15/08/2023
YIDE TERIMA SUMBANGAN DANA DARIPADA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR UNTUK DISALURKAN KEPADA 25 BUAH RUMAH ANAK YATIM SELIAAN YIDE
Damansara, 15 Ogos 2023, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menerima sumbangan dana daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bernilai RM 850,000.00 untuk diagihkan kepada rumah anak-anak yatim seliaan YIDE.
Sebanyak 25 buah rumah anak-anak yatim seliaan YIDE yang telah menerima manfaat ini dan agihan sumbangan dana ini berdasarkan per kepala setiap penghuni di rumah-rumah anak yatim.
“InsyaALLAH sumbangan yang diserahkan oleh LZS ini kepada rumah-rumah anak-anak yatim ini akan digunakan untuk membiayai utiliti dan juga pengoperasian rumah anak yatim tersebut”
“YIDE mengucapkan terima kasih kepada LZS atas sumbangan yang diberikan dan saya yakin dan percaya sumbangan yang diterima ini pasti akan meringankan beban kepada rumah-rumah anak yatim dalam pengoperasian saban hari”, Ujar Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE.
Penyerahan cek cura sumbangan dana diserahkan oleh En. Zainuddin Johari daripada Lembaga Zakat Selangor kepada Nur Mohd Razali bin Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan disaksikan oleh Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid, Ikon Mahabbah YIDE.