IKRAM Selangor

Directions Website Contact the organization

IKRAM Selangor Pertubuhan IKRAM Malaysia (Negeri Selangor)

ROS: PPM-001-10-22102009-000056

https://ikram.org.my/selangor/ Ampang Jaya
2. Bandar Baru Bangi
3. Cyberjaya
4.

IKRAM Selangor mempunyai 20 Kawasan IKRAM iaitu:

1. Gombak
5. Hulu Langat
6. Hulu Selangor
7. Kajang
8. Klang
9. Kuala Langat
10. Kuala Selangor
11. Lembah Jaya
12. Petaling Jaya
13. Putra Mahkota
14. Sabak Bernam
15. Serdang
16. Sepang
17. Shah Alam
18. Shah Alam Selatan
19. Subang Jaya
20. Selayang

29/09/2026

Wanita IKRAM Selangor merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datin Wan Norsiah Wan Abdullah, ahli Wanita IKRAM Ampang Jaya atas penerimaan Anugerah Khas Pendidikan daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi kategori Kepimpinan Sekolah Swasta.

Beliau yang juga merupakan Pengetua Sekolah Menengah Agama Riyadatul A'mal, menerima pengiktirafan tersebut sempena Wacana Inspirasi Pendidikan 2026 peringkat WPKL yang berlangsung pada 24 September lalu di Pusat Konvensyen HGH.

Pengiktirafan ini menjadi penghargaan atas komitmen dan dedikasi beliau dalam memimpin institusi pendidikan serta menyumbang kepada pembangunan murid. Setulus tahniah buat Datin Wan Norsiah!

29/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐™๐™–๐™๐™ฃ๐™ž๐™–๐™ & ๐™Ž๐™š๐™ก๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ช ๐™…๐™–๐™ฎ๐™–โ—
Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan selamat maju jaya buat Nihlah Johari, ahli IKRAM Ampang Jaya yang telah terpilih mewakili Malaysia sebagai Pengadil Antarabangsa di Piala Dunia Taekwon-Do ITF.
๐Ÿ“… 28 September โ€“ 3 Oktober 2026
๐Ÿ“ Benidorm, Sepanyol
Semoga Allah SWT mempermudah setiap urusan, mengurniakan kelancaran sepanjang perjalanan dan tugasan, serta menjadikan pencapaian ini satu pengalaman yang bermakna.
Terus melangkah, mengharumkan nama Malaysia dan menjadi inspirasi kepada semua! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’œ
IKRAM Ampang Jaya

28/09/2026

Salam takziah buat Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, pada jam 9.20 pagi tadi.

Allahyarhamah Tun Dr Hasmah yang meninggal dunia pada usia 100 tahun, banyak menyumbang kepada negara dalam pembangunan kesihatan awam, khususnya dalam aspek kesihatan ibu, kanak-kanak dan wanita.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Al-Fatihah.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ*RIADAH JIWA MERDEKA 2026*๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒฟ *16 September 2026 | Rabu*Hari Malaysia 2026 disemarakkan dengan *Riadah Jiwa Merdeka* a...
27/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ*RIADAH JIWA MERDEKA 2026*๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐ŸŒฟ *16 September 2026 | Rabu*

Hari Malaysia 2026 disemarakkan dengan *Riadah Jiwa Merdeka* anjuran IKRAM Lembah Jaya bersama Pejabat Ahli Majlis Zon 10, Pejabat Ahli Majlis Zon 9, Penggerak Belia Selangor, serta MPAJ.

Program ini adalah anjuran kali ketiga IKRAM Lembah Jaya.

Program ini telah dirasmikan oleh TYDP MPAJ Tuan TS Hasrolnizam Bin Shaari dan dimeriahkan oleh 153 peserta dewasa& kanak-kanak.

Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga emas, dewasa& kanak-kanak.Di samping itu, menyemarakkan patriotisme serta merapatkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum.

Peserta telah diuji tentang pengetahuan am negara serta berpeluang bermain permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, ceper dan sudut seni pasir.

Peraduan mewarna wau untuk kanak-kanak 4-12 tahun serta sukan rakyat untuk dewasa& kanak-kanak turut memeriahkan program.

Tak lupa juga, kek cawan Jalur Gemilang yang didekorasi oleh semua peserta tanda bersatu demi negara tercinta.

Program juga telah diserikan oleh persembahan Merdeka khas dari anak-anak rumah ngaji IKRAM Lembah Jaya.

Diharapkan Riadah Jiwa Merdeka kali ini,
*Bukan sekadar riadah, tapi riadah yang menyatukan semua jiwa merdeka**

๐ŸŒณ๐ŸŒณ๐ŸŒณ๐ŸŒณ๐ŸŒณ๐ŸŒณ๐ŸŒณ๐ŸŒณ๐ŸŒณ๐ŸŒณ

27/09/2026

๐๐ˆ๐‹๐€ ๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐‘๐€๐’๐€ ๐ƒ๐ˆ๐“๐Ž๐‹๐€๐Š

Pernah tak kau rasa macam dah cuba buat yang terbaik, tapi orang tetap tak faham?

