Persatuan Ulama' Malaysia (PUM)

Call Directions Website

Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Penubuhan PUM adalah lahir dari kesedaran para ulama’ yang menyertai Kongres Ekonomi Islam pada tahun 1972.

Satu perjumpaan untuk membincangkan penubuhannya telah diatur oleh beberapa orang tokoh ulama’ dan ilmuan yang menyertai kongres tersebut

PUM MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN ULAMA MAGHRIBI20 September 2026 - Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) berbesar hati meraikan...
20/09/2026

PUM MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN ULAMA MAGHRIBI

20 September 2026 - Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) berbesar hati meraikan kehadiran tokoh ulama, Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri, Timbalan Rektor Universiti al-Qarawiyyin, Maghribi, yang berada di Malaysia bagi memenuhi program Festival Turath Islami.

Kehadiran beliau merupakan satu penghormatan dan kesempatan yang amat bermakna buat PUM untuk menyantuni serta bertukar pandangan dengan tokoh ilmuwan dari Maghribi, sebuah negara yang mempunyai tradisi keilmuan Islam dan warisan turath yang cukup kaya.

Turut hadir meraikan beliau ialah Prof Datuk Dr. Luqman Hj Abdullah, Yang Dipertua PUM, bersama Dato’ Wan Mohamad Abd Aziz, Timbalan YDP dan barisan Ahli Jawatankuasa PUM.

PUM berharap pertemuan ini dapat terus mempererat ukhuwah dan jaringan keilmuan antara ulama Malaysia dan Maghribi, di samping membuka ruang kepada kerjasama dalam bidang keilmuan, pendidikan, pengajian turath dan program-program yang memberi manfaat kepada ummah pada masa akan datang.

Semoga hubungan yang terjalin ini diberkati Allah SWT dan menjadi jambatan kepada kerjasama yang lebih erat, insya-Allah.

19/09/2026

𝗦𝗮𝗸𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴
𝗣𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗮𝗻 𝗠𝘂𝘇𝗮𝗸𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗧𝘂𝗿𝗮𝘁𝗵 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻
"Mengerah Kekuatan Turath Menghadapi Cabaran Dunia Moden"

Dirasmikan oleh
Y.A.B. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia

19 September 2026 (Sabtu)
Kompleks Seri Perdana, Putrajaya

𝗔𝗧𝗨𝗥 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦

Ucapan Pembukaan
Tn. Hj. Al-Mustaqeem bin Hj. Mahmod Radhi
Pengarah Yayasan Turath Islami

Ucapan Alu-aluan I
Y.A.B. Dato' Seri Amirudin bin Shari
Dato' Menteri Besar Selangor

Ucapan Alu-aluan II
Y.B. Senator Dr. Zulkifli bin Hasan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗠𝘂𝘇𝗮𝗸𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗧𝘂𝗿𝗮𝘁𝗵
Al-Imam Al-'Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum'ah (Mesir)
Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri (Maghribi)
Pemudah Cara : Ustaz Ahmad Faiz bin Mohd Khalil al-Azhari

𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗜𝗵𝘆𝗮' 𝗨𝗹𝘂𝗺𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻

Muzakarah ini menghimpunkan ulama pondok dan tokoh ilmuwan dari seluruh negara bagi membahaskan kedudukan turath dalam menghadapi cabaran dunia moden, dan dijangka menghasilkan resolusi sebagai panduan pembangunan rohani masyarakat.

festivalturathislami.my


📢 SEMINAR KEBANGSAAN KRISIS GEOPOLITIK ASIA BARAT DAN IMPAK MASA DEPAN🌍 Memahami perkembangan geopolitik Asia Barat dan ...
17/09/2026

📢 SEMINAR KEBANGSAAN KRISIS GEOPOLITIK ASIA BARAT DAN IMPAK MASA DEPAN

🌍 Memahami perkembangan geopolitik Asia Barat dan kesannya terhadap dunia Islam, Malaysia serta masa depan umat.

Apakah perkembangan semasa di Asia Barat?
Bagaimana konflik dan perubahan geopolitik memberi kesan kepada ekonomi, keselamatan, politik serta hubungan antarabangsa?
Apakah cabaran dan persediaan yang perlu dilakukan oleh masyarakat dan negara?

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Seminar Kebangsaan: Krisis Geopolitik Asia Barat dan Impak Masa Depan yang menghimpunkan barisan tokoh akademik dan ilmuwan untuk membincangkan isu-isu semasa dari pelbagai perspektif.

