Persatuan Penduduk Kampung Melayu Subang

Call Directions

Persatuan Penduduk Kampung Melayu Subang Menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan membantu menaiktaraf ekonomi penduduk di Kampung Melayu Subang.

01/09/2026

🌿 MOTIVASI UNTUK PENDUDUK KMS 🌿
Kita mungkin berbeza latar belakang tetapi kita tinggal di tempat yang sama

Jangan tunggu orang lain untuk memulakan kebaikan. Mulakan daripada diri sendiri—jaga kebersihan, hormati jiran, saling membantu dan bersama-sama menjaga keamanan kampung

KMS bukan sekadar tempat kita tinggal, tetapi tempat kita membina kenangan, persahabatan dan masa depan

Bersatu kita kuat, berganding bahu kita mampu menjadikan KMS lebih harmoni, selamat dan sejahtera. 🤝❤️

Kampung kita, tanggungjawab kita. Kebaikan kita hari ini, manfaatnya untuk generasi akan datang.”

31/08/2026

. . Alhamdulillah, lega rasanya bila tugasan untuk Program Kemerdekaan semalam sudah selesai. 😊 Semua amanah pun sudah saya laksanakan, termasuk menyerahkan sijil penghargaan daripada Ketua Kampung KMS untuk diberikan kepada Biro Kebajikan AJK. ❤️

Terima kasih atas kerjasama semua yang terlibat. Semoga segala usaha dan penat lelah kita dipermudahkan serta mendapat keberkatan. 🤲✨

30/08/2026

Bismillah 🤲✨
Nak memperkenalkan hasil kerja dan kerajinan penduduk yang dibantu oleh Terouja. 🧵✨

Kami menerima kerja membaiki pakaian dan pelbagai barang jahitan yang sudah rosak atau lama. Contohnya, kerusi bayi yang sudah buruk dan lama, kami cuba baiki dan jahit semula supaya menjadi cantik dan elok kembali. 🪡❤️

Selain itu, kami juga menghasilkan seluar kargo dewasa dan bag serta pelbagai jenis jahitan mengikut keperluan pelanggan

Insya-Allah, macam-macam jenis jahitan boleh kami buat.
Yang rosak boleh kami cuba baiki, yang perlu dijahit boleh kami usahakan. 🧵✨

Terima kasih atas sokongan kepada hasil kerja dan kerajinan penduduk. ❤️

29/08/2026

🌸 Terima Kasih PPDK Milenium 🌸

Terima kasih banyak kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Milenium kerana telah menempah topi konvokesyen kepada Terouja.

Tempahan ini bukan sahaja memberi peluang kepada Terouja untuk menjalankan kerja jahitan, malah membantu memberi peluang pekerjaan dan pengalaman kepada penduduk KMS yang terlibat

Insya-Allah, penduduk KMS boleh belajar dan menghasilkan pelbagai jenis jahitan. Pelbagai jahitan boleh dibuat, insya-Allah! 🧵✂️

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan kepada Terouja. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada komuniti KMS

🌸 Hi, salam dan selamat pagi semua!Di sini saya nak berkongsi cara mudah membuat drapery  tudung, khas untuk penduduk ya...
28/08/2026

🌸 Hi, salam dan selamat pagi semua!

Di sini saya nak berkongsi cara mudah membuat drapery tudung, khas untuk penduduk yang belum pandai menjahit atau yang baru nak belajar. 🧕✂️

Jangan risau, cara ini sangat mudah dan sesuai untuk yang baru bermula. Saya akan tunjukkan cara memotong kain dengan langkah yang mudah difahami

Semoga perkongsian ini dapat membantu sesiapa yang berminat nak belajar menjahit dan membuat tudung sendiri. ❤️

✨ Belajar sedikit demi sedikit, lama-lama pasti pandai. ✨

Selamat mencuba! 🥰

27/08/2026

Terima Kasih MAAHAD TAHFIZ DARUL HIKMAH 🤲✨

Persatuan Penduduk Kampung Melayu Subang (PPKMS), kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Maahad Tahfiz Darul Hikmah kerana telah menempah pakaian MTDH dengan kerjasama Terouja Maju Resources.

Alhamdulillah, tempahan ini juga memberi peluang kepada komuniti KMS untuk terlibat dalam menjayakan kerja-kerja jahitan dan membantu menjana pendapatan kepada penduduk

Kami memilih tenaga kerja dalam kalangan ahli komuniti yang sudah mahir dan berpengalaman dalam bidang jahitan untuk menyiapkan seluar slack, kemeja serta vest dengan sebaik mungkin.

Terima kasih kerana mempercayai hasil kerja komuniti kami. Semoga kerjasama seperti ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk KMS. ❤️

Kita jaga kita, kita bantu kita. 🤝✨

26/08/2026

BISMILLAH 🤲

Selamat pagi dan salam sejahtera buat semua. 🌷

Saya ingin berkongsi bahawa bukan hanya suri rumah yang aktif menghasilkan jahitan dan pelbagai hasil kerajinan. Kali ini, golongan muda-mudi juga turut menunjukkan kreativiti dan kemahiran mereka

Alhamdulillah, ada anak muda yang menghasilkan tilam untuk kucing dengan hasil tangan sendiri. 🐱❤️

Inilah yang kita mahu lihat dalam komuniti kita — golongan muda dan suri rumah sama-sama berkarya, menggunakan kemahiran yang ada untuk menjana pendapatan dan membantu ekonomi keluarga

Kita sokong, kita hargai, kita kembangkan bersama. 🤝✨

Address

Lot 3495 Jalan Jati Kampung Melayu Subang
Shah Alam
40150

Telephone

+60195168080

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Kampung Melayu Subang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share