Cambodia Care : Iltizam Relief Society

Cambodia Care : Iltizam Relief Society Penduduk Islam minoriti di sini bukan sahaja hidup mundur; mereka tidak dibantu p

Lokasi bantuan- Kampung Ambel, Kampung Pom Shoi, Kampung Phas, Kampung Ragnak, Wilayah Kampung Cham serta Kampung Traping Chuk, Wilanyah Kg Thom; 200-600 km dari Phnom Penh.

06/12/2023
Alhamdulillah Alaa kulli hall, minggu ini merupakan minggu terakhir untuk sadaqah Ramadhan di Kemboja. Pada minggu ini k...
18/04/2023

Alhamdulillah Alaa kulli hall, minggu ini merupakan minggu terakhir untuk sadaqah Ramadhan di Kemboja. Pada minggu ini kami melaksanakan Sadaqah Ramadhan di Kampung Ampil terletak di Wilayah Cham, Kemboja.
Seperti yang dapat di lihat di dalam gambar di bawah bagaimana keadaan di kampung tersebut dengan serba kekurangan menyambut bulan Ramadhan.
Akan tetapi dengan sumbangan dan sedekah tuan puan setidaknya dapat meringankan beban mereka di Kampung pedalaman ini.
Semoga dengan sumbangan dan infaq tuan-puan ini di terima oleh Allah S.W.T. dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.
ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Minggu ke-3 Ramadhan 2023Sadaqah Ramadhan masih di teruskan di Kampung trabengchukk, Wilayah Thom, Kemboja.Kami sangat b...
13/04/2023

Minggu ke-3 Ramadhan 2023
Sadaqah Ramadhan masih di teruskan di Kampung trabengchukk, Wilayah Thom, Kemboja.
Kami sangat berterima kasih kepada penderma-penderma yang menyumbangkan wang tunai untuk menjayakan kempen Sadaqah Ramadhan ini. untuk projer kali ini Kami berjaya untuk menampung makanan kering 50 buah keluarga, yang mana setiap pek makanan mencukupi untuk 5-6 ahli keluarga
Penduduk di sini sangat berterima kasih atas sumbangan anda, dan mereka senantiasa mendoakan kemudahan urusan yang bersedekah di bulan Ramadhan mulia ini.
ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Pecutan 10 malam terakhir di bulan Ramadan 1444H/2023. Semoga kita semua bersama-sama merebut peluang dengan menggandaka...
11/04/2023

Pecutan 10 malam terakhir di bulan Ramadan 1444H/2023.
Semoga kita semua bersama-sama merebut peluang dengan menggandakan ibadah di 10 hari terakhir bulan Ramadan ini.
Ayuh tingkatkan lagi amalan kita, mudah-mudahan dapat kita bertemu Malam Lailatulqadar Ramadhan ini. Aamiin.

Salam Nuzul Quran!Peristiwa Nuzul Al QuranPeristiwa Nuzul Al-Quran merupakan satu peristiwa  yang bersejarah dalam Islam...
07/04/2023

Salam Nuzul Quran!

Peristiwa Nuzul Al Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan satu peristiwa yang bersejarah dalam Islam dimana Allah سبحانه وتعالى menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah ﷺ . Dan ianya berterusan secara berperingkat selama 23 tahun sehingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad ﷺberusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, semasa Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.

Hikmah Nuzul Al Quran

1. Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW dan panduan hidup bagi umat Islam sepanjang zaman.
2. Al-Quran menjadi rujukan dan penawar diri bagi umat Islam yang inginkan kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
3. Kandungan ajaran Al-Quran adalah bersifat mukjizat (I'jaz al-'Ilmi) sehingga merentasi zaman dan tempat sekali pun telah diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu.

Firman Allah SWT dalam surah al-Isra': 9 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar."

