TOPS by Syria Care

TOPS by Syria Care Projek Tajaan Anak Yatim Syria telah dilaksanakan sejak 2014 dan dijenamakan sebagai Orphan Aid Masih ramai yang terkepung di tanah air sendiri.

Krisis kemanusiaan di Syria yang bermula pada 2011 mengakibatkan ribuan kanak-kanak telah kehilangan tempat bergantung dan menjadi yatim kerana ibubapa mereka telah terbunuh ataupun telah ditangkap dan ditawan akibat bencana kemanusiaan yang berlaku di sana. Syria Care adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang beroperasi di Shah Alam dan ditubuhkan untuk membantu rakyat Syria sejak tahun 2012.

Syria Care memfokuskan bantuan dan sumbangan kepada anak-anak yatim, kanak-kanak dan wanita dan juga mereka yang terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri. Bertitik tolak dari permasalahan tersebut, Syria Care mengambil inisiatif untuk menggerakkan sebuah projek bagi membantu kanak-kanak di Syria dengan mengadakan Program Tajaan Anak Yatim Syria yang bermula pada tahun 2014 dan telah ditambahbaik pada bulan Oktober 2016. Program ini bertujuan untuk memastikan sumbangan dan bantuan barangan asas seperti makanan, pakaian, perubatan dan pendidikan dapat disediakan untuk mereka. Syria Care bekerjasama dengan rakan NGO Syria di beberapa kawasan dalam utara Syria seperti Al-Bab, Al-Bardaqli,dan juga di Afrin. Mereka menyediakan semua maklumat berkaitan anak-anak yatim dan menguruskan pengagihan sumbangan di sana. Kami sentiasa mengemas kini perkembangan di Syria melalui laman media sosial Orphan Aid by Syria Care dan Syria Care Malaysia. Kami juga mengadakan aktiviti untuk penaja mengeratkan silaturrahim dengan anak-anak tajaan mereka melalui Majlis Silaturrahim melalui atas talian, tajaan korban dan akikah serta membuka peluang kepada penaja untuk menyertai program kemanusiaan kami di Istanbul, Türkiye. Syria Care percaya bahawa setiap kanak-kanak dan terutamanya anak-anak yatim mempunyai hak untuk menikmati kehidupan yang baik sama seperti kanak-kanak lain. Program tajaan ini mengambil kira tiga intipati berikut :

• Penyediaan makanan berkhasiat, pakaian dan pendidikan
• Penyediaan khidmat kaunseling, sahsiah dan kerohanian
• Program memperkasakan kemahiran ibu tunggal bagi meneruskan kelangsungan hidup

Mari bersama kami. Raikan mereka dengan kasih sayang, biarpun dari kejauhan. Tajaan bulanan hanya RM300/sebulan bagi seorang anak yatim utk tempoh 6 bulan dan juga setahun. Tajaan penuh bagi tempoh 6 bulan ialah RM1,800.00 dan RM3,600.00 bagi tajaan setahun bagi seorang anak yatim. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi :

Syria Care Malaysia
43A, Jalan Bola Jaring 13/15
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Tel pejabat : 03 5523 4077
Hotline : 011 2100 4807
Email : [email protected]
FB/IG :

No Akaun Bank:
• RHB Bank - 26225000021775

SUMBANGAN TAJAAN ANAK YATIM SYRIA MAC 2026📍 Lokasi Terbaharu: Latakia, Syria📅 Tajaan Bulan: Mac 2026Alhamdulillah, sumba...
28/04/2026

SUMBANGAN TAJAAN ANAK YATIM SYRIA MAC 2026

📍 Lokasi Terbaharu: Latakia, Syria
📅 Tajaan Bulan: Mac 2026

Alhamdulillah, sumbangan tajaan telah disalurkan kepada 11 orang anak yatim di Syria, dengan lokasi terkini penerima manfaat di Latakia.

📍 Lokasi tajaan anak yatim adalah:

-Al Bab
-Afrin
-Al Bardaqli
-Latakia

Setiap bantuan yang diterima bukan sekadar meringankan beban harian mereka, tetapi juga memberi harapan baharu untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih baik, khususnya dalam keadaan serba kekurangan.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. 🤍
Setiap ringgit yang disumbangkan menjadi asbab kebahagiaan dan kekuatan untuk mereka yang memerlukan.

