedikit rezeki yang kita kongsikan hari ini menjadi asbab seorang anak mempelajari ibadah dengan betul dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian?

Inilah antara impian yang ingin direalisasikan melalui Kem MCG Anak Soleh Sabah, program tahunan buat anak-anak kelas mengaji tajaan MCG yang terdiri daripada keluarga asnaf.

Sepanjang kem ini, mereka akan dibimbing tentang wuduk, bacaan dan pergerakan solat secara teori dan amali bagi membantu mereka melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna.

Bagi memastikan usaha pendidikan ini dapat direalisasikan, sokongan kita bersama amat diperlukan. Memandangkan kutipan dana masih belum mencukupi untuk menampung kos pengurusan program, Kem MCG Anak Soleh Sabah dijadualkan semula pada tarikh berikut:

๐Ÿ“ Lokasi: Sabandar Kampung Stay, Tuaran, Sabah
๐Ÿ“… Tarikh baharu: 20โ€“22 November 2026 (Jumaat-Ahad)
๐ŸŽฏ Sasaran kutipan dana: RM15,000

Sehubungan itu, MCG amat mengalu-alukan sokongan dan sumbangan daripada para dermawan budiman bagi merealisasikan program ini.

Mungkin RM10 kecil nilainya pada pandangan kita, tetapi besar maknanya dalam membantu mereka menimba ilmu agama. Sumbangan bulanan juga amat dialu-alukan bagi menyokong kesinambungan usaha pendidikan ini.

โ€œKamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu mendermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi.โ€ (Surah Ali โ€˜Imran, ayat 92)

Ayuh bersama MCG, kita jadikan rezeki yang dikurniakan Allah sebagai pelaburan akhirat dengan membantu membentuk generasi yang dekat dengan al-Quran, teguh ibadahnya dan indah akhlaknya.

Semoga Allah SWT menerima setiap infaq, meluaskan rezeki para penyumbang dan menjadikan ilmu yang dipelajari serta diamalkan oleh anak-anak ini sebagai asbab mengalirnya pahala buat semua yang menyumbang.

Amin Allahumma Amin.

Pengerusi MCG,
(Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
Hj. Zakaria : 012 - 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938
www.muslimcareglobal.com

*NOTA UTK PENDERMA:*

Sahabat2 yang ingin menyumbang untuk *Kem MCG Anak Soleh*, boleh salurkan sumbangan melalui nombor akaun berikut atau QR Code yang tertera :

*PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)*

*RHB BANK : 2-12523-6001152-6*
*MAYBANK : 5624-7816 - 8967*

Di samping itu, mohon sahabat2 maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya :

Hj. Zakaria : 012 - 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938
Hjh Kartina : 012 - 721 5938 / http://wasap.my/+60127215938
En. Zaman : 019 - 323 3834 / http://wasap.my/+60193233834
Hotline MCG : 019 - 2625938 / http://wasap.my/+60192625938

Boleh ikuti sosial media MCG di sini โฌ‡๏ธ
https://beacons.ai/mcg_careforummah





MCG๐ŸŒSTEP BY STEP EVENT   SELAMAT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA DARIPADA MCG10 Oktober setiap tahun, dunia memperingati H...
10/10/2026

MCG๐ŸŒSTEP BY STEP EVENT
SELAMAT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA DARIPADA MCG

10 Oktober setiap tahun, dunia memperingati Hari Kesihatan Mental Sedunia bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental serta menggalakkan kita untuk lebih prihatin terhadap kesejahteraan diri dan orang di sekeliling.

Kesihatan mental bukan sekadar tentang ketiadaan masalah atau gangguan mental. Ia turut berkait dengan keadaan emosi, fikiran dan perasaan yang mempengaruhi cara kita menghadapi tekanan, membuat keputusan, menjalani kehidupan seharian.

Justeru, kesihatan mental juga perlu diberi perhatian dalam rutin harian kita. Sebagai panduan, MCG kongsikan beberapa tips Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membantu menjaga kesihatan mental pada tahap optimum.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/kesihatan-mental-yang-baik-dapat-meningkatkan-kualiti-kehidupan-seseorang-terdap/1405599594935373/

MCG mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia kepada semua lapisan masyarakat. Dalam usaha menjaga kesejahteraan diri, kita juga perlu memberi perhatian kepada aspek kerohanian sebagai seorang Muslim.

