25/10/2021
Alhamdulillah. Selesai menyantuni mangsa banjir dan orang susah di Kedah. Mereka diberikan ujian daripada Allah Taala dan dapatlah kita membantu untuk 40 rumah yang terpilih. Terima kasih ustaz Ammar Mustaffa selaku wakil Team Usaha Amal Kembara Sufi dan Yayasan Al Azhari Al Thani yang membantu mengagihkan bantuan di sana.
Juga terima kasih kepada semua yang menjayakan program bantuan kami ini dan ucapan terima kasih kepada penyumbang yang turut menderma.
Semoga Allah Taala mempermudahkan urusan kita di Akhirat kerana meringankan bebanan mereka di dunia. Juga diharapkan Allah menambahkan rezeki kita bersama dalam barakah.