16/06/2026
ZIARAH AHLI YANG MENERIMA RAWATAN
Pertubuhan Kebajikan Ihsan Wanita Islam (PERKIWISA) menerusi Program Ziarah Kasih telah berkesempatan menziarahi salah seorang ahli PERKIWISA yang sedang menerima rawatan di Hospital Kota Bharu pada 14 Jun 2026 lalu.
Ziarah ini merupakan tanda sokongan, keprihatinan dan kasih sayang sesama ahli dalam mengukuhkan ikatan ukhuwah yang terjalin. Semoga kehadiran kami sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan kekuatan kepada beliau dalam menghadapi ujian yang sedang dilalui.
Kami seluruh warga PERKIWISA mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan rawatan serta diberikan kesabaran dan ketabahan oleh Allah SWT.
Syafakillah syifaan 'ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqama.
Semoga Allah SWT mengurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat serta mengangkat segala kesulitan yang dihadapi.
"Barangsiapa yang menziarahi orang sakit, maka dia berada dalam taman syurga sehingga dia pulang." (Hadis Riwayat Muslim)