Syria Care Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Syria Care Malaysia Menabur bakti kepada para pelarian Syria khususnya di utara Syria, Tรผrkiye dan Lubnan.
(2)

KONFLIK BERUBAH, KEHIDUPAN BELUM PULIH.Syria sudah bebas, tetapi perjuangan untuk membina semula kehidupan masih jauh da...
17/10/2026

KONFLIK BERUBAH, KEHIDUPAN BELUM PULIH.

Syria sudah bebas, tetapi perjuangan untuk membina semula kehidupan masih jauh dari selesai.

Ada keluarga yang masih kehilangan tempat tinggal, pekerjaan dan sumber pendapatan. Ketika mereka cuba bangkit semula, musim sejuk p**a semakin menghampiri.

Pemulihan memerlukan masa, tetapi keperluan mereka tidak boleh menunggu.

Sepanjang 14 tahun perjalanan Syria Care, sokongan rakyat Malaysia terus menjadi penggerak usaha membantu penghuni Bumi Syam yang memerlukan.

Ayuh teruskan usaha ini. Musim sejuk semakin hampir, dan saudara kita di Syria, Palestin dan Lubnan masih memerlukan sokongan untuk meneruskan kehidupan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 1 Keluarga Malaysia, Infak 1 Pakej Bantuan Lengkap.

Semoga usaha bersama ini membantu lebih ramai keluarga menghadapi musim sejuk dengan lebih selamat.

๐Ÿคฒ ๐ˆ๐ง๐Ÿ๐š๐ค ๐–๐ข๐ง๐ญ๐ž๐ซ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ“:
โžก๏ธ Maybank 5505 1424 0036
๐Ÿ”— https://syriacare.org.my/winterramadan/

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.

Suhu yang semakin menurun bukan sekadar membawa kesejukan. Bagi warga tua dan kanak-kanak, cuaca sejuk boleh memburukkan...
17/10/2026

Suhu yang semakin menurun bukan sekadar membawa kesejukan. Bagi warga tua dan kanak-kanak, cuaca sejuk boleh memburukkan masalah pernafasan, terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit sedia ada.

Di Syria, musim sejuk menjadi lebih mencabar buat keluarga yang masih tinggal di khemah atau kediaman yang tidak mempunyai perlindungan mencukupi daripada cuaca ekstrem.

Kita tidak mahu mereka terus berdepan risiko kesihatan yang boleh mengancam nyawa.

Ayuh, teruskan infaq melalui Winter Ramadan 15. Bersama kita bantu saudara kita di Bumi Syam menghadapi musim sejuk dengan lebih baik.

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐’๐ฒ๐š๐ฆ, Syria Care menyeru rakyat Malaysia untuk bersama membantu saudara kita menghadapi musim sejuk yang juga akan berpanjangan sehingga Ramadan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 1 Keluarga Malaysia, Infak 1 Pakej Bantuan Lengkap.

Satu keluarga, satu pakej. Semoga usaha bersama ini membantu lebih ramai keluarga menghadapi musim sejuk dengan lebih selamat.

๐Ÿคฒ ๐ˆ๐ง๐Ÿ๐š๐ค ๐–๐ข๐ง๐ญ๐ž๐ซ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ“:
โžก๏ธ Maybank 5505 1424 0036
๐Ÿ”— https://syriacare.org.my/winterramadan/

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.

AQIQAH SC 2026M/1448HSempurnakan aqiqah untuk anak anda di bumi Syam, Syria. Peluang perlaksanaan aqiqah dibuka sepanjan...
17/10/2026

AQIQAH SC 2026M/1448H

Sempurnakan aqiqah untuk anak anda di bumi Syam, Syria. Peluang perlaksanaan aqiqah dibuka sepanjang tahun 2026.

๐Ÿ‘ Harga bagi seekor kambing adalah RM1,500.00 sahaja.

Ia termasuk urusan menyembelih, membungkus dan mengagihkan daging segar kepada mereka yang memerlukan.

๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐˜ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—พ๐—ถ๐—พ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฆ๐˜†๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ, ๐˜€๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ต๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ถ ๐—˜๐—ธ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฆ๐˜†๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ ๐—ฑ๐—ถ ๐˜๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป:
www.wasap.my/60139715901/aqiqah

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.

