Alumni GPMS UiTM

Alumni GPMS UiTM Persatuan Alumni GPMS-UiTM (PAGU) merupakan sebuah persatuan bagi alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang pernah menjadi ahli GPMS Cawangan Khas UiTM.

KEAHLIAN

Keahlian biasa PAGU adalah terbuka kepada semua bekas ahli GPMS ITM/UiTM atau bekas pelajar ITM/UiTM yang pernah mengikuti kursus anjuran GPMS-ITM/GPMS-UiTM. Permohonan untuk menjadi ahli bolehlah dibuat dengan 2 cara:

1. Mengisi Borang Keahlian secara 'online' di http://goo.gl/xEyVnX

2. Menghubungi Ahli Jawatankuasa PAGU seperti yang tertera dalam borang tersebut untuk maklumat dan ti

ndakan lanjut;

ATAU;

1. Menghubungi Ahli Jawatankuasa PAGU berikut untuk mendapatkan Borang Keahlian:

a) Muhammd Jannatul Naim bin Mohd Asli - 0172717815

2. Melengkapkan Borang Keahlian beserta sekeping foto berukuran pasport.

3. Mengembalikan Borang Keahlian kepada Ahli Jawatankuasa PAGU di atas bagi tujuan sokongan, pengesahan dan kelulusan

4. Membuat pembayaran:

a) Yuran Pendaftaran Keahlian : RM10.00
b) T-Shirt Alumni GPMS-UiTM : RM45.00

SEJARAH PENUBUHAN

Rentetan daripada beberapa siri perbincangan mengenai keperluan untuk menubuhkan sebuah persatuan bagi alumni GPMS-UiTM, akhirnya satu mesyuarat telah diadakan pada 12 Jun 2013 di atas tujuan tersebut. Mesyuarat yang bertempat di Kondominium Anjung Villa, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur ini telah dihadiri seramai 15 orang alumni daripada pelbagai dekad. Ahli-ahli mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan sebuah persatuan yang diberi nama sebagai Persatuan Alumni GPMS-UiTM (PAGU) yang kemudiannya didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 3 Ogos 2013. PAGU telah ditubuhkan dengan semangat dan iltizam yang tinggi untuk turut serta menjadi benteng kepada agama, raja, bahasa dan hak istimewa Melayu yang kini sedang diasak oleh pihak-pihak yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. LOGO

Keterangan bagi logo PAGU boleh didapati daripada pautan di bawah:

https://www.facebook.com/notes/alumni-gpms-uitm/keterangan-logo-pagu/280186492174227

22/04/2026

Sejuta penghargaan, setinggi-tinggi terima kasih.

Segala jasa, kepimpinan dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh YM Dato’ Syed Anuar Syed Mohammad sepanjang menerajui sebagai Presiden akan terus terpahat dalam lipatan sejarah dan sanubari warga Alumni GPMS.

Dedikasi yang tidak pernah luntur, komitmen yang penuh integriti serta kepimpinan yang menyatukan β€” menjadi inspirasi berterusan buat generasi pewaris.

Semoga segala bakti dan usaha murni ini diberkati dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Sekalung budi, sejuta penghargaan.

Daripada:
Pimpinan Alumni GPMS Kebangsaan

Team building GPMS UiTM PALAM. 17 Mei - 19 Mei 2024.
19/05/2024

Team building GPMS UiTM PALAM. 17 Mei - 19 Mei 2024.

Terima Kasih pada Presiden PAGU yang telah hadir pada Mesyuarat pertama tahun 2024
23/01/2024

Terima Kasih pada Presiden PAGU yang telah hadir pada Mesyuarat pertama tahun 2024

22 Januari β€” Persekutuan Alumni UiTM merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden-Presiden serta wakil Persatuan-Persatuan yang hadir dalam Mesyuarat sulung tahun 2024.
Pelbagai perkara dibincang khususnya berkait perancangan gerak kerja sepanjang tahun 2024 serta usaha menggerakkan sebanyak mungkin penglibatan Alumni UiTM khususnya dalam pelaksanaan program Gerakan Alumni UiTM Turun Ke Masyarakat (GEMA).
PAUiTM mengalu-alukan penyertaan Alumni UiTM serta semua pihak berkepentingan dalam program GEMA dengan menghubungi Ketua Sekretariat GEMA, Tuan Asrul Abu Seman di talian +6011-21223506.

Lelah berjalan ditengah pekan,Singgah sebentar di warung siti,Terima kasih kami ucapkan,Atas segala jasa dan bakti.
02/01/2024

Lelah berjalan ditengah pekan,
Singgah sebentar di warung siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

*MAJLIS JARINGAN MESRA ALUMNI GPMS UiTM & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-10 PERSATUAN ALUMNI GPMS UiTM*Sukacitanya, kami ing...
11/12/2023

*MAJLIS JARINGAN MESRA ALUMNI GPMS UiTM & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-10 PERSATUAN ALUMNI GPMS UiTM*

Sukacitanya, kami ingin menjemput Dato/Datin/Tuan/Puan ke majlis yang akan berlangsung pada:

*Tarikh : 31 Disember 2023*
*Masa : 1500H - 2300H*
*Lokasi : KAMPUNG IDAMAN, TAMAN BOTANI, BUKIT CERAKAH, SHAH ALAM*

Ayuh lapangkan masa pada waktu yang ditetapkan. Inilah masa untuk kita bergabung semula dan mengakrabkan lagi hubungan sedia ada antara kita. Mari kita cipta kenangan baharu sambil mengimbau kenangan-kenangan lalu.

Sila daftar diri anda dengan segera melalui link dibawah
πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfJykWKDxHJqv9YjX9ErI4P209SE-Un6p7nvXL2TM0l6-73-A/viewform?usp=sf_link

Tiada bayaran yang dikenakan bagi program ini namun sekiranya ingin menyumbang, boleh buat sumbangan ke akaun bank rasmi PAGU

Bank : Maybank
Nombor Akaun : 562478143558
Nama : Persatuan Alumni GPMS UiTM (PAGU)
No. Pendaftaran : PPM-008-10-03082013
Reference : Jaringan

08/12/2023

Buah berangan berputik dirawa,
Masak enak di dalam kuali,
Kenangan tercipta mengusik jiwa,
Akan kita bersua kembali.

Address

68A, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alumni GPMS UiTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Alumni GPMS UiTM:

Share