Jiwa Amal Malaysia - JIWA

Directions Website Contact the organization

Jiwa Amal Malaysia - JIWA Hebat Amal Hebat Jiwa Projek-projek yang disusun akan dijalankan di dalam dan di luar negara. D.
(1)

JIWA dibangunkan untuk menyatukan komuniti-komuniti Malaysia untuk cakna tentang usaha-usaha kemanusiaan dan kesukarelawanan dengan berkongsi nilai ihsan yang sama serta membela hak-hak kemanusiaan sejagat. (BAHASA MALAYSIA) - TENTANG PERTBUHAN JIWA AMAL MALAYSIA (JIWA)

Pertubuhan Jiwa Amal Malaysia (JIWA) - ROS: [PPM-020-10-13072022] telah didaftarkan pada 13 Julai 2022. JIWA dibangunkan untuk menyatu komuniti-komuniti Malaysia untuk cakna tentang usaha-usaha kemanusiaan dan kesukarelawanan dengan berkongsi nilai ihsan yang sama serta membela hak-hak kemanusiaan sejagat melalui bantuan-bantuan kemanusiaan, pembangunan kemahiran belia serta sosio-ekonomi, kesedaran sosial, pendidikan, kesihatan, kerohanian dan pengupayaan golongan B40 untuk meningkatkan taraf hidup mereka. A. 4 MATLAMAT UTAMA JIWA:

• JAGA – Menjaga kebajikan sosial golongan B40 yang memerlukan.
• IHSAN – Meningkatkan nilai belas kasihan komuniti tanpa prejudis.
• WIRA – Mewujudkan wira dalam dunia kemanusiaan dalam kalangan komuniti.
• AMAL – Memperluas jaringan kebajikan amal yang konsisten dan holistik. B. 5 SEGMENTASI PROGRAM:

JIWA akan menjalankan projek-projek kemanusiaan dan kesukarelawanan berdasarkan 5 segmentasi program, iaitu:

JIWA HEART | JIWA SEDAR | JIWA NIAGA | JIWA AID | JIWA IMAN

JIWA HEART - Memberi bantuan keperluan asas tertentu yang sesuai. JIWA SEDAR - Pemerkasaan kesukarelawanan melalui projek-projek yang menekankan kesedaran sosial, secara interaktif. JIWA NIAGA - Memberi bantuan modal dan khidmat nasihat, terutamanya mengenai pembangunan ekonomi melalui penajaan pendapatan pasif untuk penerima manfaat yang berpotensi. JIWA AID - Menyediakan bantuan kecemasan kepada pelarian peperangan dan mangsa bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh, secara fizikal, rohaniah dan insaniah. JIWA IMAN - Memperkasakan sahsiah dan karektor komuniti memalui projek kebajikan amal berkonsepkan islamiah, seperti bantuan umrah untuk asnaf yang layak. JIWA berhasrat untuk menjadi medan cakna kepada masyarakat tentang kesedaran melalui tanggungjawab sosial dengan bermatlamatkan pembangunan kelestarian sejagat yang konsisten dan teratur. C. 5 MATLAMAT PEMBANGUNAN KELESTARIAN

MATLAMAT 2 - Tiada Kelaparan (Zero Hunger)
MATLAMAT 4 - Pendidikan Berkualiti (Quality Education)
MATLAMAT 8 - Kerja Baik & Pertumbuhan Ekonomi (Decent Work & Economic Growth)
MATLAMAT 10 - Dikurangkan Ketidaksamaan (Reduce Inequalities)
MATLAMAT 13 - Tindakan Berkenaan Iklim (Climate Action)

JIWA juga terlibat dalam penyatuan sinergi dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama. SASARAN BANTUAN & PEMBANGUNAN INSANIAH

Golongan B40, Asnaf, Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), Pelarian Peperangan/Bencana Alam, Golongan Belia

E. WILAYAH BANTUAN

Dalam Negara Dan Luar Negara

Media Sosial:
Facebook, Instagram, Youtube, TikTok: .jiwaamal
Dana: www.tabungjiwaamal.onpay.my
Website: www.jiwaamalmalaysia.org.my (akan datang)
Akaun Bank: Maybank Islamic Berhad
Pertubuhan Jiwa Amal Malaysia (JIWA) [5645 4817 5664]

Daftar ROS: PPM-020-10-13072022

HEBAT AMAL HEBAT JIWA | GOOD DEED GOOD SOUL

-----------------------------------------------------------------

(ENGLISH) - ABOUT PERTUBUHAN JIWA AMAL MALAYSIA (JIWA)