Menjaga kesejahteraan diri bukan hanya melibatkan emosi dan fikiran, tetapi turut disertai dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ketika hati dan fikiran terasa berat, tidak mengapa untuk berehat, berkongsi apa yang dirasai dan mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

Pada masa yang sama, luangkanlah masa untuk berdoa, berzikir, membaca al-Quran dan bermunajat kepada-Nya.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Surah Ar-Ra'd, Ayat 28

Ketenangan bukan bererti hidup tanpa ujian. Sebaliknya, ia adalah kekuatan untuk terus melangkah dengan bersandar kepada Allah SWT.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita kesihatan tubuh, ketenangan hati dan kekuatan jiwa, melapangkan setiap kesulitan serta membimbing kita dalam menjaga diri dan orang di sekeliling.

Amin Allahumma Amin.

Pengerusi MCG,
(Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
Hj. Zakaria : 012 - 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938
www.muslimcareglobal.com

Boleh ikuti sosial media MCG di sini โฌ‡๏ธ
https://beacons.ai/mcg_careforummah




09/10/2026

MCG๐ŸŒSTEP BY STEP MISSION
KUTIPAN DANA MCG AID4GAZA
Setiap Hari Yang Mereka lalui, Menguji Sejauh Mana Kita Peduli

Setiap hari di Gaza, ada nyawa yang pergi. Ada keluarga yang kehilangan tempat berteduh, ibu yang kehilangan anak dan anak-anak yang membesar di tengah kehancuran.

Sudah lebih tiga tahun Gaza melalui kehilangan, tangisan dan penderitaan. Namun, mereka tetap memilih untuk bertahan di bumi Palestin.

Bumi yang mereka warisi. Bumi yang mereka pertahankan. Bumi yang menaungi Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam yang begitu dekat dengan jiwa kita.

Mereka bertahan di sana. Maka, biarlah kita terus berdiri bersama mereka melalui doa, sokongan dan sumbangan.

Atas rasa peduli dan amanah ini, MCG terus berusaha menyalurkan bantuan kepada saudara-saudara kita di Gaza, agar ada makanan buat mereka yang lapar, air buat mereka yang dahaga, rawatan buat mereka yang terluka dan sedikit harapan buat keluarga yang sedang melalui hari-hari paling sukar dalam hidup mereka.

โ€œSesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin daripada kesusahan dunia, Allah akan melepaskan satu kesusahannya daripada kesusahan pada hari kiamat.โ€ (Riwayat Muslim)

Jangan biarkan penderitaan yang terlalu lama menjadikan hati kita kebal, kerana di sebalik setiap angka korban ada seorang manusia, sebuah keluarga dan sebuah kehidupan yang perlu kita bantu.

Buat yang berhajat untuk terus menyumbang, MCG amat mengalu-alukan komitmen secara bulanan. Sumbangan yang konsisten membantu kami merancang dan menyalurkan bantuan secara berkala, agar sokongan buat Gaza tidak terhenti.

Jangan tangguhkan niat untuk berkongsi rezeki, kerana kita tidak pernah tahu sampai bila usia ini dipinjamkan. Selagi masih diberi kesempatan, hulurkanlah apa yang termampu. Barangkali, itulah yang menjadi bekalan terakhir kita menuju akhirat.

Semoga setiap bantuan menjadi asbab kelegaan dan setiap doa menjadi penguat buat saudara-saudara kita yang sedang bertahan.

Amin Allahumma Amin.

Pengerusi MCG,
(Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
Hj. Zakaria : 012 - 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938
www.muslimcareglobal.com

NOTA UTK PENDERMA:

Sahabat2 yang ingin menyumbang untuk *Misi MCG Aid4Gaza*, boleh salurkan sumbangan melalui nombor akaun berikut atau QR Code yang tertera :

*PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)*

RHB BANK : 2-12523-6001152-6
MAYBANK : 5624-7816 - 8967

Di samping itu, mohon sahabat2 maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya :

Hj. Zakaria : 012 - 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938
Hjh Kartina : 012 - 721 5938 / http://wasap.my/+60127215938
En. Zaman : 019 - 323 3834 / http://wasap.my/+60193233834
Hotline MCG : 019 - 2625938 / http://wasap.my/+60192625938

