Persatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor - Pwsdns

Persatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor - Pwsdns PWSDNS Didaftarkan secara rasminya di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM/ROS) pada 31 Julai 2019.

PWSDNS adalah sebuah Persatuan Sukarelawan Peringkat Negeri Selangor yang menjaga pembangunan dan memperjuangkan hak individu dengan Sindrom

Pada 7 Mac 2026, Persatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor (PWSNDS) telah berjaya menganjurkan Program “Thousand Smil...
08/03/2026

Pada 7 Mac 2026, Persatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor (PWSNDS) telah berjaya menganjurkan Program “Thousand Smile” – Agihan Bubur Lambuk dengan suntikan dana daripada Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM).

Program ini melibatkan penyertaan aktif warga Sindrom Down sekitar Shah Alam yang bersama-sama turun padang mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat setempat. Agihan telah dilaksanakan di sekitar Surau Al-Mustaqimah Seksyen 7,Shah Alam serta kawasan kejiranan Seksyen 7, Shah Alam.

Sumbangan juga turut diberikan pada 30 anak yatim yg hadir mengambil baju raya di Kediaman Pn Sofiah di Sg. Udang

Pn. Sofiah Mohammad adalah individu yg aktif dgn pelbagai ngo dalam menangani kerja amal di sekitar Klang khususnya Sg. Udang. Beliau juga merupakan pengasas Bubur Lambuk Acik Piah yg akan diberikan secara percuma kepada penduduk sekitar setiap kali Ramadhan.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan, malah memberi peluang kepada warga Sindrom Down untuk turut sama menyumbang kepada komuniti serta meningkatkan keyakinan diri mereka melalui penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi PWSNDS, Puan Norhana A. Bakar, yang turut turun padang bersama para peserta untuk mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat setempat. Komitmen dan sokongan beliau menjadi inspirasi dalam memastikan program ini berjalan dengan jayanya.

Penghargaan yang tidak terhingga juga dirakamkan kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus-lumus merangka, merancang serta menyelaras perjalanan program ini dengan penuh dedikasi bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada ibu bapa serta penjaga warga Sindrom Down yang turut hadir memberikan sokongan padu serta bersama-sama menjayakan aktiviti pengagihan bubur lambuk ini.

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara warga Sindrom Down dan masyarakat setempat, di samping menyemai nilai kebersamaan, keprihatinan serta semangat berkongsi dalam komuniti.

✨ “Seribu senyuman tercipta apabila kita berkongsi kasih dan rezeki bersama.”

15 Februari 2026Alhamdulillah, telah terlaksana Program Meet & Greet PWSDNS, sebagai pembuka program untuk tahun ini den...
15/02/2026

15 Februari 2026

Alhamdulillah, telah terlaksana Program Meet & Greet PWSDNS, sebagai pembuka program untuk tahun ini dengan objektif untuk merapatkan ukhwah & mengukuhkan silaturahim sesama ahli .

Dengan konsep santai, family datang bersama juadah masing-masing dan berkongsi dengan yang lain, serta membawa tikar & kerusi untuk beramah mesra sesama kita.

Alhamdulillah, lebih kurang 50 keluarga berkumpul pada hari ini menjadikan program ini mencapai matlamatnya..🤗

Dalam program ini diselitkan juga permainan untuk anak-anak seperti cari gula-gula dalam tepung, bawa bola berpasangan & musical chair...semua anak-anak bawa pulang hadiah hari ni..Anak gembira, ibu bapa pon gembira🥰

Terima kasih juga kepada MPP ZON 1 Shah Alam yang telah bekerjasama dalam menjayakan program ini.

InshaAllah, ukhwah yg terjalin akan berkekalan & semoga kita berjumpa lagi didalam program yang akan datang..🤩



Happy World Down Syndrome Day! Let’s celebrate💖Extra chromosome Extra awesome ❤️
21/03/2024

Happy World Down Syndrome Day!
Let’s celebrate💖
Extra chromosome Extra awesome ❤️


🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊JOM sertai kami menyaksikan Peragaan Baju yang dilakukan oleh anak istimewa kita dalam Program Grand Finale Extra...
17/10/2023

🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊
JOM sertai kami menyaksikan Peragaan Baju yang dilakukan oleh anak istimewa kita dalam Program Grand Finale Extra Chromosome Extra Awesome Festival yang dinanti-nantikan pada 4 November 2023, di CNICC, Menara PGRM, KL.

🗓️ 4 November 2023 (Sabtu)
🕐8:00 malam - 11:00 malam
🌟 Festival Charity GALA Dinner Runway
🎤 Zahid AF2, Dato' Zainal Abidin, dan Ayu Damit

💕Ibu bapa dan ahli keluarga anak- anak istimewa dijemput hadir bagi menyaksikan 49 orang anak istimewa kita terutamanya Sindrom Down beraksi bersama -sama model professional bagi mempersembahkan karya-karya daripada tujuh pereka fesyen terkenal!

✨Kita memberikan promosi harga tiket theatre seat ➡️ RM 50 sahaja‼️

Bagi mereka yang telah membeli tiket theatre dengan harga RM 100, anda diberikan 2 theater seat bagi setiap pembelian.

👉🏼Jangan tunggu lagi - dapatkan tiket anda sekarang! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hafida di 019-6696494 atau tekan link di bawah untuk mendapatkan tiket kita
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻

https://forms.gle/WMhHQFnWCEqwZdxk8

JUMPA ANDA DI SANA

https://www.instagram.com/p/Cx6zVBQhJzL/?igshid=NzZhOTFlYzFmZQ==Anak dengan Sindrom Down dan Ratu Cantik/Professional Mo...
03/10/2023

https://www.instagram.com/p/Cx6zVBQhJzL/?igshid=NzZhOTFlYzFmZQ==

Anak dengan Sindrom Down dan Ratu Cantik/Professional Model berkongsi Pentas Peragaan Fesyen

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan 49 orang Finalis Talent Shine Final Audition yang terdiri daripada anak-anak dengan Sindrom Down dan lain lain kategori berkeperluan khas berkongsi pentas bersama 21 orang Ratu Cantik dan Model Professional Malaysia bersempena "Program An Evening of Truly Malaysia, Festival Charity GALA Dinner Fashion Runway" pada 4 November ini di Dewan Wawasan, CNICC, Menara PGRM, Cheras KL.

Majlis Makan Malam Amal ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan bertenaga dan eksklusif daripada artis jemputan antaranya Datuk Zainal Abidin, Ayu Damit dan Zahid AF2!

Untuk info lebih lanjut mengenai ECEAF, sila tekan link dibawah:

https://www.dboystudiomy.com/2023/09/an-evening-of-truly-malaysia-festival.html

Jumpa anda semua di sana!

📢📢📢📢📢📢📢Join us for a heartwarming experience at our charity carnival,   TALENT SHINE FINAL AUDITION 1 DAY CHARITY at Mal...
23/07/2023

📢📢📢📢📢📢📢
Join us for a heartwarming experience at our charity carnival,

TALENT SHINE FINAL AUDITION 1 DAY CHARITY at Malakat Mall on Saturday, 29th July 2023.

Where fun, games, and giving back come together to support a great cause! 🛝🎨🎮

Most importantly, come witness the extraordinary talents of our special needs kids as they shine during the final audition. Your presence and support will make their achievements even more remarkable! 👠👏🏼👏🏼👏🏼

Mark your calendars and be a part of making a positive impact in our community 🗓️

Excited to be a part of this meaningful event?

Secure your entry ticket by clicking the link below and know that your purchase doubles as a generous donation towards the cause.
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
https://forms.gle/TgChgbspUi4TM77RA

Happy World Down Syndrome Day! Let’s celebrate💖Facts;Down Syndrome is a condition where a baby is born with an extra chr...
21/03/2023

Happy World Down Syndrome Day!
Let’s celebrate💖

Facts;

Down Syndrome is a condition where a baby is born with an extra chromosome. Chromosomes help genetic information in the body and determine how a baby will form and functions as they grow.

Each cell normally contains 23 pairs of chromosomes, but people with Down Syndrome have an extra full or partial copy of chromosome 21.

This result in triplication (trisomy) of the 21st chromosome, and for this reason Down Syndrome is also referred to as "Trisomy 21"...