Pertubuhan Jiwa Amal Malaysia (JIWA) - ROS: [PPM-020-10-13072022] is registered on 13 July 2022. It is developed to unite Malaysian communities to acknowledge humanitarian and volunteer efforts by sharing similar value of compassion and defending universal human rights through humanitarian assistance, youth and socio-economic skills development, social awareness, education, health, spirituality and competency of the B40 group to improve their living standards. All the projects that are planned will be carried out locally and abroad. A. 4 MAIN GOALS OF JIWA:

• JAGA (CARE) – To care about the social welfare of the B40 group who are in need.
• IHSAN (COMPASSION) – To boost the value of compassion in community without prejudice.
• WIRA (WARRIOR) – To create warriors in the humanitarian field among the community.
• AMAL (CHARITY) – To expand a consistent and holistic charitable network. B. 5 PROGRAM SEGMENTATION:

JIWA will conduct humanitarian and volunteer projects based on five (5) program segmentations, which are:

JIWA HEART | JIWA SEDAR | JIWA NIAGA | JIWA AID | JIWA IMAN

JIWA HEART - Manage and distribute basic needs accordingly. JIWA SEDAR - Develop volunteer-empowerment through projects that emphasize social awareness, interactively. JIWA NIAGA - Arrange capital assistance and advisory services, especially on economic development through passive income funding for potential beneficiaries. JIWA AID - Provide emergency assistance to refugees od conflict zone and victims of natural disasters. JIWA IMAN - Enhance human capital through personality and character of a community with Islamic-based projects such as umrah assistance for eligible asnaf. JIWA aims to be a platform for society to raise awareness through social responsibility with an effort to developing a consistent and orderly global sustainability. C. 5 SUSTAINABILITY DEVELOPMENT GOALS

MATLAMAT 2 - Tiada Kelaparan (Zero Hunger)
MATLAMAT 4 - Pendidikan Berkualiti (Quality Education)
MATLAMAT 8 - Kerja Baik & Pertumbuhan Ekonomi (Decent Work & Economic Growth)
MATLAMAT 10 - Dikurangkan Ketidaksamaan (Reduce Inequalities)
MATLAMAT 13 - Tindakan Berkenaan Iklim (Climate Action)

JIWA is also involved in synergies with local communities, partners and sponsors regardless of political, racial and religious backgrounds. HUMAN ASSISTANCE & DEVELOPMENT TARGETS

B40 Group, Asnaf, People with Disabilities (OKU), War/ Natural Disaster Refugees, Youths

E. ASSISTANCE AREA

Domestic and International

Social Medias:
Facebook, Instagram, Youtube, TikTok: ngo.jiwaamal
Fund: www.tabungjiwaamal.onpay.my
Website: www.jiwaamalmalaysia.org.my (coming soon)
Bank Account: Maybank Islamic Berhad
Pertubuhan Jiwa Amal Malaysia (JIWA) [5645 4817 5664]

Registered ROS: PPM-020-10-13072022

HEBAT AMAL HEBAT JIWA | GOOD DEED GOOD SOUL

  - SELAMAT HARI WARGA EMAS ANTARABANGSA 2026OTAI MASIH LAGI BERBISQ! - MALAYSIA MENUJU NEGARA BERUSIA 2030Bertemakan “Z...
01/10/2026

- SELAMAT HARI WARGA EMAS ANTARABANGSA 2026
OTAI MASIH LAGI BERBISQ! - MALAYSIA MENUJU NEGARA BERUSIA 2030
Bertemakan “Zaman Kelanjutan Usia: Memikirkan Semula Sistem untuk Kehidupan yang Lebih Panjang” mengingatkan kita bahawa usia yang panjang bukan sekadar tentang berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita menghargai setiap kehidupan yang telah panjang perjalanannya.
Di sebalik rambut yang memutih dan langkah yang semakin perlahan, ada insan yang pernah berkorban, menjaga dan membina kehidupan untuk generasi selepas mereka.
Allah SWT mengajar kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa, terutama ketika mereka telah lanjut usia (Surah Al-Isra’: 23–24). Suatu hari nanti, kita juga akan menjadi mereka.
Semoga kita tidak pernah lupa untuk menyantuni, menghormati dan menyayangi warga emas kerana mungkin sebuah kunjungan, sedikit sedekah atau sekadar meluangkan masa untuk mereka adalah kecil bagi kita, tetapi besar nilainya di sisi Allah. 🤲🏻
JADIKAN DIRI ANDA HEBAT AMAL HEBAT JIWA
See less

