Persekutuan Alumni Universiti Teknologi MARA Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Persekutuan Alumni Universiti Teknologi MARA Malaysia Pejabat Urusan Persekutuan Alumni UiTM
Office Suite G1
UiTM - MTDC Technopreneur Centre
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-6969 tahun negara tercinta mengecap kebebasan, kemakmuran, dan keharmonian. Dari l...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69

69 tahun negara tercinta mengecap kebebasan, kemakmuran, dan keharmonian. Dari lipatan sejarah hingga ke mercu kejayaan moden, semangat perpaduan kekal menyatukan kita sebagai warganegara Malaysia.

Sebagai alumni, marilah kita terus berbakti, melakar kejayaan, dan menyumbang kembali kepada agama, bangsa, dan tanah air tercinta.
"Merdeka! Merdeka! Merdeka!"

Ikhlas daripada:
Presiden, Majlis Eksekutif & Seluruh Anggota Persekutuan Alumni UiTM Malaysia

🌐 Info & Layari: alumniuitm.my
πŸ“ž Hubungi: +60 12-385 3224

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Dr. Anesee Ibrahim, alumni Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM, ata...
30/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Dr. Anesee Ibrahim, alumni Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM, atas pelantikan sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Jabatan Perdana Menteri.

Seluruh warga Persekutuan Alumni UiTM mendoakan semoga Datuk Dr. terus melakar kejayaan, diberikan keafiatan, serta dipermudahkan segala urusan dalam menggalas amanah kepimpinan ini demi kecemerlangan nusa dan bangsa.
Ikhlas daripada Presiden, Majlis Eksekutif, dan Seluruh Anggota Persekutuan Alumni UiTM.

TITAH DIRAJA: KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN TERAS PEMBANGUNAN NEGARADYMM Sultan Selangor mencemar duli menyampaikan...
29/08/2026

TITAH DIRAJA: KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN TERAS PEMBANGUNAN NEGARA

DYMM Sultan Selangor mencemar duli menyampaikan titah peringatan berhubung hala tuju dan peranan penting UiTM dalam pembangunan negara.

Antara intipati utama Titah Diraja:

Institusi Mobiliti Sosial: UiTM ditegaskan sebagai teras mobiliti sosial bagi memacu kemajuan Orang Melayu dan Bumiputera.

Hubungan Memori & Sejarah: Hubungan erat Istana Selangor dan UiTM bermula sejak era Almarhum Ayahanda Sultan Selangor selaku Canselor Pertama UiTM yang sentiasa meletakkan kepentingan ilmu di asas tertinggi.

Kekal Relevan & Berdaya Saing: UiTM perlu terus dipertahankan, namun warga UiTM diingatkan agar tidak leka dengan kejayaan lalu dan sentiasa relevan melahirkan graduan berdaya saing global.

Pencipta Pekerjaan (Job Creators): Keutamaan masa hadapan UiTM adalah melahirkan graduan yang bukan sekadar pencari kerja, sebaliknya menjadi pencipta peluang pekerjaan.

Cabaran Penguasaan Bahasa Asing: Baginda mencabar setiap mahasiswa/i UiTM untuk menguasai sekurang-kurangnya 2 bahasa asing bagi meningkatkan kebolehpasaran di peringkat antarabangsa.

Semoga titah peringatan Tuanku ini menjadi pendorong buat seluruh warga UiTM untuk terus melakar kecemerlangan

gambar: Bernama/UiTM social media.

29/08/2026

Titah Diraja

Biasiswa Alumni UiTM ini merupakan sebuah inisiatif berprestij oleh Persekutuan Alumni UiTM Malaysia yang diwujudkan bag...
27/08/2026

Biasiswa Alumni UiTM ini merupakan sebuah inisiatif berprestij oleh Persekutuan Alumni UiTM Malaysia yang diwujudkan bagi mengiktiraf kecemerlangan dan potensi mahasiswa terbaik Universiti Teknologi MARA. Biasiswa ini digerakkan secara bersama dengan Yayasan Budiman UiTM (yayasan di bawah PAUiTM) dan dikelolakan menerusi hasil sumbangan para dermawan, organisasi korporat serta para Alumni yang budiman.

Bukan sekadar menawarkan sokongan pembiayaan pendidikan kepada mahasiswa yang menunjukkan kecemerlangan akademik serta penglibatan aktif ko-kurikulum, biasiswa ini turut memberi penekanan kepada pembangunan kepimpinan, jaringan alumni, pendedahan industri dan pembentukan bakat masa hadapan.

πŸ“Œ Permohonan dibuka: 5 September 2026
πŸ“Œ Tarikh tutup: 11 September 2026
πŸ“Œ Temuduga: 17 September 2026
πŸ“Œ Pengumuman penerima: 21 September 2026

Kepada mahasiswa UiTM yang memenuhi kriteria dan bersedia melangkah lebih jauh, inilah peluang untuk menjadi sebahagian daripada legasi Biasiswa Alumni UiTM.