Boleh ikuti sosial media MCG di sini โฌ‡๏ธ
https://beacons.ai/mcg_careforummah




*MCG๐ŸŒSTEP BY STEP CAMPAIGN**SALAM JUMAAT DARI KAMI MCG**Makan Cara Rasulullah SAW* *Ayuh Hiasi Hari Jumaat Ini Dengan Am...
08/10/2026

*MCG๐ŸŒSTEP BY STEP CAMPAIGN*
*SALAM JUMAAT DARI KAMI MCG*
*Makan Cara Rasulullah SAW*
*Ayuh Hiasi Hari Jumaat Ini Dengan Amalan Berselawat Dan Bersedekah*
*Kempen Kutipan Dana Misi MCG Aid4Gaza Masih Berjalan*

*Kempen Kutipan Dana Utk Misi MCG Aid 4 Gaza Masih Berjalan.โฌ‡๏ธโฌ‡๏ธโฌ‡๏ธ
https://whatsapp.com/channel/0029VbBS3jw4tRrypgUAdA2K/376

*Jom Berselawat Bersama MCG*โฌ‡๏ธโฌ‡๏ธโฌ‡๏ธ
https://www.facebook.com/share/v/1DLCfNCnrQ/?mibextid=wwXIfr

โ€Žุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Salam Sayyidul Ayyam diucapkan kepada sahabat2 yang dirahmati Allah SWT.

Di kesempatan kita berada pada hari yang penuh keberkatan dan kemuliaan hari ini, mari kita sama-sama memperbanyakkan Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Agung Nabi Muhammad SAW.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู โ€ŒูƒูŽู…ูŽุง โ€ŒุตูŽู„ู‘ูŽูŠู’ุชูŽ โ€ŒุนูŽู„ูŽู‰ โ€Œุขู„ู โ€Œุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽุŒ ูˆูŽุจูŽุงุฑููƒู’ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูƒูŽู…ูŽุง ุจูŽุงุฑูŽูƒู’ุชูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ูŽ ูููŠ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽูƒูŽ ุญูŽู…ููŠุฏูŒ ู…ูŽุฌููŠุฏูŒ

"Allahumma salli 'ala Muhammadin wa 'ala aali Muhammad, kamaa sallaita 'ala aali Ibraahim, wa baarik 'ala Muhammadin wa 'ala aali Muhammad, kamaa baarakta 'ala aali Ibraahim fil 'aalamiina innaka hamiidum majiid."

Rasulullah SAW adalah insan istimewa yang diutuskan oleh Allah SWT sebagai pembawa ajaran agama Islam, penyempurna akhlak dan suri teladan terbaik bagi seluruh umat manusia.

*_โ€œTak Kenal, Maka Tak Cintaโ€_*

Insha Allah bagi perkongsian pada kali ini, kita akan kongsikan tentang peribadi dan sifat Rasulullah SAW merujuk kepada kitab โ€œInsan Teladan Sepanjang Zamanโ€ tulisan Mufti Ahmed E. Bemat sebagai ulang kaji atau tambahan pengetahuan mengenai kekasih Allah, Rasulullah SWT.

*MAKAN CARA RASULULLAH SAW*

Rasulullah SAW bersabda :

โ€œSesungguhnya Allah SWT meredhai seorang hamba yang ketika makan suatu makanan lalu dia mengucapkan Alhamdulillah. Dan apabila dia minum suatu minuman maka dia pun mengucapkan Alhamdulillah.โ€

(Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmizi)

1๏ธโƒฃ *Menjilat Jari Setelah Selesai Makan*

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: โ€œApabila salah seorang daripada kamu makan, maka janganlah dia menyapu (membersihkan) tangannya melainkan setelah dia menjilatnya atau dijilatnya.โ€

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2๏ธโƒฃ *Makan Menggunakan Tiga Jari*

Daripada Kaโ€™ab bin Malik RA:

โ€œAku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan tiga jari (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)โ€

(Hadis Riwayat Muslim)

3๏ธโƒฃ *Makan Dan Minum Sambil Duduk*

Rasulullah SAW suatu ketika melarang seorang lelaki minum sambil berdiri. Berkata Qatadah :

โ€œBagaimana dengan makan?โ€ Rasulullah menjawab : โ€œItu lebih buruk lagi.โ€

(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga Allah SWT menjadikan kita seorang muslim yang mentaati Allah SWT dan berakhlak mulia dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik dan mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu serta memberi keredhaan kepada kita di dunia dan Akhirat.

Allahumma Aamiin.

