9 TERAJU MALAYSIA

9 TERAJU MALAYSIA Satu Pertubuhan Yang Mengabungkan Ahli Secara Ekseklusif Untuk Menjadi IKON & TOKOH USAHAWAN

16/03/2026

9 Teraju Malaysia Cadang Kerajaan Tetapkan Isnin Sebagai Cuti Tambahan Hari Raya

9 Teraju Malaysia mencadangkan agar kerajaan menetapkan hari Isnin sebagai cuti tambahan secara tetap sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Khamis atau Jumaat.
Presiden 9 Teraju Malaysia, Dato’ Nor Akmal Ibos, berkata ketetapan yang lebih jelas dan konsisten amat penting bagi membantu komuniti perniagaan, khususnya Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), membuat perancangan operasi mereka lebih awal.
Menurut beliau, banyak perniagaan perlu membuat persediaan awal menjelang musim perayaan termasuk penyediaan stok, pengurusan pekerja, perancangan logistik serta jadual operasi perniagaan.
“Ketetapan cuti tambahan yang diumumkan lebih awal akan membantu para usahawan merancang perniagaan mereka dengan lebih teratur dan mengelakkan sebarang gangguan kepada operasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata 9 Teraju Malaysia turut berkongsi pandangan yang sama dengan beberapa persatuan usahawan lain yang melihat keperluan kepada satu keputusan yang lebih jelas bagi memudahkan perancangan sektor perniagaan.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan tersebut demi memberi kepastian kepada komuniti usahawan serta memastikan kelancaran aktiviti ekonomi sepanjang musim perayaan.

Alfatihah. Salam takziah buat keluaga Almarhumah Nadiah. Beliau pernah membantu 9 Teraju Malaysia semasa Tunas Usahawan ...
18/01/2026

Alfatihah. Salam takziah buat keluaga Almarhumah Nadiah. Beliau pernah membantu 9 Teraju Malaysia semasa Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) Di Pulau Pinang bersama Datin Bashirah. Moga roh arwah ditempatkan ditempat orang2 Yang solehah. Aminn

Address

WISMA 9 TERAJU MALAYSIA. No 2A-3F, Jalan Setia Perdana BF , Setia Alam
Shah Alam
40170SHAHALAMSELANGORDARULEHSAN

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 9 TERAJU MALAYSIA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to 9 TERAJU MALAYSIA:

Shortcuts

Share