17/09/2026
๐ฒ๐พ MOSQUE TOUR SEMPENA HARI MALAYSIA
Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah, Denai Alam
Alhamdulillah, semalam seramai empat keluarga bukan Islam bersama Brother Zayn Rafiq, seorang saudara baharu, telah menyertai Mosque Tour anjuran IKRAM Shah Alam, HCF dan kerjasama Masjid Denai Alam buat julung-julung kalinya.
Program dimulakan dengan penyediaan hijab dan jubah, sesi ramah mesra bersama ahli kariah, ucapan alu-aluan Pengurus Masjid, Tuan Adam, sebelum tetamu dibawa mengenali menara azan, tempat wuduk dan dewan solat utama, dan diakhiri dengan makan tengah hari bersama.
Sepanjang lawatan, berlaku sesi soal jawab dan perbincangan tentang Islam dan kehidupan masyarakat yang membuka satu ruang untuk saling mengenali, memahami dan menghormati perbezaan.
Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah merupakan Masjid Daerah Petaling di bawah JAIS dan MAIS. Berkapasiti sehingga 4,500 jemaah, masjid ini bukan sekadar tempat ibadah, tetapi turut menjadi pusat ilmu dan ruang masyarakat berkumpul serta berinteraksi.
Dalam hadis riwayat Riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah ๏ทบ bersabda:
โPerumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan saling mengasihi adalah seperti satu tubuh.โ
๐ฒ๐พ Sempena Hari Malaysia, semoga kita terus membuka ruang untuk mengenali sebelum menilai, memahami sebelum membuat andaian, dan menghormati walaupun berbeza.
Semoga lebih banyak program muhibah dapat dianjurkan, agar masjid terus menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat untuk Malaysia yang lebih harmoni.
2026
alam