Nisa' Shah Alam

Call Directions Contact the organization

Nisa' Shah Alam Nisa' Shah Alam adalah sebuah Pertubuhan Kebajikan, Kemasyarakatan dan Kemanusiaan cawangan Shah Alam. Jom jadi sahabat Nisa' Shah Alam di FB.... (^_^)

Kebajikan :: Kemanusiaan :: Kemasyarakatan

************************************************

Kebajikan – Berkongsi kebahagiaan
Kemanusiaan – Prihatin dan menghargai kehidupan
Kemasyarakatan – Membudayakan kesukarelawanan

# # Sharing happiness
# # Care and Appreciating Lives
# # Promoting volunteerism

Sumbangan untuk dana program2 Nisa' Shah Alam boleh disalurkan ke:
Akaun Maybank Nisa' Shah Alam: 562106720746

𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 🌷𝘒𝘦𝘯𝘢𝘭𝘪 𝘋𝘢𝘳𝘢𝘩𝘮𝘶, 𝘚𝘦𝘮𝘱𝘶𝘳𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘐𝘣𝘢𝘥𝘢𝘩𝘮𝘶Alhamdulillah sempena cuti Hari Malaysia, Nisa' Shah Alam telah b...
16/09/2026

𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 🌷
𝘒𝘦𝘯𝘢𝘭𝘪 𝘋𝘢𝘳𝘢𝘩𝘮𝘶, 𝘚𝘦𝘮𝘱𝘶𝘳𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘐𝘣𝘢𝘥𝘢𝘩𝘮𝘶

Alhamdulillah sempena cuti Hari Malaysia, Nisa' Shah Alam telah berjaya menjalankan satu program dibawah Unit Pembangunan Insan (UPI) iaitu Fiqh Darah Wanita khusus untuk wanita muda yang bertempat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong

Seramai 52 peserta yang hadir dengan niat untuk mempelajari ilmu fiqh darah wanita dengan lebih mendalam kerana ilmu ini sangat penting terutamanya melibatkan ibadah kita seharian.

Panel jemputan kami yang tidak asing dalam bidang ini, Al Fadhilah Ustazah Falihah banyak memberikan penjelasan yang sangat terperinci berkaitan dengan darah wanita dan pendekatan beliau yang sangat menarik dan mudah difahami

Rata-rata yang hadir memberikan respon yang baik dan ada yang inginkan program yang bermanfaat seperti ini dapat dilaksanakan lagi

Terima kasih kepada semua yang hadir dan tidak lupa pada kepada para penaja yang telah menaja program kami. Terima kasih juga ajk Nisa' Shah Alam yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

Tulus ikhlas,
Ketua Nisa' Shah Alam 💜





🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾Alhamdulillah, nikmat hidup dalam sebuah negara yang aman dan berbilang bangsa adalah sa...
16/09/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 🇲🇾

Alhamdulillah, nikmat hidup dalam sebuah negara yang aman dan berbilang bangsa adalah satu anugerah yang perlu kita syukuri. 🤍

Semoga kita terus memelihara ukhuwah, perpaduan dan keharmonian, saling menghormati serta hidup berlandaskan nilai-nilai Islam.

“𝘋𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘦𝘨𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘨𝘶𝘩𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘢𝘭𝘪 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘱𝘦𝘤𝘢𝘩-𝘣𝘦𝘭𝘢𝘩.”
— Surah Ali ‘Imran: 103

Bersatu dalam kepelbagaian, suburkan kasih sayang, bina Malaysia yang lebih baik.

Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾

Ikhlas daripada Nisa’ Shah Alam





🌫️ 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐊Musim jerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya kepada kanak-kanak, wa...
11/09/2026

🌫️ 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐊

Musim jerebu boleh memberi kesan kepada kesihatan, terutamanya kepada kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.

Jaga diri dan keluarga dengan:
😷 Memakai pelitup muka ketika berada di luar
🏠 Mengurangkan aktiviti luar dan memastikan ruang dalaman bersih
💧 Minum air secukupnya
🍎 Mengamalkan pemakanan yang sihat
🫁 Peka terhadap sebarang tanda masalah pernafasan
📱 Sentiasa semak bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Kesihatan adalah tanggungjawab kita bersama. Sama-sama kita mengambil langkah berjaga-jaga dan melindungi diri serta orang tersayang. 🤍

Pesanan ringkas daripada Nisa' Shah Alam





🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 🇲🇾Alhamdulillah sedar tidak sedar hampir 7 dekad negara Malaysia menikmati ke...
31/08/2026

🇲🇾 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 🇲🇾

Alhamdulillah sedar tidak sedar hampir 7 dekad negara Malaysia menikmati kemerdekaan.

Sebagai rakyat, marilah kita sama-sama menjaga keamanan dan keharmonian negara tanpa mengira bangsa dan agama.

NISA' Shah Alam mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69.

Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita lafaz ucapan
“الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ”
setiap kali menyambut kemerdekaan..

Moga-moga kemerdekaan yang kita nikmati pada hari ini dapat menambahkan kesyukuran kepada kita dan mendekatkan kita kepada Allah SWT





🌸 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 🌸Pernah tak tertanya-tanya…“_Darah ni masih haid ke dah istihadah_?”“_Bila sebenarnya da...
27/08/2026

🌸 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 🌸

Pernah tak tertanya-tanya…

“_Darah ni masih haid ke dah istihadah_?”
“_Bila sebenarnya dah dikira suci_?”
“_Kalau jadi macam ni, kena solat atau tak_?”

