Jom bersama kami membawa perubahan dan meningkatkan taraf hidup komuniti umat Islam di Kemboja Lokasi bantuan- Kampung Ambel, Kampung Pom Shoi, Kampung Phas, Kampung Ragnak, Wilayah Kampung Cham serta Kampung Traping Chuk, Wilanyah Kg Thom; 200-600 km dari Phnom Penh. Penduduk Islam minoriti di sini bukan sahaja hidup mundur; mereka tidak dibantu pihak pemerintah dan jarang mendapat bantuan dari N
GO luar. Mengapa KEMBOJA? Megapa mereka perlu di bantu? Rejim Pol Pot merupakan satu bencana paling dasyat kepada umat Islam Kemboja. Sepanjang pemerintahan Pol Pot, 93 daripada 113 orang ulamak dan imam dibunuh. Hanya 26 daripada 226 bilal selamat dan 262 orang daripada lebih 300 orang guru Al-Quran maut. Keseluruhannya lebih satu pertiga umat Islam mati di tangan Pol Pot. Jumlah ini merupakan yang tertinggi jika dibandingkan dengan kump**an etnik lain seperti Cina, Thai dan Vietnam. Sehingga kini imam dan guru agama bekerja sebagai sukarelawan tanpa gaji semenjak berpuluh puluh tahun. Mereka hanya mengharapkan zakat daripada masyarakat Islam tempatan dan luar Kemboja yang tidak menentu. (SKIM SAGUHATI TAHUNAN : RM1,800 SETAHUN)
Ini peranan yang ILTIZAM ingin mainkan dengan sokongan rakyat Malaysia yang prihatin, in sha Allah. Salurkan Sumbangan untuk
SKIM SAGUHATI TAHUNAN IMAM DAN GURU SEKOLAH AGAMA KEMBOJA sebanyak : RM1,800 SETAHUN/secara bulanan/mingguan
atau WAKAF TELAGA AIR BERSIH sebanyak RM1,500 sebuah secara bulanan/mingguan atau sumbangan ikhlas ke Akaun:
NAMA AKAUN: PERTUBUHAN CERIA ILTIZAM
MAYBANK : 562478141589
CIMB : 12310000632103
BANK ISLAM : 12038010114731
Sumbangan secara online; www.ILTIZAMRELIEF.com
*Sila masukan 3rd party email : [email protected]
====================================
LATAR BELAKANG & SEJARAH:
Terdapat kira-kira 700 ribu umat Islam di Kemboja. Sebahagian besarnya hidup dalam keadaan miskin, daif, melarat. Dengan kata lain mereka sangat memerlukan bantuan, pertolongan dan sedekah dari kita yang berkemampuan dan berpeluang. Mereka sangat memerlukan bantuan kerana -- keperluan harian yang mahal, kadar inflasi yang sangat tinggi, dalam masa yang sama, perolehan yang sangat kecil. Sebagai contohnya, pendapatan bulanan guru Madrasah sebanyak RM100 sahaja untuk menampung kehidupan sebulan dengan harga barang keperluan yang sangat tinggi. Harga minyak petrol RM5 seliter, harga minyak masak RM8 sekilo. Tak payahlah cerita harga daging lembu dan ayam. Asal usulnya, mereka sangat kaya. Peperangan dan rejim Polpot menyebabkan mereka meninggalkan kampung halaman pergi bersembunyi sejauh mungkin di dalam hutan. Sebahagian besar orang Islam itu menjadi pelarian perang di Malaysia dan dikenali dbagai 'Pelarian Kampuchea'. Sebahagiannya dijaga' oleh PERKIM dan mampu membina semula hidup di Malaysia. Ada yang menjadi usahawan, guru dan Imam masjid. Apabila peperangan telah tamat pada tahun 1979, mereka kembali ke tempat asal mereka dan keadaan sudah berubah bagaikan langit dengan bumi. Harta benda mereka sudah hilang dirampas oleh pihak lain. Mereka menjadi papa kedana dengan sekelip mata! Bantuan yang sangat diperlukan
Berikut ini adalah sebahagian BANTUAN PALING ASAS atau 'keperluan untuk hidup' yang sangat diperlukan:
1. Menaja gaji imam dan guru agama:
Mereka sedang menegakkan syiar Islam, jadi bantulah sedaya mungkin. RM1 pun boleh. Membantu menaja gaji mereka adalah seperti turut sama mengajarkan Islam atau menegakkan syiar Islam. Atau lebih tepat lagi ada 'saham akhirat' dalam penyebaran Islam.