This is why World Down Syndrome Day is celebrate on 21st of March. 21st represents the chromosome 21,March being the 3rd month represents the 3rd copies of the chromosome 21...

Happy World Down Syndrome Day💛💙A day for all the unique individuals to celebrate just how amazing they are❤️🥰



Expo Kind Malaysia  bersama Persatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor - PwsdnsLayari www.pwsdns.com.my
03/03/2023

Expo Kind Malaysia bersama Persatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor - Pwsdns

Layari www.pwsdns.com.my




Seminar Keibubapaan Program Pemerkasaan Kemahiran Keupayaan OKU Sindrom Down 2022, telah berlangung pada 8 Oktober 2022....
10/10/2022

Seminar Keibubapaan Program Pemerkasaan Kemahiran Keupayaan OKU Sindrom Down 2022, telah berlangung pada 8 Oktober 2022.

Setinggi tinggi penghargaan kepada
Puan Khor Siew Yee, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Orang Kurang Upaya Dan Warga Emas(WOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor yang sudi meluangkan masa untuk merasmikan program kali ini

Sekalung Penghargaan kepada Puan Norhana Binti A. Bakar, Pengerusi Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) yang sudi terus bersama hingga ke hujung program

Ribuan terima kasih juga kepada Puan Nurul Hani Nadira, Penolong Pengurus Jabatan CSR Menteri Besar Incorporated (MBI) yang sudi hadir menyokong program ini dengan menyerahkan mock-Cheque RM5000.00 kepada Persatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor (PWSDNS)

Dan, tidak dilupakan Puan Sharfiza binti Abdul Aziz CEO TENDERTOUCH HOLDINGS SDN BHD yang turut menyumbang voucher untuk ahli berdaftar yang layak untuk program terapi anak istimewa ini....

Dan terpaling penting, jutaan terima kasih kepada Teacher Rosnah yang sudi berkongsi Ilmu dalam memastikan ibu bapa & penjaga anak anak sindrom down ini memperolehi teknik teknik & cara cara yang sesuai dalam aktiviti seharian mereka.

Ilmu yang dikongsikan sangat berguna & bermanfaat.

Semoga Allah izinkan untuk PWSDNS melaksanakan program sebegini lagi dimasa akan datang.🤲🏻🫰

Fashion Show Anak Anak Sindrom Down, antara slot didalam program Road Tour PWSDNS 2022, 8 Oktober.Alhamdulillah, anak an...
09/10/2022

Fashion Show Anak Anak Sindrom Down, antara slot didalam program Road Tour PWSDNS 2022, 8 Oktober.

Alhamdulillah, anak anak ini juga mempunyai bakat yang boleh digilap untuk masa depan mereka..

Cantik & hensem semuanya dengan tema Kesultanan Melayu.

Tahniah kepada pemenang pemenang & peserta!🎉🎉🎉

Kalian memang hebat😘😍

SUKANEKA di Hari Program Road Tour PWSDNS 2022 - 8 Oktober 2022Anak anak Sindrom Down juga boleh melaksanakan aktiviti s...
09/10/2022

SUKANEKA di Hari Program Road Tour PWSDNS 2022 - 8 Oktober 2022

Anak anak Sindrom Down juga boleh melaksanakan aktiviti seperti anak anak tipikal yang lain.

Terbukti fakta ini dengan berhasilnya 3 jenis sukaneka yang telah disusun khas untuk anak anak ini

Semasa sukaneka ini, mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan -
1) kategori umur 4-7 tahun
2) kategori 8 hingga 28 tahun

3 permainan yang telah diatur :
1) musical chair - untuk anak anak kategori
2) Dadu Ajaib, Dan
3) Boling buah kelapa

Anak anak ini berjaya membuktikan mereka mampu memdengar arahan Dan peraturab yang ditetapkan untuk setiap permainan..

Tahniah & syabas anak anak!🎉🎉🎉🎉

Address

5-1 Jalan Kangkung Puteri 24/7, Seksyen 24
Shah Alam
40300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor - Pwsdns posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Warga Sindrom Down Negeri Selangor - Pwsdns:

Share