Pendaftaran 1978-11-SEL) Sumbangan Boleh Di Salurkan Melalui Akaun : AL – RAJHI BANK 12700-1080574924 atas nama PERTUBUHAN TOLERANSI MALAYSIA Bismillahirahmananirrahim,
Toleransi merupakan satu agenda lama dan mempunyai cita- cita yang terlalu agung. Untuk melakukan pekerjaan yang besar, seseorang perlu berjiwa besar dan berani menempuh segala dugaan. Kalau kita lihat sirah Rasulullah yang penuh
dengan toleransi dalam menyampaikan Islam, pasti kita jauh terkebelakang dari sifat baginda yang Fatonah iaitu bijaksana. Sebagai contoh baginda pernah dicemuh dan dibaling batu dan najis ketika berdakwah di Thoif, namun baginda sabar dan tidak mahu membalas tindakan itu dengan kekerasan walaupun baginda sudah cedera hingga penuh kasutnya digenangi darah. Menurut satu hadis yang menceritakan bahawa Malaikat Jibrail yang begitu sedih dan simpati kepada baginda memberi cadangan untuk diterbalikkan sahaja kota Thoif itu. Lantaran itu baginda bersabda, “Mungkin ibu bapa mereka tidak mahu menerima ajaranku, tetapi mungkin Allah akan membuka hati keturunan mereka nanti akan menerimanya”. Di sini, kita semak kembali bagaimana tingginya jiwa toleransi Rasulullah dalam menyampaikan ajaran Islam sejak dari zaman dahulu lagi. Baginda telah dipersiapkan untuk memimpin dan cara kepimpinan beliau adalah dengan bertoleransi ke arah kesejahteraan, bukan kekerasan. Tetapi apa yang berlaku, seringkali Islam sahaja yang dikaitkan dengan keganasan dan kemunduran. Malah tiada kemampuan bagi umat Islam untuk menidakkannya selagi kita tidak melihat kembali sunnah dan perjalanan yang ditunjukkan oleh baginda. Bangunlah, dan lihatlah bagaimana nabi junjungan kita berbuat, dan mulaikan kembali dengan langkah pertama yang sama dengan prinsip asas Islam, semoga kita mendapat petunjuk dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala.