Gbpu9u10

Gbpu9u10 GABUNGAN BERTINDAK PENDUDUK U9 & U10 SHAH ALAM

LAPORAN PERHIMPUNAN AMAN MEMBANTAH KESESAKAN LALU LINTAS PERSIARAN MOKHTAR DAHARI (B49)Assalamualaikum dan salam sejahte...
21/06/2026

LAPORAN PERHIMPUNAN AMAN MEMBANTAH KESESAKAN LALU LINTAS PERSIARAN MOKHTAR DAHARI (B49)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 12 Jun 2026, satu Perhimpunan Aman telah diadakan di Persiaran Mokhtar Dahari, Alam Budiman, bagi menyuarakan kebimbangan penduduk dan pengguna jalan raya terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang semakin kritikal di laluan tersebut.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Alam Budiman itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat serta pengguna jalan raya yang terkesan secara langsung dengan keadaan trafik di Persiaran Mokhtar Dahari. Kehadiran peserta mencerminkan kesepakatan masyarakat dalam mendesak pihak-pihak berwajib agar mengambil tindakan segera dan berkesan bagi menangani isu yang telah berlarutan sekian lama.

Sepanjang perhimpunan berlangsung, pelbagai pandangan dan kebimbangan telah disuarakan berkaitan kesesakan yang semakin serius, khususnya pada waktu puncak. Selain menjejaskan pergerakan harian penduduk, keadaan tersebut turut meningkatkan risiko kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di sepanjang laluan berkenaan.

Antara tuntutan utama yang disuarakan ialah supaya kerajaan dan agensi berkaitan mempercepatkan pelaksanaan penyelesaian jangka panjang bagi meningkatkan kapasiti jalan raya serta mengurangkan kesesakan yang semakin membebankan pengguna. Penduduk juga menegaskan bahawa isu ini bukan lagi sekadar masalah keselesaan, malah telah menjadi isu keselamatan awam yang memerlukan tindakan segera.

Perhimpunan Aman ini telah berlangsung dalam keadaan terkawal dan teratur serta berjaya mencapai objektifnya sebagai platform untuk menyampaikan suara rakyat kepada pihak berkuasa dan pembuat dasar.

Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua penduduk, pengguna jalan raya dan pihak-pihak yang telah memberikan sokongan serta menunjukkan solidariti dalam usaha mencari penyelesaian yang lebih baik demi keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan masyarakat.

“Suara Rakyat, Tindakan Dipercepatkan”

Anjuran:
Persatuan Penduduk Taman Alam Budiman
GBPU9U10

21/06/2026

Gbpu9u10 hari ini terus mendesak pihak berwajib untuk mempercepatkan usaha menaik taraf Jalan Persiaran Mokhtar Dahari (PMD) (B49) demi meningkatkan keselamatan dan kelancaran trafik di kawasan ini.

Sehubungan itu, satu sesi Town Hall telah diadakan pagi ini di perkarangan Dewan Alam Budiman yang dihadiri oleh YB Najwan Halimi, wakil kepada Azli Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam, Encik Shukri Ishak Pengarah JKR Selangor, wakil JKR Kuala Selangor, pengerusi-pengerusi persatuan penduduk U10, Puncak Alam dan Kampung Budiman, wakil KUSEL, wakil MBSA termasuk Pengarah Kejuruteraan En. Hanef Basree, Ahli Majlis MPP Zon 20 serta penduduk setempat.

Objektif utama sesi ini adalah untuk mendesak agar sebuah jejambat (flyover) dibina dengan kadar segera di persimpangan Alam Budiman yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi, dengan rekod kemalangan yang membimbangkan serta kesesakan lalu lintas yang semakin kritikal. Pembinaan jejambat ini dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang yang mampu meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya serta melancarkan aliran trafik bagi penduduk sekitar U10, Alam Budiman, Puncak Alam dan kawasan berhampiran.

GBPU9U10 berharap semua agensi berkaitan dapat memberikan keutamaan terhadap cadangan ini dan mengambil tindakan segera demi kesejahteraan serta keselamatan masyarakat setempat.

Makluman…
21/06/2026

Makluman…

Address

Shah Alam
40170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gbpu9u10 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share