Pertubuhan Peduli Insan Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Peduli Insan merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan diwujudkan pada tahun 2011 dibawah nama “Syria Dihatiku”.
(260)

No Pendaftaran: PPM-028-10-29082018

Sebuah organisasi amal yang berusaha menyediakan bantuan dari segi:
* Makanan
* Pendidikan
* Perlindungan
* Kesihatan
kepada pelarian di negara yang menderita bencana kemanusiaan serta kepada golongan miskin & asnaf. Ia telah didaftarkan di Malaysia pada tahun 2012. Selepas aktiviti dan projek organisasi berkembang ke beberapa buah negara, ia telah didaftarkan sebagai “Peduli Insan” pada awal tahun 2019. Ia menjadi penyokong dan tempat selamat untuk setiap orang tidak kira dimana mereka berada.

� Visi Kami adalah:
Kepimpinan tentang pelaksanaan projek kemanusian di negara-negara yang menderitka ekoran peperangan dan kemiskinan.


� Misi Kami:
Organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menawarkan perkhidmatan kemanusian dan progam pembangunan masyarakat serta mewujudkan hubungan kerjasama yang berkesan.

�Moto Kami:
Ihsan Demi Insan

10/10/2026
Seorang lelaki menggendong seorang kanak-kanak perempuan yang cedera susulan serangan udara ke atas sebuah khemah yang m...
10/10/2026

Seorang lelaki menggendong seorang kanak-kanak perempuan yang cedera susulan serangan udara ke atas sebuah khemah yang menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Al-Mawasi, Khan Younis, selatan Semenanjung G.

Kanak-kanak terus menjadi mangsa konflik yang tidak berkesudahan. Mereka yang sepatutnya menikmati zaman kanak-kanak dengan penuh kegembiraan kini terpaksa berdepan dengan trauma, kehilangan dan penderitaan.

Dunia tidak seharusnya memejamkan mata terhadap penderitaan mereka. 🇵🇸

Kereta ini dah jauh daripada rupa asalnya. Cat mengelupas, badan calar-balar, tapi masih bergerak di tengah-tengah G.Ent...
09/10/2026

Kereta ini dah jauh daripada rupa asalnya. Cat mengelupas, badan calar-balar, tapi masih bergerak di tengah-tengah G.

Entah berapa banyak perjalanan yang dah dilalui. Entah berapa banyak barang yang pernah dibawa, berapa banyak urusan keluarga yang diselesaikan dengannya.

Di G, benda yang kita anggap sudah uzur atau tak lagi berguna mungkin masih menjadi sesuatu yang penting untuk meneruskan kehidupan.

Sebab dalam keadaan serba kekurangan, selagi masih boleh digunakan, selagi itulah ia berharga.

✨ 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐈 𝐓𝐢𝐤𝐞𝐭 𝐇𝐢𝐣𝐣𝐚𝐳 𝟑 𝐃𝐞𝐤𝐚𝐝: 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐞𝐫𝐭 𝐑𝐢𝐧𝐝𝐮 𝐒𝐮𝐦𝐚𝐲𝐲𝐚𝐡!✨Nak tengok 𝐇𝐢𝐣𝐣𝐚𝐳 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐋𝐈𝐕𝐄? 🎶Jom sertai peraduan kami dan reb...
09/10/2026

✨ 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐈 𝐓𝐢𝐤𝐞𝐭 𝐇𝐢𝐣𝐣𝐚𝐳 𝟑 𝐃𝐞𝐤𝐚𝐝: 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐞𝐫𝐭 𝐑𝐢𝐧𝐝𝐮 𝐒𝐮𝐦𝐚𝐲𝐲𝐚𝐡!✨

Nak tengok 𝐇𝐢𝐣𝐣𝐚𝐳 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐋𝐈𝐕𝐄? 🎶
Jom sertai peraduan kami dan rebut peluang untuk menonton konsert istimewa ini!

𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧:
1️⃣ Follow akaun rasmi 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐏𝐞𝐝𝐮𝐥𝐢 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧
2️⃣ Like & share post ini di Facebook anda
3️⃣ Komen 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐥𝐚𝐠𝐮 𝐤𝐞𝐠𝐞𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐇𝐢𝐣𝐣𝐚𝐳 dan kongsikan 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐥𝐚𝐠𝐮 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚

Mana tahu, lagu yang paling dekat di hati anda bakal bawa anda terus ke konsert! 👀✨

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐮𝐛𝐚 & 𝐬𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚!

📌 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐩𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐤𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝟏 𝐭𝐢𝐤𝐞𝐭 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐞𝐫𝐭 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐙𝐨𝐧 𝐋𝐮𝐤𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐚𝐦 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐨𝐧𝐬𝐞𝐫𝐭 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟔 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭). Pemenang akan dihubungi melalui DM oleh akaun rasmi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia dan perlu 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐦𝐞𝐬𝐞𝐣 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐩𝐮𝐤𝐮𝐥 𝟑.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟏𝟒 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 bagi tujuan penebusan tiket.

Tarikh tamat peraduan: 13 Oktober 2026, 1.00 petang

𝘛𝘦𝘳𝘵𝘢𝘬𝘭𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘮𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘵.

09/10/2026

𝐓𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡, 𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐚?

Bawah pokok pun boleh.
Tepi bangunan pun boleh.
Mana-mana tempat yang ada ruang, situ mereka belajar.