2. Keperluan asas:
Mereka di Kemboja sangat memerlukan keperluan asas untuk hidup seperti:
Bekalan air bersih
Kain Telekung
Kain Pelikat
Pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak
Sudah tentulah kemudahan asas yang utama seperti masjid, surau, sekolah.
3. Misi Prihatin Kemboja:
Kita boleh membawa sendiri sedekah, infaq zakat kita dan mengagihkannya sendiri kepada yang memerlukan di Kemboja. Kita sendiri dapat memastikan bantuan kita tepat pada yang sangat memerlukan. Ini boleh dilaksanakan melalui Misi Prihatin Kemboja Anjuran ILTIZAM RELIEF SOCIETY. Sambil melawat kesan-kesan kekejaman perang, sambil bersedekah kepada yang masyarakat Islam yang sangat memerlukan di sana. Selain itu kami juga menganjurkan aktiviti seperti ;
a. Program kerohanian-tahsin solat
b. Program khidmat kesihatan
c. Telaga wakaf
d. Sumbangan pakaian
e. Penternakkan ikan sangkar
f. mengajar produk kraftangan-program bersifat memberi joran
g. Ibadah Korban dan Akikah
h. Majlis kahwin beramai-ramai
i. Membaik pulih masjid dan surau
j. Sumbangan tunai kepada imam dan guru agama
k. Sumbangan tunai kepada fakir miskin
3. Ibadah Korban dan Akikah:
InsyaAllah, sekiranya anda melaksanakan ibadah korban melalui ILTIZAM di Kemboja, matlamat anda 'sampai'. Seekor lembu dimanfaatkan sepenuh-penuhnya. Pembahagian daging korban untuk setiap keluarga adalah 5 kg-tulang 3k/daging 2kg-in sha Allah beserta niat ; matlamat ' sampai'. Ini kerana untuk makan daging bagi rakyat Kemboja yang miskin adalah dikategorikan sebagai makanan mewah kerana dalam setahun hanya 1 atau 2 kali sahaja mereka menikmati daging itupun apabila tiba hari raya atau kenduri kahwin sahaja. Memang banyak NGO yang telah masuk ke Kemboja untuk tujuan bantuan kemanusiaan tetapi kebanyakkan melalui rutin di kawasan senang diakses. Jika ibadah Korban melalui ILTIZAM RELIEF SOCIETY, anda akan di beri sijil dan info seperti gambar akan sentiasa di kemaskini melalui facebook/website. In sha Allah pada tahun 2019 organisasi ini (ILTIZAM RELIEF SOCIETY) genap 8 tahun membantu Kemboja melalui Misi Prihatin Kemboja dengan kerjasama IPT dan pihak ketiga(kerjasama dari pertubuhan NGO, Persatuan, Bdn Islam, kesatuan dan komuniti yang berminat) yang lain.
--------------------
2015
Pada tahun 2015, Team ILTIZAM Kemboja telah mengembangkan bantuan ke wilayah pedalaman KG Thom kira-kira 3 jam perjalanan dari kampung Ampil, Wilayah KG Cham. Di kampung Thom, pihak ILTIZAM telah menyalurkan bantuan bermusim seperti bantuan pakej barang makanan, wakaf alquran, ibadah korban dan akikah, program Iftar Ramadhan termasuk misi kemanusiaan ke Kemboja. Kami juga telah merangka pelan jangkapanjang untuk pembangunan komuniti Kemboa dengan rancangan membina sebuah pusat Vokasional di wilayah ini. Pusat Vokasional ini nanti akan menjadi tempat latihan kemahiran dan usahawan tempatan untuk melatih dan memajukan diri sebelum mereka keluar menjadi usahawan tempatan mahupun menjadi pekerja mahir di bidang masing-masing di syarikat-syarikat dalam negara Kemboja sendiri. Antara modul awal latihan ialah kelas menjahit dan kelas komputer. Kemudian akan ditambah modul latihan keusahawan seperti pembuatan kicap, sos, dan lain-lain. Boleh baca di https://www.facebook.com/ILTIZAMCAMBODIACARE/services/ untuk maklumat selanjutnya. BANTU KAMI DENGAN MEMBINA SEBUAH PUSAT KOMUNITI DI KEMBOJA YANG AKAN MERUBAH LANDSKAP PENDIDIKAN DAN EKONOMI MASYARAKAT KEMBOJA. BANTUAN JANGKAPANJANG INI DENGAN OBJEKTIF MENINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN RAKYAT KEMBOJA, MEMBANGUN DAN MAJU DI TANAHAIR SENDIRI. Sebarang sumbangan dialu-alukan: https://bit.ly/2oPu7QO