🎙️ ANTARA PANEL YANG AKAN BERSAMA:
🔹 Prof. Datuk Dr. Luqman Haji Abdullah
🔹 Profesor Emeritus Dr. Barjoya Bardai
🔹 Dato’ Mohamad Abu Bakar
🔹 Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
🔹 YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi
🔹 Prof. Dr. Mohd Mizan Aslam
🔹 Prof. Dr. Haniff Ahamat
🔹 Dr. Kamaruzaman Yusoff
🔹 Haji Mohd Azmi Abdul Hamid
🔹 Prof. Madya Dr. Aminurrasyid Yatiban
🔹 Prof. Madya Dr. Hafiz Mahayadin

📅 Tarikh: Sabtu, 31 Oktober 2026
⏰ Masa: 8.30 pagi – 6.00 petang
📍 Tempat: Hotel Tenera & Suites, Bandar Baru Bangi

💰 Yuran Penyertaan: RM200 seorang
📌 Pendaftaran seminar ditutup pada 28 Oktober 2026.
:: Borang Pendaftaran : https://forms.gle/PdrtWbb1L9yTaLbq9
📲 Sebarang pertanyaan:
010-551 0710

💳 Bayaran penyertaan:
Persatuan Ulama’ Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun: 12-047-01-000112-7

✨ Sertai perbincangan ilmiah untuk memahami krisis geopolitik Asia Barat dan meneliti implikasinya terhadap masa depan.

Tempat adalah terhad. Daftar sekarang!

PUM MENERIMA KUNJUNGAN HAYIR KAPILARI DARI TÜRKİYE16 September 2026 – Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menerima kunjungan...
16/09/2026

PUM MENERIMA KUNJUNGAN HAYIR KAPILARI DARI TÜRKİYE

16 September 2026 – Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menerima kunjungan Mr. Musap Yusuf daripada pertubuhan Abwab al-Khayr (Hayır Kapıları) yang berpangkalan di Istanbul, Türkiye.

Kunjungan ini bertujuan menjalinkan hubungan dan meneroka ruang kerjasama antara kedua-dua pertubuhan, khususnya dalam melaksanakan misi kemanusiaan dan kebajikan untuk membantu rakyat Gaza dan Bayt al-Maqdis.

Abwab al-Khayr merupakan pertubuhan yang aktif melaksanakan pelbagai projek kebajikan bagi membantu masyarakat yang berhadapan dengan kesusahan dan krisis kemanusiaan.

PUM p**a sedang menggerakkan usaha untuk membantu mereka yang mengalami kecederaan akibat serangan berterusan di Gaza. Bantuan tersebut disalurkan melalui kerjasama dengan pertubuhan kemanusiaan di Lubnan.

Kehadiran wakil Abwab al-Khayr membuka ruang lebih luas kepada PUM untuk memperkukuh jaringan kemanusiaan antarabangsa serta meneroka pelbagai bentuk kerjasama dan kerja amal yang dapat dilaksanakan pada masa hadapan.

PUM berpandangan bahawa usaha kemanusiaan perlu terus diperkasakan bagi membantu mereka yang memerlukan, tanpa mengira sempadan, di samping mengangkat kembali karamah insaniah (كرامة إنسانية) yakni martabat dan kemuliaan manusia yang tercalar akibat konflik dan peperangan.

Semoga pertemuan ini menjadi permulaan kepada kerjasama yang lebih erat antara PUM, rakyat Malaysia dan Abwab al-Khayr demi kemanusiaan dan kesejahteraan ummah.

15/09/2026

𝗦𝗮𝗸𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴
𝗗𝗮𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗛𝗶𝗸𝗮𝗺 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟰 : 𝗛𝗶𝗸𝗮𝗺 𝟲𝟮 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟳𝟳

Oleh : Al-Imam Al-'Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum'ah (Mesir)
Mantan Mufti Agung Mesir
Masa : 9.00 pagi

𝗙𝗲𝘀𝘁𝗶𝘃𝗮𝗹 𝗧𝘂𝗿𝗮𝘁𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗙𝗧𝗜𝗠) 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔
15 September 2026 (Selasa)
Masjid Putra, Putrajaya

𝗧𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚𝗦𝗨𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜

3.00 petang
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗠𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 : Kitab Setangkai Padi
Oleh : Ustazah Noraine binti Abu Mudirah