✨ Kebaikan kecil anda, memberi impak yang besar kepada kehidupan mereka.

𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐭𝐫𝐚𝐧𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐤𝐞:
RHB Islamic 26225000021775 (Syria Care)

𝐏𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧:

👶🏻https://ezy.la/OrphanAidWA

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

Pray For Sandakan 🤍Kebakaran besar yang berlaku awal pagi Ahad, 19 April 2026 telah memusnahkan Kampung Bahagia di Batu ...
20/04/2026

Pray For Sandakan 🤍
Kebakaran besar yang berlaku awal pagi Ahad, 19 April 2026 telah memusnahkan Kampung Bahagia di Batu Sapi, dalam salah satu tragedi kebakaran terburuk di Sandakan.

Api yang bermula sekitar jam 1.30 pagi merebak dengan pantas di kawasan penempatan rumah kayu atas air yang padat, menyebabkan sehingga 1,000 rumah musnah dan menjejaskan 9,007 penduduk. Ramai keluarga tidak sempat menyelamatkan harta benda apabila api marak memusnahkan deretan rumah dalam sekelip mata.

Operasi memadam kebakaran turut berdepan cabaran besar apabila laluan sempit menghalang jentera bomba masuk ke kawasan kejadian, ditambah p**a keadaan air surut yang menyukarkan akses kepada sumber air terbuka.

Sumber: The Star, 19 April 2026.

🤲 Syria Care bersama HUMAM Relief kini sedang bekerjasama menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa terjejas.

Mari kita bersama hulurkan doa dan sokongan buat mereka yang kehilangan segalanya.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
Maybank Islamic: 5621 0697 8654 (PERTUBUHAN AMAL HUMAM)
Rujukan: Sandakan

https://humam.org.my/humam-support-fund/

Pray For Sandakan 🤍

Kebakaran besar yang berlaku awal pagi Ahad, 19 April 2026 telah memusnahkan Kampung Bahagia di Batu Sapi, dalam salah satu tragedi kebakaran terburuk di Sandakan.

Api yang bermula sekitar jam 1.30 pagi merebak dengan pantas di kawasan penempatan rumah kayu atas air yang padat, menyebabkan sehingga 1,000 rumah musnah dan menjejaskan 9,007 penduduk. Ramai keluarga tidak sempat menyelamatkan harta benda apabila api marak memusnahkan deretan rumah dalam sekelip mata.

Operasi memadam kebakaran turut berdepan cabaran besar apabila laluan sempit menghalang jentera bomba masuk ke kawasan kejadian, ditambah p**a keadaan air surut yang menyukarkan akses kepada sumber air terbuka.

Sumber: The Star, 19 April 2026.

🤲 Syria Care bersama HUMAM Relief kini sedang bekerjasama menyalurkan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa terjejas.

Mari kita bersama hulurkan doa dan sokongan buat mereka yang kehilangan segalanya.

Sumbangan boleh dibuat melalui:
Maybank Islamic: 5621 0697 8654 (PERTUBUHAN AMAL HUMAM)
Rujukan: Sandakan
https://humam.org.my/humam-support-fund/

🌙 Sumbangan Anda, Harapan MerekaDi sebalik senyuman seorang anak yatim,tersimpan kisah perjuangan yang tidak terlihat.Ad...
16/04/2026

🌙 Sumbangan Anda, Harapan Mereka

Di sebalik senyuman seorang anak yatim,
tersimpan kisah perjuangan yang tidak terlihat.

Ada yang membesar tanpa tempat bergantung,
berdepan kesempitan hidup setiap hari.
Namun, mereka tetap kuat…
tetap berusaha…
malah ada yang cemerlang dalam pelajaran.

Mereka bukan meminta simpati,
tetapi mereka benar-benar memerlukan bantuan.

Kita mampu membantu,
jadi kitalah yang perlu membantu.

Setiap sumbangan anda
bukan sekadar memberi,
tetapi menjadi asbab mengalirnya pahala yang berpanjangan.