Maka memang benar bahawa ianya memberi makna yang terlalu istimewa kepada umat Islam terutamanya yang mendalami rahsia Al-Quran.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran
ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Kuliah JumaatJom sertai kuliah Jumaat bersama dengan Iltizam Relief Society. Mari kita bersama-sama menghidupkan pagi Ju...
07/04/2023

Kuliah Jumaat
Jom sertai kuliah Jumaat bersama dengan Iltizam Relief Society. Mari kita bersama-sama menghidupkan pagi Jumaat dengan majlis ilmu.
🌐 FB Live: Iltizam Relief Society https://www.facebook.com/IltizamReliefSociety/
🗓 Tarikh: Jumaat, 7 APRIL 2023
⏰ Waktu: 8.45-9.45 pagi
📚Kitab: Penawar Bagi Hati
Penyampai: Muhammad Hafidzin bin Mohd Shah
Mari sama sama menambah ilmu *Penonton digalakkan bertanya soalan
Jom bersedekah pada hari Jumaat yang mulia
https://sadaqahramadan.iltizamrelief.com
Akaun Maybank : 562478141589 Reference : Sedekah Jumaat :
Bantuan Sedekah Ramadan

Allah the Exalted and Majestic said: Every act of the son of Adam is for him, except fasting. It is (exclusively) meant for Me and I (alone) will reward it. Fasting is a shield.(Sahih Muslim 1151d)

Jumpa anda esok hari In Sha Allah!KULIAH JUMAAT yang akan di sampaikan oleh Ustaz Hafidzin, beliau akan menyampaikan kul...
06/04/2023

Jumpa anda esok hari In Sha Allah!
KULIAH JUMAAT yang akan di sampaikan oleh Ustaz Hafidzin, beliau akan menyampaikan kuliah berjudul Syukur dari kitab "Penawar Bagi Hati"
🗓 Tarikh: Jumaat, 7 April 2023
⏰ Waktu: 8.45-9.45 pagi
📚Kitab: Penawar Bagi Hati
Penyampai: Muhammad Hafidzin bin Mohd Shah
ILTIZAM RELIEF SOCIETY

3 April 2023: Syukur ke Hadrat Allah SWT , kempen Sedekah Ramadan di Kemboja yang terletak di Kampung Trabeungchukk, Tho...
05/04/2023

3 April 2023: Syukur ke Hadrat Allah SWT , kempen Sedekah Ramadan di Kemboja yang terletak di Kampung Trabeungchukk, Thom telah berjalan lancar. Sebanyak 50 pek makanan kering telah di bahagikan kepada penduduk setempat untuk di gunakan semasa Iftar Ramadhan Kali ini.
Keadaan di Kampung ini tidak lah semewah kampung-kampung di Malaysia dengan kadar pendapatan yang rendah, dengan bantuan daripada anda amatlah di hargai oleh mereka. In Sha Allah.
Derma anda adalah penting
Link Sedekah di ruangan komen.
ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Alhamdulillah bini'matihi tatimmussaalihatt.Minggu ke 2 Ramadhan membawa berita gembira seluruh umat Islam. Pada minggu ...
04/04/2023

Alhamdulillah bini'matihi tatimmussaalihatt.
Minggu ke 2 Ramadhan membawa berita gembira seluruh umat Islam.
Pada minggu ke-dua Ramadhan ini Iltizam Relief Society telah berjaya melaksanakan bantuan makanan iftar bagi 12 buah negara sepeti Palestin, Kemboja, Uganda, Pakistan, Yaman, Syria, India dan sebaginya.
Sebanyak 15,020 Keluarga telah di bantu bersamaan 90,120 orang yang mendapat menikmati bantuan ini, dan kami di ILTIZAM sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan fakir miskin pada Ramadhan ini in Sha Allah.
30.4% daripada target kami telah tercapai dan mudah-mudahan kami dapat mencapai target kami sebelum berakhirnya Ramadhan 2023 kali ini.
Teruskan menyumbang bersama kami, agar Ramadhan kali ini lebih bermakna bagi mereka-mereka di luar sana.
Terima Kasih atas sokongan & sumbangan anda.
🥰🥰
Tulus Ikhlas,
Iltizam Relief Society.

Address

Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60125271880

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cambodia Care : Iltizam Relief Society posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share