AGES Malaysia - Al Ukhuwwah Generation Society

AGES Malaysia - Al Ukhuwwah Generation Society Follow FB IG TikTok di
Laman rasmi: www.agesmalaysia.com Al Ukhuwwah Generation Society (AGES Malaysia)
No.

Pertubuhan: PPM-023-10-10082023

====================================

MATLAMAT PERTUBUHAN:
1. Menjalankan aktiviti kebaktian dan kemasyarakatan dengan sistematik dan berkesan bagi membantu golongan yang memerlukan di setiap peringkat masyarakat.

2. Memupuk budaya cintakan amal bakti khususnya dalam kalangan ahli dan kepada masyarakat amnya. SKOP AKTIVITI PERTUBUHAN:
-Kebajikan
-Dakwah dan Modal Insan
-Ekonomi dan Sosial

✨ Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H ✨“Hijrah bukan tentang siapa kita semalam, tetapi siapa yang kita pilih untuk me...
17/06/2026

✨ Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H ✨

“Hijrah bukan tentang siapa kita semalam, tetapi siapa yang kita pilih untuk menjadi hari ini”

Semoga tahun baru ini menjadi titik permulaan untuk meningkatkan keimanan, memperkukuhkan ukhuwah dan memperbanyakkan amal kebajikan.

Salam Ma'al Hijrah buat seluruh umat Islam.

BACAAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAHMenjelang ketibaan Tahun Baharu Islam 1448H, marilah kita bersama-sama menga...
16/06/2026

BACAAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH

Menjelang ketibaan Tahun Baharu Islam 1448H, marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan ini untuk menutup tahun 1447H dengan muhasabah diri serta memulakan tahun baharu dengan doa, harapan dan kebergantungan kepada Allah S.W.T.

Semoga permulaan tahun hijrah ini menjadi ruang untuk kita memperbaiki amalan, memperkukuh keimanan dan memohon agar kehidupan kita sentiasa berada dalam rahmat, perlindungan serta keberkatan-Nya.

🤲 Doa Akhir Tahun 1447H
Dibaca pada penghujung hari 30 Zulhijah 1447H, iaitu sebelum masuk waktu Maghrib atau selepas solat Asar.

🤲 Doa Awal Tahun 1448H
Dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 16 Jun 2026, bersamaan bermulanya 1 Muharam 1448H. Dalam kalendar Hijrah, pertukaran hari bermula selepas waktu Maghrib.

Salam Ma’al Hijrah 1448H






🐄💨 Raya haji memang penuh drama…Lembu lari, satu kampung jadi atlet pecut 🤣Tapi di sebalik gelak tawa itu, tersimpan mak...
27/05/2026

🐄💨 Raya haji memang penuh drama…
Lembu lari, satu kampung jadi atlet pecut 🤣

Tapi di sebalik gelak tawa itu, tersimpan makna pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan yang paling indah. 🤍

Semoga Aidiladha kali ini membawa hati yang lebih tenang, rezeki yang lebih luas dan iman yang terus kuat.

Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙✨

Al Ukhuwwah Generation Society (AGES Malaysia) mengucapkan Selamat Hari Guru 2026 kepada seluruh insan bergelar pendidik...
16/05/2026

Al Ukhuwwah Generation Society (AGES Malaysia) mengucapkan Selamat Hari Guru 2026 kepada seluruh insan bergelar pendidik.

Terima kasih atas ilmu, bimbingan, kesabaran dan pengorbanan yang menjadi cahaya dalam membentuk generasi masa hadapan.

Semoga segala jasa dan bakti para guru sentiasa diberkati Allah SWT serta menjadi amal kebaikan yang berpanjangan.

Selamat Hari Guru.
Guru dihormati, ilmu diberkati.





Selamat Hari Pekerja 1 Mei Menghargai setiap keringat yang membina negara,setiap usaha yang menggerakkan ummah ke hadapa...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 1 Mei
Menghargai setiap keringat yang membina negara,
setiap usaha yang menggerakkan ummah ke hadapan.