"Memperkasa Pendidikan Anak Bangsa"




Setinggi-Tinggi Ucapan TahniahPersekutuan Alumni UiTM Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datuk Fa...
26/08/2026

Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah
Persekutuan Alumni UiTM Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datuk Farrah Naz Abd Karim atas penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Pencapaian cemerlang ini bukan sahaja satu pengiktirafan tertinggi atas jasa dan sumbangan beliau dalam industri media negara, malah menjadi kebanggaan serta sumber inspirasi besar buat seluruh warga alumni UiTM.
Semoga YBhg. Datuk terus diberikan kesihatan, kejayaan berpanjangan, dan sentiasa cemerlang dalam memimpin serta menabur bakti demi nusa dan bangsa!

Alhamdulillah, selesai sudah Program Bacaan Yasin & Doa Selamat sempena Ulang Tahun Ke-27 Pengisytiharan UiTM Sebagai Un...
26/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Bacaan Yasin & Doa Selamat sempena Ulang Tahun Ke-27 Pengisytiharan UiTM Sebagai Universiti yang telah berlangsung petang tadi di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam. 🀲✨
Terima kasih diucapkan kepada seluruh alumni dan warga UiTM yang hadir melapangkan masa bersama-sama mengimarahkan majlis dan mendoakan kesejahteraan serta kejayaan berterusan buat alma mater kesayangan kita.
Semoga UiTM terus cemerlang melahirkan generasi berilmu, berbakti, dan membanggakan agama, bangsa, serta negara.

ITM- UiTM
26/08/2026

ITM- UiTM

INSTITUT TEKNOLOGI MARA (ITM) DIISYTIHARKAN SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI

Pada hari ini dalam tahun 1999, Institut Teknologi MARA (ITM) diumumkan menjadi universiti dan dinamakan sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Perhimpunan Perdana Siswazah ITM bersama YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Melalui pengumuman ini, UiTM telah mara setapak lagi untuk menjadi sebuah universiti yang ulung di Malaysia. UiTM bermula dengan penubuhan Dewan Latihan Perbadanan Pembangunan Industri Luar Bandar (RIDA) pada tahun 1956.

Pada awal penubuhannya, hanya seramai 25 orang penuntut sahaja yang diambil untuk melalui sesi pembelajaran. Namanya kemudian ditukar kepada Maktab MARA pada tahun 1965 sebelum dinaik taraf kepada sebuah institut yang dikenali sebagai ITM pada tahun 1967. Pada tahun 1970, ITM diberikan kuasa autonomi dan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Melalui kelulusan Akta ITM di Parlimen pada tahun 1976, ia diletakkan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan. Akta ITM sekali lagi dipinda pada tahun 1996 bagi memberikan status universiti. Kini, UiTM menyediakan pendidikan inovatif dengan infrastruktur dan teknologi terkini kepada penuntutnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Portal HIDS menerusi https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Apple App Store. HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.





SELAMAT ULANG TAHUN KE-27, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA! 27 tahun bergelar sebuah Universiti satu perjalanan yang penuh sej...
26/08/2026

SELAMAT ULANG TAHUN KE-27, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA!

27 tahun bergelar sebuah Universiti satu perjalanan yang penuh sejarah, perjuangan dan kejayaan dalam membina generasi anak bangsa.

Daripada sebuah institusi yang lahir dengan misi memperkasa pendidikan bumiputera, UiTM terus melangkah gagah sebagai sebuah universiti yang melahirkan insan berilmu, profesional, berdaya saing dan berjiwa besar.

UiTM bukan sekadar tempat menuntut ilmu. UiTM adalah identiti, wadah perjuangan dan rumah kepada jutaan alumni yang terus menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Hari ini, kami berdiri dengan penuh bangga sebagai warga dan alumni UiTM.

Teruslah menjadi universiti yang membina masa depan. Teruslah menjadi kebanggaan anak bangsa. Teruslah menyinar di persada dunia.

πŸ”₯ UiTM DI HATIKU!
πŸ”₯ UiTM SENTIASA DI JIWAKU!
πŸ”₯ UiTM, TERUS GEMILANG!

Selamat Ulang Tahun ke-27, Universiti Teknologi MARA.
Semoga terus kukuh melangkah, teguh berdiri dan unggul mencipta legasi untuk Malaysia tercinta.

Daripada Presiden, Majlis Eksekutif dan seluruh warga Persekutuan Alumni UiTM Malaysia.

Address

Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persekutuan Alumni Universiti Teknologi MARA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persekutuan Alumni Universiti Teknologi MARA Malaysia:

Shortcuts

Share