Dah datang dengan niat baik, tapi yang kita dapat cuma penolakan, kata-kata yang menyakitkan dan rasa kecewa.

Nabi Muhammad SAW pun pernah melalui saat seperti itu.

Selepas peristiwa Taif, Baginda mengadu kepada Allah:

โ€œYa Allah, aku mengadu kepada-Mu lemahnya kekuatankuโ€ฆโ€

Bayangkan, seorang Nabi pun mengadu tentang kesedihan dan kelemahan Baginda kepada Allah.

Jadi kalau hari ini kita rasa kecewa, tak dihargai atau ditolak, tak salah untuk berhenti sekejap.

Tarik nafas.

Dan bawa semua rasa itu kepada Allah.

Sebab mungkin manusia sedang menjauhkan kita, tetapi Allah sebenarnya sedang mengajak kita lebih dekat kepada-Nya. ๐Ÿค

๐๐š๐ค ๐ฌ๐š๐ฆ๐š-๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐›๐ข๐ง๐š ๐ค๐ž๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐ž๐›๐ข๐ก ๐๐ž๐ค๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐‘๐š๐ก๐ฆ๐š๐ก?

๐Ÿ”— Daftar keahlian IKRAM di sini: https://bit.ly/dafktarkeahlianIKRAM

๐ŸŒฟ๐Ÿ’š MERIAHNYA HARI KELUARGA IKRAM BANDAR BARU BANGI 2026! ๐Ÿ’š๐ŸŒฟBukan sekadar berkumpul, tetapi ruang untuk mengeratkan ukhuw...
25/09/2026

๐ŸŒฟ๐Ÿ’š MERIAHNYA HARI KELUARGA IKRAM BANDAR BARU BANGI 2026! ๐Ÿ’š๐ŸŒฟ

Bukan sekadar berkumpul, tetapi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, membina kebersamaan dan mencipta kenangan bersama keluarga.

Pada 16 September 2026, seramai 226 peserta memeriahkan Hari Keluarga IKRAM Kawasan Bandar Baru Bangi di Taman Botani Putrajaya. ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆโœจ

Pelbagai aktiviti santai dan permainan untuk kanak-kanak, remaja serta dewasa menjadikan suasana penuh dengan gelak tawa, keceriaan dan semangat kekeluargaan.

Program seperti ini merupakan antara usaha IKRAM Bandar Baru Bangi dalam menyediakan ruang yang positif untuk ahli dan keluarga berinteraksi, saling mengenali serta memperkukuh hubungan dalam komuniti.

๐Ÿ“ธ๐ŸŽฅ Jom lihat sebahagian momen menarik sepanjang program!

Semoga lebih banyak ruang kebersamaan seperti ini dapat terus menyuburkan ukhuwah dan membawa kebaikan kepada masyarakat. ๐ŸŒฑ

Keluarga disantuni, ukhuwah disemai. ๐Ÿ’š







24/09/2026
[IKRAM Lembah Jaya]Merdeka diraikan, jiwa disatukan. Semangat Hari Malaysia 2026 diterjemahkan dalam suasana penuh kecer...
24/09/2026

[IKRAM Lembah Jaya]

Merdeka diraikan, jiwa disatukan.

Semangat Hari Malaysia 2026 diterjemahkan dalam suasana penuh keceriaan menerusi Riadah Jiwa Merdeka 2026 yang menghimpunkan 153 peserta dewasa dan kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti riadah, santai dan kemasyarakatan.

Program anjuran kali ketiga IKRAM Lembah Jaya dengan kerjasama Pejabat Ahli Majlis Zon 10, Pejabat Ahli Majlis Zon 9, Penggerak Belia Selangor dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ini berlangsung pada 16 September 2026 dan telah dirasmikan oleh TYDP MPAJ, Tuan TS Hasrolnizam bin Shaari. Penganjuran ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah menjadi ruang untuk menyemarakkan patriotisme dan mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bagi memeriahkan program, termasuk kuiz kenegaraan, permainan tradisional, sukan rakyat, pertandingan mewarna wau serta aktiviti seni dan menghias kek cawan bertemakan Jalur Gemilang. Program turut diserikan dengan persembahan khas bertemakan Merdeka daripada anak-anak Rumah Ngaji IKRAM Lembah Jaya, menjadikan sambutan lebih bermakna buat seluruh peserta.

Semoga Riadah Jiwa Merdeka 2026 terus menjadi wadah yang menghimpunkan masyarakat dalam suasana sihat, ceria dan harmoni. Bukan sekadar riadah, tetapi riadah yang menyatukan jiwa merdeka.

Address

No. 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Friday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IKRAM Selangor:

Shortcuts

Share