Dekat Yaman, ramai anak-anak dah biasa dengan keadaan macam ni.

Sekolah rosak, ruang belajar tak cukup, tapi peliknya… 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐧𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐚𝐝𝐚.

Sebab tu kita cuba buat sesuatu.

Melalui 𝐄𝐝𝐮 𝟒 𝐈𝐧𝐬𝐚𝐧, kita nak bantu bina sekolah yang lebih proper untuk mereka.

Kalau Jumaat ni ada rezeki lebih, 𝐣𝐨𝐦 𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢 𝐬𝐢𝐤𝐢𝐭.

Tak perlu tunggu banyak. 𝐑𝐌𝟏𝟎, 𝐑𝐌𝟐𝟎, 𝐑𝐌𝟓𝟎… ikut kemampuan.

Yang penting, kita sama-sama bantu bagi mereka satu tempat untuk belajar.

Mana tahu, daripada sedikit yang kita bagi hari ni, lahir seorang anak yang satu hari nanti boleh ubah hidup ramai orang.

𝐉𝐨𝐦 𝐈𝐧𝐟𝐚𝐪 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭. 🤍
Klik https://peduliinsan.org/my/donate/e4i/187 atau link di bio.

Youssef Shaqir, 12 tahun, dari bandar Al-Zawiya, di barat Salfit, sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah apabila di...
09/10/2026

Youssef Shaqir, 12 tahun, dari bandar Al-Zawiya, di barat Salfit, sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah apabila dia dikejutkan dengan serbuan tentera di bandarnya.

Dalam ketakutan, Youssef mencari tempat berlindung di sebalik sebuah generator elektrik, berharap dirinya tidak disedari. Namun, menurut keluarganya, tentera akhirnya menemukannya, menampar mukanya dan meninggalkannya dalam keadaan menangis serta terganggu emosinya.

Ada masa depan yang sedang dibentuk, tapi jalan cerita mereka berbeza.Ada anak yang membesar dengan sekolah yang lengkap...
08/10/2026

Ada masa depan yang sedang dibentuk, tapi jalan cerita mereka berbeza.

Ada anak yang membesar dengan sekolah yang lengkap, meja sendiri dan kelas yang selesa.

Tapi untuk anak-anak di Yaman, nak bersekolah pun kadang-kadang bukan semudah itu.

Dugaan yang mereka lalui mungkin jauh lebih berat daripada apa yang kita bayangkan.

Dan sebab tu, kita nak bantu bagi mereka sesuatu yang sepatutnya mereka ada sejak awal iaitu ruang yang selesa untuk belajar dan kejar cita-cita.

Melalui Edu 4 Insan, insyaAllah kita cuba bina sekolah untuk anak-anak di Ma’rib, Yaman.

Sebab mereka pun ada impian.

Cuma jalan untuk sampai ke sana, tak semudah kita.

Klik: https://peduliinsan.org/my/donate/e4i/184

Di Al-Mawasi, Khan Younis, dalam kehidupan yang serba susah akibat perpindahan dan perang, Amal, seorang wanita yang tid...
08/10/2026

Di Al-Mawasi, Khan Younis, dalam kehidupan yang serba susah akibat perpindahan dan perang, Amal, seorang wanita yang tidak dapat bertutur, menemui ruang untuk mencurahkan kasih sayang melalui kucing-kucing yang dijaganya.

Dia mendakap mereka, memandikan dan menjaga mereka sebaik mungkin. Walaupun tidak mampu meluahkan kasih dengan kata-kata, tangannya tetap mampu memberitahu betapa sayangnya dia kepada haiwan-haiwan itu.

Dalam keadaan serba kekurangan, Amal enggan meninggalkan kucing-kucingnya. Dalam pelukannya, haiwan-haiwan itu menemukan sedikit kehangatan dan rasa selamat.

Kasih sayang tak semestinya perlu suara untuk dirasai. Kadang-kadang, diam pun sudah cukup untuk menunjukkan betapa dalamnya sebuah kasih.

08/10/2026

Kita mungkin takkan faham rasanya bila makanan segar jadi sesuatu yang perlu ditunggu.

Di G, sayur dan buah mungkin satu-satunya makanan segar yang mereka dapat selepas sekian lama.

Pada 8 September 2026, agihan sayur-sayuran dan buah-buahan disampaikan kepada keluarga di G.

Ada yang menerima dengan tangan sendiri. Ada yang mungkin terus memikirkan anak-anak di rumah.

Sebab bila hidup sudah terlalu lama dihimpit kekurangan, satu plastik sayur pun boleh terasa seperti satu nikmat yang besar.

Apa yang kita anggap biasa, mungkin sedang sangat mereka rindukan.

Air mata kehilangan... 💔Detik menyayat hati apabila seorang anak mengucapkan selamat tinggal kepada bapanya, syahid Ali ...
08/10/2026

Air mata kehilangan... 💔

Detik menyayat hati apabila seorang anak mengucapkan selamat tinggal kepada bapanya, syahid Ali Al-Bazari, di Hospital Rafidia di Nablus, selepas nyawa bapanya diragut akibat tembakan di Burqa.

Address

No. 38 Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:30
14:30 - 17:00

Telephone

+60177444595

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Peduli Insan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Peduli Insan Malaysia:

Shortcuts

Share