16/10/2026

PRAY FOR KALIMANTAN ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

Kebakaran hutan yang melanda Kalimantan Tengah, Indonesia, menyebabkan langit diselubungi jerebu tebal berwarna jingga. Asap kebakaran turut merebak hingga ke negara jiran sehingga menjejaskan kualiti udara dan menyebabkan sekolah di Malaysia terpaksa ditutup.

Di sebalik jerebu yang melanda, penduduk setempat turut berdepan kesan kebakaran yang mengancam kesihatan dan kehidupan seharian mereka.

Marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan mereka di Kalimantan serta semua yang terjejas. Semoga kebakaran ini segera dapat dipadamkan dan keadaan kembali pulih. ๐Ÿคฒ

16/10/2026

Selepas 14 tahun terpisah, akhirnya seorang anak dapat kembali bertemu keluarganya. Bapanya yang semakin lanjut usia tidak pernah menyangka masih berpeluang melihat anaknya kembali di depan mata.

Bayangkan betapa panjangnya penantian itu. Tahun demi tahun berlalu, dalam keadaan tidak pasti sama ada mereka akan dapat bertemu semula. Namun, hari ini mereka akhirnya dapat kembali bersama.

Kep**angan ini membawa seribu makna buat sebuah keluarga yang telah lama terpisah akibat konflik di Syria.

Namun, masih ramai keluarga di Syria yang sedang berusaha membina semula kehidupan selepas bertahun-tahun kehilangan tempat tinggal, kemudahan asas dan sumber pendapatan.

Syria sudah bebas, tetapi usaha pemulihan masih jauh daripada selesai.

Ayuh bersama Syria Care membantu usaha membina semula kehidupan di Syria melalui Wakaf Baik Pulih Masjid dan Sekolah. Semoga lebih ramai keluarga dapat kembali menjalani kehidupan dengan harapan yang baharu.

โžก๏ธ Maybank Islamic - 5505 1424 0503
๐Ÿ”— https://syriacare.org.my/restoreaid

Sumbangan secara automatik setiap bulan:
๐Ÿ’ณ https://www.syriacare.org.my/autoinfaq

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.

16/10/2026

Ribut disertai hujan batu melanda kawasan barat bandar Aleppo pada petang 14 Oktober 2026, termasuk di sekitar jalan antarabangsa di kawasan Khan al-Asal.

Cuaca di Syria semakin sukar dijangka ketika musim sejuk semakin hampir. Keadaan ini menambah kebimbangan terhadap penduduk yang masih berdepan kesukaran hidup.

Ayuh bersama Syria Care menyalurkan sumbangan bagi membantu saudara kita di Syria, Palestin dan Lubnan menghadapi musim sejuk yang menghampiri.

๐Ÿคฒ ๐ˆ๐ง๐Ÿ๐š๐ค ๐–๐ข๐ง๐ญ๐ž๐ซ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ“:
(Bantuan musim sejuk dan Ramadan buat penghuni Bumi Syam)
โžก๏ธ Maybank 5505 1424 0036
๐Ÿ”— https://syriacare.org.my/winterramadan/

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.

16/10/2026

๐–๐ข๐ง๐ญ๐ž๐ซ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐’๐ฒ๐š๐ฆ

14 tahun bukan perjalanan yang singkat. Pelbagai cabaran telah dilalui, pelbagai misi bantuan telah digerakkan dan ramai penghuni Bumi Syam dibantu dengan sokongan rakyat Malaysia.

Daripada bantuan kecemasan hingga usaha pemulihan kehidupan, perjalanan ini masih belum selesai. Syria sedang membina semula kehidupan, sementara saudara kita di Palestin dan Lubnan turut berdepan kesukaran yang memerlukan perhatian kita.

Musim sejuk semakin hampir, Ramadan bakal menyusul. Perjalanan 14 tahun ini perlu diteruskan, dan kita masih boleh menjadi sebahagian daripadanya.

Ayuh teruskan infak anda. Semoga lebih ramai saudara kita menerima manfaat daripada kebaikan yang kita sampaikan.

๐Ÿคฒ ๐ˆ๐ง๐Ÿ๐š๐ค ๐–๐ข๐ง๐ญ๐ž๐ซ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐Ÿ๐Ÿ“:
โžก๏ธ Maybank 5505 1424 0036
๐Ÿ”— https://syriacare.org.my/winterramadan/

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.