Semoga segala penat lelah menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan.

Pertemuan Hari Raya AGES Malaysia Zon Lembah KlangAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Pertemuan Hari Raya AG...
12/04/2026

Pertemuan Hari Raya AGES Malaysia Zon Lembah Klang

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Pertemuan Hari Raya AGES Malaysia Zon Lembah Klang bersama ahli-ahli dan keluarga di sekitar Ampang.

Program ini menjadi medan yang indah untuk saling bertemu, berkenalan dengan lebih dekat, dan mengeratkan silaturahim sesama ahli sempena bulan Syawal yang mulia. Dalam suasana yang ceria, santai dan penuh ukhuwwah, pertemuan ini turut diserikan dengan kehadiran Ustaz Shukri Harun yang sudi berkongsi pengalaman serta taujihat yang sangat bermakna buat semua hadirin.

Semoga segala perkongsian, kebersamaan dan semangat yang terjalin dalam pertemuan ini terus menjadi penguat kepada usaha-usaha kebajikan dan dakwah yang kita gerakkan bersama.

Tahniah dan terima kasih kepada AGES Malaysia Zon Lembah Klang atas penganjuran yang sangat baik. Semoga ukhuwah ini terus mekar dan dipermudahkan lagi pertemuan-pertemuan yang akan datang, in sha Allah.


Puasa Enam, Pelengkap KesempurnaanSelepas Ramadan berlalu, jangan biarkan amal terhenti.Enam hari di bulan Syawal, ganja...
25/03/2026

Puasa Enam, Pelengkap Kesempurnaan

Selepas Ramadan berlalu, jangan biarkan amal terhenti.
Enam hari di bulan Syawal, ganjarannya seumpama berpuasa sepanjang tahun.

Bukan sekadar amalan sunat,
tetapi tanda cinta kepada Allah,
dan usaha menyempurnakan ibadah yang lalu

Al Ukhuwwah Generation Society (AGES Malaysia) mengucapkanSelamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026MSyawal menjelma memb...
21/03/2026

Al Ukhuwwah Generation Society (AGES Malaysia) mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M

Syawal menjelma membawa cahaya kemenangan setelah sebulan kita mendidik jiwa, menahan hawa nafsu, dan memperbanyakkan amal ibadah. Pada hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita saling bermaafan, mengeratkan ukhuwah, serta membersihkan hati daripada segala khilaf dan kesalahan. Semoga setiap langkah kita sentiasa dipandu ke jalan kebaikan, dan setiap amalan diterima dengan limpahan rahmat serta keberkatan daripada Allah S.W.T.

تقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم
جعلنا الله وإياكم من العائدين والفائزين والمقبولين غير المردودين

Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu, serta menjadikan kami dan kamu dalam kalangan orang yang kembali kepada fitrah dan beroleh kejayaan.

Maaf Zahir dan Batin


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447HMaaf Zahir dan BatinIkhlas daripada AGES Malaysia
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
Maaf Zahir dan Batin
Ikhlas daripada AGES Malaysia


Tiada suami sempurna. Tiada isteri sempurna.Yang ada hanyalah dua hati yang terus belajar memahami.Rumah tangga bukan te...
09/03/2026

Tiada suami sempurna. Tiada isteri sempurna.
Yang ada hanyalah dua hati yang terus belajar memahami.

Rumah tangga bukan tentang mencari yang sempurna, tetapi tentang menerima, bersabar, berkomunikasi dan terus setia walau dalam susah mahupun senang.

Semoga setiap pasangan dipimpin dengan kasih sayang, doa dan syukur hingga ke syurga. 🤍

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AGES Malaysia - Al Ukhuwwah Generation Society posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AGES Malaysia - Al Ukhuwwah Generation Society:

Shortcuts

Share