Daftar sebagai penaja sekarang!👇🏻👇
Hubungi Puan Dhia di http://www.wasap.my/601121004807/yatim

𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐭𝐫𝐚𝐧𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐤𝐞:
RHB Islamic 26225000021775 (Syria Care)

𝐏𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧:

👶🏻https://ezy.la/OrphanAidWA

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

Anda mungkin tak kenal mereka…tapi setiap kebaikan anda tidak pernah sia-sia.Mungkin hari ini…ANDA adalah harapan untuk ...
12/04/2026

Anda mungkin tak kenal mereka…
tapi setiap kebaikan anda tidak pernah sia-sia.

Mungkin hari ini…
ANDA adalah harapan untuk hidup mereka.

Anda bantu dengan ikhlas dan niat kerana Allah SWT.
tanpa mengharapkan balasan daripada manusia,
kerana setiap kebaikan yang tersembunyi itu tetap dilihat dan dihitung oleh Allah SWT.

Kebaikan kecil yang anda lakukan hari ini,
Juga kesungguhan dan tekad anda semua untuk membantu
akan menjadi sebab lahirnya kebaikan yang lebih besar di masa hadapan.

Semoga setiap kebaikan yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT, dilipatgandakan pahalanya, dan menjadi asbab keberkatan dalam hidup kita semua.🤲

𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐭𝐫𝐚𝐧𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐤𝐞:
RHB Islamic 26225000021775 (Syria Care)

𝐏𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧:

👶🏻https://ezy.la/OrphanAidWA

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

JUMAAT INI… 🤍ANDA SUDAH BANTU MEREKA?Anda… ya anda yang membaca ini,Dalam kesibukan hari ini, luangkan masa untuk bersed...
09/04/2026

JUMAAT INI… 🤍
ANDA SUDAH BANTU MEREKA?

Anda… ya anda yang membaca ini,
Dalam kesibukan hari ini, luangkan masa untuk bersedekah.

Bayangkan jika satu sumbangan kecil anda hari ini,
dapat memberi senyuman, kelegaan, dan harapan kepada mereka.

𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐭𝐫𝐚𝐧𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐤𝐞:
RHB Islamic 26225000021775 (Syria Care)

𝐏𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧:

👶🏻https://ezy.la/OrphanAidWA

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

Anda yang membaca ini,Anda yang pernah memberi,Anda yang pernah berkongsi,Anda yang pernah terdetik di hati untuk memban...
09/04/2026

Anda yang membaca ini,
Anda yang pernah memberi,
Anda yang pernah berkongsi,
Anda yang pernah terdetik di hati untuk membantu.

💛 Anda memberi mereka makan
📚 Anda bantu mereka belajar
👕 Anda sediakan keperluan asas
❤️ Anda hadir sebagai “harapan” dalam hidup mereka

Mereka mungkin tidak mengenali anda…
tetapi mereka mencintai anda dalam doa-doa mereka.

Teruskan menjadi sebab mereka kuat
Teruskan menjadi cahaya dalam hidup mereka.

Daftar sebagai penaja sekarang!👇🏻👇
Hubungi Puan Dhia di http://www.wasap.my/601121004807/yatim

𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐭𝐫𝐚𝐧𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐤𝐞:
RHB Islamic 26225000021775 (Syria Care)

𝐏𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧:

👶🏻https://ezy.la/OrphanAidWA

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

Bersama Membantu Anak Yatim, Membina Masa Depan yang Lebih BaikAnak-anak yatim hari ini memerlukan sokongan yang mencuku...
07/04/2026

Bersama Membantu Anak Yatim, Membina Masa Depan yang Lebih Baik

Anak-anak yatim hari ini memerlukan sokongan yang mencukupi untuk terus berkembang daripada makanan berkhasiat, keperluan asas, pendidikan, rawatan perubatan hingga pakaian yang sempurna.

Dalam keterbatasan, mereka tetap menyimpan harapan kecil yang wajar didengar, difahami, dan dibela oleh kita semua.

Sedekah tidak akan membuatkan kita rugi, malah membuka pintu rezeki dan keberkatan. Membantu mereka bukan sekadar pilihan, tetapi tanggungjawab setiap insan yang memiliki rasa ihsan dan kasih sayang.

Sebarkan kebaikan, hulurkan bantuan kerana sedikit dari kita, besar maknanya buat mereka.

𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐭𝐫𝐚𝐧𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐤𝐞:
RHB Islamic 26225000021775 (Syria Care)

𝐏𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧:

👶🏻https://ezy.la/OrphanAidWA

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

"Saya tidak dapat menjalani zaman kanak-kanak yang sepatutnya saya miliki."Nama saya Tamer Alaa Wazir Ali, 12 tahun. Say...
02/04/2026

"Saya tidak dapat menjalani zaman kanak-kanak yang sepatutnya saya miliki."

Nama saya Tamer Alaa Wazir Ali, 12 tahun.

Saya dilahirkan di Homs, sebuah bandar ketika itu dilanda perang.
Ayah saya meninggal ketika saya baru berusia tiga tahun.
Sebagai anak sulung, saya rindu kasih ayah yang tiada, hanya melihatnya dalam gambar.

Saya dibesarkan dalam ketakutan, bukan mainan.
Dengan bunyi bom, bukan tawa kanak-kanak.

Kami berpindah dari satu tempat ke tempat lain,
tinggal di kem untuk balu, menghadapi kesusahan setiap hari.

Tetapi saya tidak berputus asa.
Saya ke sekolah, belajar, dan menghafaz Al-Quran.
Alhamdulillah, kini saya antara pelajar terbaik.

Impian saya adalah untuk berjaya, menyokong keluarga,
dan menjadi kebanggaan ibu saya.

Kepada semua rakyat Malaysia yang membantu kami anak yatim Syria…
Terima kasih kerana menjadi sebahagian kekuatan saya.
Kebaikan anda memberi saya harapan untuk terus maju.

𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐭𝐫𝐚𝐧𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐤𝐞:
RHB Islamic 26225000021775 (Syria Care)

𝐏𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐭𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧:

👶🏻https://ezy.la/OrphanAidWA

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

ISTIMEWA MALAM INI: Episod khas Mina Mila | Barang Paling Sayang | Durioo+ X Syria CareSaksikan tayangan istimewa episod...
31/03/2026

ISTIMEWA MALAM INI: Episod khas Mina Mila | Barang Paling Sayang | Durioo+ X Syria Care

Saksikan tayangan istimewa episod khas Mina Mila yang dibawakan khas oleh Durioo+ X Syria Care yang akan bersiaran jam 7:00malam ini!

Tayangan ini boleh ditonton melalui pautan:
https://youtu.be/jKi2git4CKk

🔊 Berita baik! Durioo+ adalah percuma untuk sesiapa yang nak tonton kartun Islamik, dan semua kontennya 100% selamat untuk anak-anak.

Jom sertai Infak Syawal untuk anak yatim dan fakir miskin:
➡ Maybank 5505 1424 0356
🔗 syriacare.org.my/infaksyawal/

𝐁𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐚𝐧𝐭𝐚𝐬 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐒𝐲𝐚𝐦 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧: t.me/syriakini
Bila kita doakan Palestin, jangan lupa doakan Syria.

Dan bila kita bantu Syria, niatkan untuk pembebasan Al-Aqsa juga.

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

Ajar anak-anak erti memberi sejak kecil.Kadang-kadang, bukan barang yang murah yang kita lepaskan,tapi barang yang paling kita sayang...supaya mereka belajar...

27/03/2026
16/03/2026

Taja Anak Yatim Syria Ramadan Ini

Syria Care telah melaksanakan projek tajaan anak yatim Syria sejak 2014. Projek ini membantu anak-anak yatim untuk melalui kehidupan yang lebih baik dan teratur.

Jadi, kami ingin mengajak anda untuk turut sama menyumbang dan menaja anak-anak yatim yang memerlukan.

Penaja yang menaja 6 bulan ke atas bakal menerima:
✅Profil dan Gambar Anak Yatim

Semoga Allah menerima segala amalan kita di bulan Ramadan yang mulia ni.

👶🏻 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 '𝐎𝐫𝐩𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐢𝐝':
➡ Maybank 5505 1424 0072
🔗 https://orphans.syriacare.org.my/

𝘉𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢, 𝘋𝘦𝘮𝘪 𝘈𝘲𝘴𝘢.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘚𝘺𝘳𝘪𝘢 𝘊𝘢𝘳𝘦, 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶.

Address

43, Jalan Bola Jaring 13/15, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601121004807

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TOPS by Syria Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to TOPS by Syria Care:

Share