17/05/2026
Satu lagi inisiatif pemantapan kemahiran digital telah berjaya dilaksanakan! Pada 9 Mei yang lalu, Exco Latihan Akademik MPP KVSA telah menganjurkan Bengkel Microsoft Word dan Canva khas buat para pelajar 1 SVM SEM 1.
Sepanjang program yang bermula dari jam 8:00 pagi hingga 2:30 petang ini, para peserta telah memenuhi Bilik Mesyuarat, Bengkel SR 1, dan Makmal PD 2 untuk mempelajari selok belok dalam menggunakan Word dan Canva dengan lebih cekap.