28/09/2026

- ALFATIHAH ALLAHYARHAMAH TUN DR SITI HASMAH - SALAM TAKZIAH
BELANGSUNGKAWA: TUN JASA MU DIKENANG
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Seluruh warga Jiwa Amal Malaysia mengucapkan salam takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, Isteri Kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada usia 100 tahun.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Takziah buat seluruh ahli keluarga
ALFATIHAH DAN NANTIKAN KAMI DI SYURGA

26/09/2026

- BAHASA ISYARAT UNTUK SEMUA PELAJARI - PROJEK TUNAWICARA 2026
Tarikh: 19 Sept 2026
Lokasi: Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak, KL
Masa: 9.00am - 2.00pm
BELAJAR BAHASA ISYARAT SAMBIL AMATI SEJARAH PERJUANGAN MALAYSIA
Syukur Alhamdulillah selesai Projek Tunawicara 2026 - Kursus Bahasa Isyarat sempena bulan September iaitu bulan Hari Bahasa Isyarat Antarabangsa dan Hari Malaysia; buat pertama kali 130 orang peserta mempelajari ilmu komunikasi menggunakan bahasa isyarat.
Istimewa kali ini, kita mengumpul dana untuk kelangsungan hidup penghuni OKU di Rumah OKU Ahsana.
Penuh tawa riang dan padat dengan ilmu. Sememangnya kita perlu menjadikan bahasa isyarat sebagai bahasa ketiga kita.
Sinergi Kebaikan ini dijayakan bersama
• Inisiatif Inkusif: Jiwa Amal Malaysia: NGO: JIWA AMAL MALAYSIA
• Tenaga Pengajar: (MalaysianSignLang (MalaysianSignLanguage)gara: Arkib Negara Malaysia
• PeArkib Negara Malaysiaders of Eqa:
• Penerima Manfaat: Rumah OKU Ahsana: ahsana.org
Tunawicara - ahsana.orgalam melakukan komunikasi verbal iaitu berbicara yang meliputi kelainan dalam berkomunikasi dengan orang lain, istilah ini tidak hanya merujuk kepada orang yang pekak bisu malahan kepada orang yang gagap dan lembap komunikasi
JADIKAN DIRI ANDA HEBAT AMAL HEBAT JIWA

  - BAHASA ISYARAT UNTUK SEMUA PELAJARI - PROJEK TUNAWICARA 2026Tarikh: 19 Sept 2026Lokasi: Dewan Tun Rahah, Memorial Tu...
26/09/2026

- BAHASA ISYARAT UNTUK SEMUA PELAJARI - PROJEK TUNAWICARA 2026
Tarikh: 19 Sept 2026
Lokasi: Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak, KL
Masa: 9.00am - 2.00pm
BELAJAR BAHASA ISYARAT SAMBIL AMATI SEJARAH PERJUANGAN MALAYSIA
Syukur Alhamdulillah selesai Projek Tunawicara 2026 - Kursus Bahasa Isyarat sempena bulan September iaitu bulan Hari Bahasa Isyarat Antarabangsa dan Hari Malaysia; buat pertama kali 130 orang peserta mempelajari ilmu komunikasi menggunakan bahasa isyarat.
Istimewa kali ini, kita mengumpul dana untuk kelangsungan hidup penghuni OKU di Rumah OKU Ahsana.
Penuh tawa riang dan padat dengan ilmu. Sememangnya kita perlu menjadikan bahasa isyarat sebagai bahasa ketiga kita.
Sinergi Kebaikan ini dijayakan bersama
• Inisiatif Inkusif: Jiwa Amal Malaysia: .jiwaamal
• Tenaga Pengajar:
• Penaja lokasi: Arkib Negara:
• Penaja Grafik Baju: Wonders of Eqa:
• Penerima Manfaat: Rumah OKU Ahsana:
Tunawicara - Gangguan dalam melakukan komunikasi verbal iaitu berbicara yang meliputi kelainan dalam berkomunikasi dengan orang lain, istilah ini tidak hanya merujuk kepada orang yang pekak bisu malahan kepada orang yang gagap dan lembap komunikasi
JADIKAN DIRI ANDA HEBAT AMAL HEBAT JIWA


- BAHASA ISYARAT UNTUK SEMUA PELAJARI - PROJEK TUNAWIC...

