12/03/2026
🌙 10 Malam Terakhir Ramadhan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kita kini memasuki 10 malam terakhir Ramadhan, saat yang sangat istimewa untuk mencari keberkatan Lailatul Qadr, malam yang disebut dalam Al-Qur’an sebagai lebih baik daripada seribu bulan.
Malam-malam ini mengingatkan kita bahawa kekayaan sebenar bukan sekadar di dunia, tetapi pada amalan yang berterusan pahalanya hingga ke akhirat.
Melalui Global Wakaf Al-Quran, walaupun dengan sumbangan yang kecil, kita dapat membantu menyampaikan Al-Qur’an — termasuk terjemahannya dalam pelbagai bahasa — kepada komuniti di seluruh dunia yang ingin mengenali dan memahami kalam Allah.
Setiap kali Al-Qur’an itu dibaca, difahami dan diamalkan, pahala terus mengalir sebagai sedekah jariah yang berpanjangan.
Marilah kita mengambil peluang dalam malam-malam yang penuh keberkatan ini untuk bersama-sama menyebarkan cahaya Al-Qur’an ke seluruh dunia.
Sertai usaha ini melalui Global Wakaf Al-Quran:
🔗 https://globalwakafalquran.org/
Semoga Allah menerima segala amal kita dan mengurniakan keberkatan Lailatul Qadr kepada kita semua.