Ramai wanita pernah melalui situasi macam ni, tapi tak semua tahu nak tanya siapa. 🤍

Nisa’ Shah Alam membawakan:

🌷 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗙𝗜𝗤𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔
𝘛𝘦𝘮𝘢: 𝘒𝘦𝘯𝘢𝘭𝘪 𝘋𝘢𝘳𝘢𝘩𝘮𝘶, 𝘚𝘦𝘮𝘱𝘶𝘳𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘐𝘣𝘢𝘥𝘢𝘩𝘮𝘶

🎙️ 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇𝗮𝗵 𝗦𝗶𝘁𝗶 𝗙𝗮𝗹𝗶𝗵𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗬𝗮𝗮𝗸𝗼𝗯

📅 16 September 2026 (Rabu)
⏰ 10.30 pagi – 1.00 petang
📍 Dewan Seminar, Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
💰 RM10 sahaja

✨ Kupasan santai & mudah difahami
✨ Case study situasi sebenar
✨ Sesi soal jawab
✨ Bahan rujukan disediakan

Ilmu ni nampak kecil, tapi sangat dekat dengan ibadah kita setiap hari. 🌸

Kalau ada persoalan yang selama ni buat kita was-was, jom belajar dengan betul.

Link pendaftaran :
https://forms.gle/Ey56NeDAksGPMSxt6

Atau;

📲 Scan QR pada poster untuk daftar.

Boleh share dengan mak, kakak, adik, sahabat dan sesiapa yang mungkin perlukan ilmu ini 🤍

✨𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇✨{ قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِی یُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَیَغۡفِرۡ لَكُمۡ ...
24/08/2026

✨𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇✨

{ قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِی یُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَیَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورࣱ رَّحِیمࣱ }

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

[Surah Āli-ʿImrān: 31]

Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini menegaskan bahawa golongan yang menyintai Allah hanyalah benar sekiranya mereka mengikuti syariah dan sunnah Nabi ﷺ. Bersempena sambutan Maulidur rasul pada hari ini, marilah sama-sama kita menyambut saranan nasihat dari ayat diatas untuk bersama-sama menuju ke jalan yang lurus ke arah destinasi akhirat kelak.

Nisa' Shah Alam ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul untuk semua mukminin dan mukminat di seluruh tanah air ini.

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ





🌙✨ 𝐀𝐇𝐋𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐒𝐀𝐇𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐁𝐈𝐔𝐋 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 ✨🌙Bulan Rabiul Awal kembali menyapa, membawa kita mengingati insan paling mulia yang...
13/08/2026

🌙✨ 𝐀𝐇𝐋𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐒𝐀𝐇𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐁𝐈𝐔𝐋 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 ✨🌙

Bulan Rabiul Awal kembali menyapa, membawa kita mengingati insan paling mulia yang pernah hadir dalam sejarah umat manusia — Nabi Muhammad ﷺ. 🤍

Baginda bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dicintai, dipelajari sirahnya dan diteladani akhlaknya.

Marilah kita jadikan Rabiul Awal sebagai ruang untuk kembali menyuburkan cinta kepada Rasulullah ﷺ — dengan mengenali perjuangan Baginda, mencontohi akhlaknya dan memperbanyakkan selawat.

اللهم صل وسلم على نبينا محمد ﷺ

Selamat datang, Rabiul Awal.
Semoga bulan ini mendekatkan hati kita kepada Rasulullah ﷺ 🌷





𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐏𝐀 💜𝘚𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘮𝘦𝘭𝘶𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘵𝘢-𝘬𝘢𝘵𝘢, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯𝘢𝘯𝘯...
21/06/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐏𝐀 💜

𝘚𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘺𝘢𝘩 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘮𝘦𝘭𝘶𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘴𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘵𝘢-𝘬𝘢𝘵𝘢, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘰𝘳𝘣𝘢𝘯𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘶𝘬𝘵𝘪 𝘤𝘪𝘯𝘵𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘪𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘥𝘪𝘯𝘨𝘢𝘯.

Selamat Hari Bapa kami ucapkan kepada semua insan yang bergelar 𝘈𝘺𝘢𝘩. Semoga setiap titik peluh, pengorbanan dan pengertian menjadi amal soleh yang diberkati Allah SWT dunia dan akhirat.

𝙺𝚊𝚜𝚒𝚑 𝙸𝚋𝚞 𝙼𝚎𝚖𝚋𝚊𝚠𝚊 𝚔𝚎 𝚂𝚢𝚞𝚛𝚐𝚊, 𝙺𝚊𝚜𝚒𝚑 𝙰𝚢𝚊𝚑 𝚂𝚎𝚕𝚊𝚖𝚊𝚗𝚢𝚊 💜





𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 | 𝟏 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟖 𝐇Kisah penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat telah mengajar kita bahawa pengh...
16/06/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐀𝐋 𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 | 𝟏 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐑𝐀𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟖 𝐇

Kisah penghijrahan Rasulullah SAW dan para sahabat telah mengajar kita bahawa penghijrahan bukan lah sekadar berpindah tempat, tetapi keberanian meninggalkan perkara yang menjauhkan kita daripada Allah SWT.

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam daripada kami Nisa' Shah Alam. Semoga di tahun baru 1448 H ini menjadi titik permulaan kepada kita untuk berhijrah dan istiqamah ke arah yang lebih baik serta diredaiNya 💜





Dirgahayu Tuanku 👑
01/06/2026

Dirgahayu Tuanku 👑

DIRGAHAYU TUANKU 👑

Nisa' Malaysia Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena,

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim:
Pertubuhan Nisa' Malaysia



Address

Shah Alam

Telephone

+60132708207

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nisa' Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Nisa' Shah Alam:

Shortcuts

Share