30/05/2024
Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah,..
selesai sudah program Kem Khalifah sempena dengan cuti sekolah pada bulan May 2024 ini.
Semoga dengan adanya program ini dapat membantu para ibu bapa sedikit sebanyak dan dapat menarik minat para peserta dalam mendalami lagi ilmu asas fardhu ain dan memantapkan lagi ilmu yang sedia ada.
Program ini adalah anjuran pihak Yayasan Ade Azhar dengan kerjasama pihak Masjid al-Ikhlas, Seksyen 13 yang merupakan penaja utama untuk program kali ini.