Wakaf Korporat adalah institusi unik yang sangat berbeza dengan yayasan atau badan amanah yang ditubuhkan oleh syarikat-syarikat milik swasta. Perbezaan paling asas ialah hakikat bahawa Wakaf Korporat bukan dimiliki oleh mana-mana entiti swasta atau golongan eksklusif korporat tertentu. Oleh itu, Wakaf Korporat tidak bergantung masa depannya kepada sumbangan, anjuran atau ihsan kepentingan peribad
i individu atau korporat tertentu. Banyak yayasan atau badan amanah dan badan-badan amal hari ini terus menerus bergantung kepada kemurahan hati dan keikhlasan penderma dan penaung korporat masing-masing yang kadang kala mendedahkan mereka kepada pasang-surut keupayaan penderma menyumbang dan menderma. Menjadi institusi waqaf korporat diterajui komuniti merealisasikan matlamat jihad bisnes bertujuan memperkasa ekonomi masyarakat Islam memakmurkan semua. Awqaf adalah sebuah syarikat ditubuhkan melalui Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM). Waqaf korporat memberi peluang kepada umat Islam beribadah menerusi harta kekayaan disamping membina keupayaan bisnes dan korporat bertujuan memperkasa ekonomi umat. Umat Islam dan ahli bisnes muslim khasnya digalakkan beribadah menerusi harta kekayaan dengan menjayakan waqaf korporat menerusi 3 kaedah berikut :-
1. Menjadi ahli Awqaf mengikut pilihan taraf ahli seperti berikut:-
• ahli Balatin / Platinum (wakaf yuran RM1 juta)
• ahli Zamrud / emerald (wakaf yuran RM 500,000)
• ahli Zahab / emas (wakaf yuran RM 100,000)
• ahli Fiddhah / perak (wakaf yuran RM 10,000)
• ahli Hadid Kehormat / Korporat (wakaf yuran RM 1,000)
Ahli Awqaf berhak untuk mengundi di mesyuarat agong dengan mendapat 1 undi bagi setiap RM1,000 yuran wakaf. Bagaimanapun, ahli Hadid dibenarkan membayar yuran pendaftaran RM50 beserta yuran tahunan RM100 setahun tanpa berhak mengundi. Semua ahli Awqaf layak mengambil bahagian di dalam kegiatan Awqaf dan menghadiri mesyuarat agung tahunan Awqaf. Walaubagaimana pun hanya yang diberi kuasa mengundi berhak memilih, dipilih dan dilantik menjadi calon.
2. Berwakaf menerusi sumbangan wakaf tunai, wakaf aset seperti saham, hartanah, khidmat professional dan sebagainya menerusi saluran berikut :-
i. Tabung wakaf am Awqaf Holdings Berhad
Sumbangan wakaf am akan digunakan untuk perbelanjaan pelaburan, pengurusan dan operasi Awqaf. Juga untuk Awqaf melabur ke dalam projek pembangunan hartanah seterusnya. ii. Tabung Wakaf zuriatCARE
Matlamat zuriatCARE dan teras perjuangan Awqaf adalah untuk menyempurnakan aspirasi Maqasid Al Syariah khusus mengenai harta dan zuriat iaitu:-
• mengatasi gejala pembuangan bayi dan kes pembunuhan bayi.
• mendokong NGO melindungi bayi.
• memudahkan pernikahan pasangan pengantin berjemaah bertujuan mengelakkan berkesedudukan tanpa nikah.