  - BARU SAYA TAHU:  SELAMAT HARI BAHASA ISYARAT ANTARABANGSA 2026BAHASA JIWA TANPA BATASAN SUARA. JOM KENALI BAHASA ISY...
23/09/2026

- BARU SAYA TAHU: SELAMAT HARI BAHASA ISYARAT ANTARABANGSA 2026
BAHASA JIWA TANPA BATASAN SUARA. JOM KENALI BAHASA ISYARAT!
Hari ini, kita meraikan Hari Bahasa Isyarat Antarabangsa yang membawa satu mesej penting iaitu bahasa jiwa bukan sekadar diungkapkan melalui suara, tetapi juga melalui keindahan gerakan tangan dan ketulusan hati.
Tahukah anda bahawa bahasa isyarat di setiap negara mempunyai keunikan dan identiti tersendiri, termasuklah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang menjadi nadi komunikasi komuniti Pekak kita?
Jom sama-sama kita bina jambatan empati dengan mempelajari serba sedikit asas bahasa isyarat hari ini kerana sentuhan kecil mampu mencetuskan sebuah persekitaran yang benar-benar inklusif!
JADIKAN DIRI ANDA HEBAT AMAL HEBAT JIWA

  - BAHASA ISYARAT UNTUK SEMUA PELAJARI - PROJEK TUNAWICARA 2026Tarikh: 19 Sept 2026Lokasi: Dewan Tun Rahah, Memorial Tu...
22/09/2026

- BAHASA ISYARAT UNTUK SEMUA PELAJARI - PROJEK TUNAWICARA 2026
Tarikh: 19 Sept 2026
Lokasi: Dewan Tun Rahah, Memorial Tun Abdul Razak, KL
Masa: 9.00am - 2.00pm
BELAJAR BAHASA ISYARAT SAMBIL AMATI SEJARAH PERJUANGAN MALAYSIA
Syukur Alhamdulillah selesai Projek Tunawicara 2026 - Kursus Bahasa Isyarat sempena bulan September iaitu bulan Hari Bahasa Isyarat Antarabangsa dan Hari Malaysia; buat pertama kali 130 orang peserta mempelajari ilmu komunikasi menggunakan bahasa isyarat.
Istimewa kali ini, kita mengumpul dana untuk kelangsungan hidup penghuni OKU di Rumah OKU Ahsana.
Penuh tawa riang dan padat dengan ilmu. Sememangnya kita perlu menjadikan bahasa isyarat sebagai bahasa ketiga kita.
Sinergi Kebaikan ini dijayakan bersama
• Inisiatif Inkusif: Jiwa Amal Malaysia: .jiwaamal
• Tenaga Pengajar:
• Penaja lokasi: Arkib Negara:
• Penaja Grafik Baju: Wonders of Eqa:
• Penerima Manfaat: Rumah OKU Ahsana:
Tunawicara - Gangguan dalam melakukan komunikasi verbal iaitu berbicara yang meliputi kelainan dalam berkomunikasi dengan orang lain, istilah ini tidak hanya merujuk kepada orang yang pekak bisu malahan kepada orang yang gagap dan lembap komunikasi
JADIKAN DIRI ANDA HEBAT AMAL HEBAT JIWA

  - BARU SAYA TAHU:  SELAMAT HARI MALAYSIA KENAPA HARI MALAYSIA TAK SAMBUT SEKALI DENGAN 31 OGOS?Pernah terfikir tak ken...
15/09/2026

- BARU SAYA TAHU: SELAMAT HARI MALAYSIA
KENAPA HARI MALAYSIA TAK SAMBUT SEKALI DENGAN 31 OGOS?
Pernah terfikir tak kenapa Hari Malaysia (16 September) jaraknya cuma 16 hari je dari Hari Merdeka (31 Ogos)? Sebenarnya, pelan asal pembentukan Malaysia (gabungan Malaya, Sabah, Sarawak, dan Singapura) memang nak dibuat pada 31 Ogos 1963 supaya ngam-ngam boleh sambut serentak tau!
Tapi, masa tu ada 'drama' sikit bila jiran kita iaitu Indonesia dan Filipina kurang bersetuju dan membantah pembentukan ini. Disebabkan bantahan tu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa masuk campur dan hantar team mereka ke Sabah dan Sarawak untuk check dan pastikan rakyat di sana betul-betul setuju nak bergabung.
Proses siasatan dan temubual oleh wakil PBB tu dah 'drag' masa sikit. Jadi, tarikh pengisytiharan terpaksa ditunda. Akhirnya, pada 16 September 1963, barulah Malaysia dibentuk secara rasmi. Kiranya, kelewatan 16 hari tu bukan disengajakan, tapi demi nak pastikan negara kita dibentuk dengan cara yang telus dan diiktiraf dunia!
JADIKAN DIRI ANDA HEBAT AMAL HEBAT JIWA

Address

Section U6, 22, Jalan Alfa E U6/E, Pusat Perdagangan Subang Permai
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jiwa Amal Malaysia - JIWA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jiwa Amal Malaysia - JIWA:

Share