WORLD FOOD DAY | Setiap Anak Berhak Mendapat Makanan yang MencukupiBagi kita, makanan mungkin sesuatu yang sentiasa ada ...
15/10/2026

WORLD FOOD DAY | Setiap Anak Berhak Mendapat Makanan yang Mencukupi

Bagi kita, makanan mungkin sesuatu yang sentiasa ada di atas meja. Tetapi bagi sebahagian kanak-kanak di Syria, mendapatkan makanan yang mencukupi setiap hari masih menjadi satu cabaran.

Anak-anak Syria memerlukan makanan berkhasiat untuk membesar, belajar dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Namun, keluarga yang masih bergelut membina semula kehidupan selepas bertahun-tahun konflik tidak semuanya mampu menyediakan keperluan ini.

Hari Makanan Sedunia mengingatkan kita bahawa setiap anak berhak mendapat makanan yang mencukupi, bukan sekadar untuk menghilangkan lapar, tetapi untuk membesar dengan sihat dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

Melalui 'OrderFood', kita boleh bersama-sama membantu menyediakan makanan untuk mereka yang memerlukan.

Semoga tiada anak yang terpaksa menahan lapar ketika mereka sepatutnya menikmati zaman kanak-kanak.

๐Ÿฝ๏ธ Jom infak melalui 'OderFood', bantu sediakan makanan untuk anak-anak Syria.
โžก๏ธ Maybank 5505 1424 0349
๐Ÿ”— https://syriacare.org.my/oderfood/

15/10/2026

Masjid Umayyad di Aleppo, Syria, kembali dibuka kepada orang ramai pada 8 Oktober 2026 selepas ditutup selama 13 tahun akibat kerosakan teruk akibat konflik kemanusiaan.

Masjid bersejarah yang dibina pada awal abad kelapan itu tidak lagi beroperasi sejak 2013. Kerja-kerja pemulihan bermula selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada Disember 2024, merangkumi pembaikan struktur masjid serta pembinaan semula menaranya secara menyeluruh.

Menurut sebahagian ahli sejarah, masjid ini dipercayai dibangunkan atas arahan Khalifah Umayyah, Sulaiman bin Abdul Malik, dengan tujuan menyaingi Masjid Umayyad di Damsyik yang dibina oleh saudaranya, al-Walid.

Pembukaan semula masjid ini menandakan satu lagi langkah dalam usaha memulihkan warisan sejarah dan kehidupan masyarakat Syria yang terjejas akibat konflik berpanjangan.

๐“๐š๐›๐ฎ๐ง๐  ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐š๐š๐ง ๐’๐ฒ๐ซ๐ข๐š ๐‚๐š๐ซ๐ž:-
Maybank - 5505 1424 0118
๐ŸŒ www.syriacare.org.my/AmalAid

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita membantu Syria, niatkan juga agar Allah mempercepatkan pembebasan Al-Aqsa.

Bangunkan Syria, Demi Aqsa.
Bersama Syria Care, Kita Bantu.

๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ” | ๐’๐ฒ๐š๐ฆ ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅSejarah mengingatkan kita bahawa perjuangan besar memerlukan kesatuan, kesabar...
15/10/2026

๐’๐ข๐ซ๐ข ๐Ÿ” | ๐’๐ฒ๐š๐ฆ ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ

Sejarah mengingatkan kita bahawa perjuangan besar memerlukan kesatuan, kesabaran dan usaha yang berterusan.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi untuk kita terus melangkah bersama saudara kita di Bumi Syam.

Ikuti ๐’๐ข๐ซ๐ข ๐’๐ฒ๐š๐ฆ ๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ง๐š๐ก ๐Š๐ข๐ญ๐š ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ bersama Syria Care.

Kenali Syam. Dekati kisahnya. Bersama membantu masa depannya. ๐ŸŒฟ

Wakaf Baik Pulih Masjid & Sekolah:
โžก๏ธ Maybank Islamic - 5505 1424 0503
๐Ÿ”— https://syriacare.org.my/restoreaid

Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.
Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข, ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ˆ๐˜ฒ๐˜ด๐˜ข.
๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜Š๐˜ข๐˜ณ๐˜ฆ, ๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ.

Address

43, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601137030900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syria Care Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Syria Care Malaysia:

Share