4.45 petang
𝗗𝗮𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗛𝗶𝗸𝗮𝗺 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟱 (Hikam 78 hingga 96)
Oleh : Syeikh Prof. Dr. Sayyid Idris al-Fasi al-Fihri (Maghribi)

7.30 malam
𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗴𝗵𝗿𝗶𝗯 (Hikam 97 hingga 102)
Oleh : Baba Haji Ghazali bin Ahmad al-Fathani

8.45 malam
𝗗𝗮𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹-𝗛𝗶𝗸𝗮𝗺 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟲 (Hikam 103 hingga 124)
Oleh : Al-Imam Al-'Allamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jum'ah (Mesir)

Masuk adalah percuma. Daftar secara PERCUMA di tinyurl.com/FTIM2026

Ikuti pelbagai program yang telah kami susun untuk anda semua.

festivalturathislami.my


09/09/2026

Takziah kepada keluarga petugas KKM yang terlibat nahas helikopter di Sarawak. Malaysia bersedih.

08/09/2026
YDP PUM TERIMA KUNJUNGAN DR HAMZAH UBAID DARI AL-AMAL, LUBNANProf. Datuk Dr Luqman Hj Abdullah, telah menerima kunjungan...
07/09/2026

YDP PUM TERIMA KUNJUNGAN DR HAMZAH UBAID DARI AL-AMAL, LUBNAN

Prof. Datuk Dr Luqman Hj Abdullah, telah menerima kunjungan Dr Hamzah Ubaid dari Al-Amal, Lubnan, dalam satu pertemuan yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan kemesraan.

Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Dr A. Rahim Shihab serta Timbalan Yang Dipertua PUM, Dato’ Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz.

Kunjungan ini menjadi wadah penting bagi memperkukuh hubungan dan jaringan kerjasama antara PUM dengan tokoh serta institusi Islam dari Lubnan, khususnya dalam usaha memperkasa gerakan keilmuan, dakwah dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berkaitan isu-isu semasa dunia Islam serta perkembangan umat Islam di rantau Asia Barat dan Malaysia. Perbincangan turut menyentuh ruang kerjasama yang boleh diterokai pada masa hadapan, khususnya dalam bidang pendidikan, keilmuan, dakwah dan kebajikan.

PUM amat menghargai kunjungan tersebut dan berharap hubungan yang terjalin dapat diperkukuh melalui pelbagai bentuk kerjasama yang memberi manfaat kepada umat Islam serta menyumbang kepada usaha membina jaringan ulama dan institusi Islam di peringkat global.

Pertemuan diakhiri dengan pertukaran pandangan serta harapan agar hubungan ukhuwah dan kerjasama antara Malaysia dan Lubnan, khususnya dalam kalangan para ulama dan aktivis Islam, terus berkembang dan diperkasakan.

05/09/2026

cubaan

PUM MERAIKAN TETAMU PERTUBUHAN MINBAR AL-AQSA03 September 2026 : Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) berbesar hati menerima ...
05/09/2026

PUM MERAIKAN TETAMU PERTUBUHAN MINBAR AL-AQSA

03 September 2026 : Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) berbesar hati menerima dan meraikan kunjungan daripada Pertubuhan Minbar al-Aqsa, sebuah pertubuhan yang berpusat di Türkiye dan aktif dalam usaha membantu serta mendukung perjuangan rakyat Palestin, khususnya masyarakat yang terkesan akibat konflik berpanjangan di Gaza.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Dr Sameer Said, dan menjadi ruang penting untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa Palestin serta usaha-usaha yang boleh digerakkan secara bersama.

Antara perkara yang dibincangkan ialah potensi kerjasama dua hala antara PUM dan Minbar al-Aqsa, di samping kemungkinan membangunkan jaringan kerjasama yang lebih luas dengan pertubuhan-pertubuhan lain. Jaringan sebegini amat penting bagi menyelaraskan usaha kemanusiaan, meningkatkan kesedaran masyarakat serta memperkukuh sokongan terhadap rakyat Palestin.

PUM menyambut baik pertemuan dan perbincangan yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah ini. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat, tersusun dan berterusan antara PUM, Minbar al-Aqsa serta rakan-rakan strategik yang lain pada masa akan datang.

Address

14B, Jalan Plumbum P7/P, Pusat Komersial Seksyen 7
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60355124300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share