08/07/2026
🌿✨ Jom kongsi rezeki di ECOFreeMarket @ Larian Obor Sukma XXII & Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya 2026 ✨🌿
Kadang-kadang, barang yang sudah jarang kita guna masih sangat bernilai untuk orang lain.
Sebab itu ECOFreeMarket diwujudkan — sebagai ruang untuk komuniti berkongsi, guna semula dan menyebarkan kebaikan, tanpa jual beli dan tanpa barter.
📅 19 Julai 2026 (Ahad)
🕣 8.30 pagi – 10.30 pagi
📍 Subang Parade
Kalau anda ada pakaian, buku, permainan, pokok atau barangan rumah yang masih elok, jom bawa dan kongsi bersama komuniti.
Mungkin nampak kecil, tetapi besar maknanya untuk orang lain. 💚
Makluman untuk penyumbang:
• Meja tidak disediakan
• Mohon bawa tikar / alas sendiri
• Boleh datang mulai 7.30 pagi untuk menyusun barangan
• Barangan akan diberikan kepada pengunjung melalui Kupon EFM
• Sama-sama kita jaga adab memberi dan menerima sepanjang program
Program ini bukan sekadar tempat beri barang, tetapi juga ruang untuk kita bina komuniti yang lebih prihatin, lebih lestari dan lebih bahagia.
📲 Pertanyaan & pendaftaran:
Khasfi – 0146231891 / ECOFreeMarket
Nash – 0174678532 / EcoFreeMarket MBSJ
🎯 Sasaran: 25 penyumbang
Kalau anda rasa ini program yang baik, bantu kami sebarkan kepada keluarga, jiran dan kawan-kawan.
Semoga lebih ramai dapat sama-sama berkongsi kebaikan. Terima kasih 🌱