Pengerusi MCG,
(Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
Hj. Zakaria : 012-6935938/http://wasap.my/+6012-6935938
www.muslimcareglobal.com

*NOTA UTK PENDERMA*

Sahabat2 yang ingin menyumbang utk mana2 Misi MCG, boleh salurkan sumbangan sahabat2 melalui akaun kami seperti berikut :

*PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)*

*RHB BANK : 2-12523-6001152-6*
*MAYBANK : 5624-7816 - 8967*

Disamping itu, mohon sahabat2 maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya :

Hj. Zakaria : 012 - 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938
Hjh Kartina : 012 - 721 5938 / http://wasap.my/+60127215938
En. Zaman : 019 - 323 3834 / http://wasap.my/+60193233834

Boleh ikuti sosial media MCG di sini โฌ‡๏ธ
https://beacons.ai/mcg_careforummah







08/10/2026

*MCG๐ŸŒSTEP BY STEP CAMPAIGN*
*SALAM JUMAAT DARI KAMI MCG*
*Ayuh Hiasi Hari Jumaat Ini Dengan Amalan Berselawat Dan Bersedekah*
*Kempen Kutipan Dana Utk Misi MCG Aid 4 Gaza @ MCG Care 4 Ummah Masih Berjalan*

https://www.facebook.com/share/v/1PR8qL6spM/?mibextid=wwXIfr

*Kempen Kutipan Dana Utk Misi MCG Aid 4 Gaza Masih Berjalan.โฌ‡๏ธโฌ‡๏ธโฌ‡๏ธ
https://whatsapp.com/channel/0029VbBS3jw4tRrypgUAdA2K/376

https://www.facebook.com/share/v/1A25j48fNS/

*Jom Berselawat Bersama MCG*โฌ‡๏ธโฌ‡๏ธโฌ‡๏ธ
https://www.facebook.com/share/v/1DLCfNCnrQ/?mibextid=wwXIfr

โ€Žุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Salam Sayyidul Ayyam, Salam Ukhuwah diucapkan kepada sahabat2 semua yang dirahmati Allah SWT.

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

โ€ŽุฃูŽูƒู’ุซูุฑููˆุง ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ูููŠ ูƒูู„ู‘ู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุฌูู…ูุนูŽุฉู

Maksudnya: โ€œPerbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.โ€

Riwayat al-Baihaqi (5995) Imam al-Syaukani menilai sanad hadith ini adalah hasan.

Daripada Abdullah bin โ€˜Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

โ€ŽููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ ุตูŽู„ูŽุงุฉู‹ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุจูู‡ูŽุง ุนูŽุดู’ุฑู‹ุง

Maksudnya: โ€œSesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.โ€

Riwayat Muslim (384)

Hari Jumaat menjelma lagi. Di kesempatan kita berada pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, mari kita sama2 memperbanyakkan Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Agung Nabi Muhammad SAW.

โ€Žุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ู‰ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Mudah2an amalan ini dapat membantu kita beroleh kesejahteraan di dunia dan di Akhirat serta menjadi asbab utk kita beroleh Syafaat dari Nabi Muhammad SAW di Padang Masyhar kelak.

Aamiin Allahumma Aamiin.

Pesanan Mesra Dari Kami NGO MCG.

PENGERUSI MCG (Muslim Care Global)
012-6935938/http://wasap.my/+6012-6935938
www.muslimcareglobal.com

*NOTA UTK PENDERMA:*

Sahabat2 yang ingin menyumbang bagi menjayakan aktiviti dan misi MCG, boleh salurkan sumbangan melalui akaun kami seperti berikut:

*PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)*

*RHB BANK : 2-12523-6001152-6*
*MAYBANK : 5624-7816 - 8967*

Disamping itu, mohon sahabat2 maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya :

Hj. Zakaria : 012 - 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938
Hjh Kartina : 012 - 721 5938 / http://wasap.my/+60127215938
Cik. Yasmin : 017 - 438 0384 / http://wasap.my/+60174380384
En. Hafiz : 013 - 964 5932 / http://wasap.my/+60139645932
En. Zaman : 019 - 323 3834 / http://wasap.my/+60193233834







08/10/2026

1hari1nasihat 004

ใ‚šviral

Address

2-11-3, Space U8 Mall, Persiaran Pasak Bumi
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60126935938

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MCG - Muslim Care Global posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MCG - Muslim Care Global:

Shortcuts

Share