WADAH Selangor - Rasmi

Call Directions Contact the organization

WADAH Selangor - Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from WADAH Selangor - Rasmi, Non-Governmental Organization (NGO), 02-05-02, Blok 2, Wisma MAIS, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3, Shah Alam.

Hikmah Jumaat | Siri 33 — Sabar Membawa KekuatanDalam kehidupan, tidak semua perkara berjalan seperti yang kita harapkan...
18/09/2026

Hikmah Jumaat | Siri 33 — Sabar Membawa Kekuatan
Dalam kehidupan, tidak semua perkara berjalan seperti yang kita harapkan. Ada masa kita diuji dengan kesukaran, kekecewaan dan penantian yang panjang. Namun, Islam mengajar bahawa sabar bukan bererti menyerah, sebaliknya kekuatan untuk terus bertahan, berdoa dan berusaha dengan keyakinan kepada Allah. Mizan al-‘Amal mengajar kita menimbang setiap ujian dengan iman dan hikmah, kerana “Tidaklah seseorang diberikan sesuatu yang lebih baik daripada kesabaran.” (HR Bukhari & Muslim).

Hasan al-Basri mengingatkan bahawa “Sabar ialah teman paling setia bagi seorang Mukmin.” Maka, WADAH Selangor menyeru agar jangan mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran; teruskan ikhtiar, perteguhkan solat dan yakinlah bahawa setiap ujian yang dihadapi dengan sabar mempunyai nilai di sisi Allah. Kesabaran ialah asas kejayaan perjuangan.

Kemajuan itu penting, tetapi kemajuan tanpa nilai boleh kehilangan arah. Kita tidak menolak teknologi, perubahan dan pem...
16/09/2026

Kemajuan itu penting, tetapi kemajuan tanpa nilai boleh kehilangan arah. Kita tidak menolak teknologi, perubahan dan pembangunan, namun semuanya perlu dipandu oleh neraca yang benar — kerana tidak semua yang baharu itu lebih baik, tidak semua yang popular itu benar dan tidak semua kejayaan membawa keberkatan.

Mizan al-‘Amal mengajar kita untuk menilai bukan sekadar berapa jauh kita maju, tetapi ke mana kemajuan itu membawa manusia dan masyarakat. Inilah neraca yang perlu kita bina dalam usaha membentuk Malaysia MADANI — kemajuan yang berpaksikan nilai, pembangunan yang membawa maslahat dan kejayaan yang mendekatkan kita kepada keberkatan Allah SWT.

WADAH Selangor: Kemajuan Tanpa Nilai Akan Membawa Kemakmuran Yang Tidak Berkat https://share.google/Y9DSu06kymVWQrXyO

PESANAN MIZAN 02 Neraca Wasatiyah dalam Pembinaan Malaysia M.A.D.A.N.I.

USRAH UMUM WADAH SELANGORTajuk: AI, ALGORITMA & AKHLAKBersama :                                                         ...
15/09/2026

USRAH UMUM WADAH SELANGOR

Tajuk: AI, ALGORITMA & AKHLAK

Bersama :
Farid Wajdi Mohd Nor
Exco WADAH Selangor

🗓️ Tarikh: 16 September 2026 (Rabu)
🕰️ Masa: 9.15 mlm-11.00 mlm (Dimulai dengan bacaan mathurat)
📱💻🖥️ Usrah akan menggunakan medium Google Meet
Link Google Meet:
https://meet.google.com/cbp-bhkx-njr

❗Sila install aplikasi Zoom di playstore/AppStore yang menggunakan telepon.

Pertanyaan/Maklumat lanjut:
📱 Sdr. Firdaus: wasap.my/+60122657808




-----------
Ketahui maklumat terkini program dan perkembangan semasa WADAH Selangor!

Ikuti kami di media sosial: https://linktr.ee/wadahselangor

Anda juga boleh menyumbang!

09/09/2026
26 Ogos 2026, Bandar Baru Bangi - Usrah WAP Selangor bulan ini dihos oleh WADAH Selangor telah berlangsung di AYG Bangi....
09/09/2026

26 Ogos 2026, Bandar Baru Bangi - Usrah WAP Selangor bulan ini dihos oleh WADAH Selangor telah berlangsung di AYG Bangi. Usrah bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan kemuncaknya adalah sesi forum 3 generasi menampilkan Pn. Noraniah Idris, AJK Teras Prihatin SALWA Malaysia, Sdr. Abdul Kodir bin Shaharudin, Timbalan YDP ABIM Selangor dan Sdr. Mohammad Haqime Bin Sharuddin, Presiden PEPIAS.

Tajuk usrah bulan ini adalah *WASATIYAH: Asas Pembinaan Masyarakat MADANI* yang antara lainnya membincangkan intipati Ucapan Dasar Pengerusi WADAH Selangor sempena MUKRI kali ke 19 Negeri Selangor.






22 Ogos 2026, Shah Alam - Wacana Pemikiran Dr. Siddiq Fadzil telah dianjurkan oleh WADAH Selangor bersama pihak Institut...
09/09/2026

22 Ogos 2026, Shah Alam - Wacana Pemikiran Dr. Siddiq Fadzil telah dianjurkan oleh WADAH Selangor bersama pihak Institut Pemikiran dan Kepemimpinan Siddiq Fadzil dan Dewan Bahasa dan Pustaka di Dewan LT2 UNISEL Shah Alam.

Wacana dengan tema Mizan al-'Amal dalam Pembinaan Masyarakat M.A.D.A.N.I telah dihadiri peserta seramai lebih 100 orang dari kalangan pendidik, mahasiswa dan orang awam itu diisi dengan 4 sesi utama bermula dengan ucaptama yang disampaikan oleh Tuan Haji Hasri bin Harun, Timbalan Presiden WADAH, sesi forum perdana, forum pemikiran dan dialog strategik. Wacana ini telah dirasmikan sendiri oleh Pengerusi IPKSF, Prof. Dr. Sidin.



20 Ogos 2026, Shah Alam - Siri Bedah Buku PPAS x WADAH Selangor telah berlangsung sebagaimana rutin bulanan dan kali ini...
09/09/2026

20 Ogos 2026, Shah Alam - Siri Bedah Buku PPAS x WADAH Selangor telah berlangsung sebagaimana rutin bulanan dan kali ini dibawakan buku yang bertajuk Mindsets karangan Dr. Carol Dweck.

Perbincangan berkisar tentang "Fixed" dan "Growth Mindset" serta bagaimana keadaan pemikiran ini terbentuk pada peribadi seseorang. Pembentang, Saudara Kamarul Azami Mohd Zaini yang juga Setiausaha WADAH Selangor menjelaskan, bentuk pemikiran ini bukan hanya tergantung kepada individu bahkan juga dari faktor lain termasuk persekitaran.




Apabila umat kehilangan mizan, mereka akan kehilangan arah. Dalam kehidupan yang dipenuhi maklumat, perubahan dan tuntut...
09/09/2026

Apabila umat kehilangan mizan, mereka akan kehilangan arah. Dalam kehidupan yang dipenuhi maklumat, perubahan dan tuntutan kemajuan, kita bukan hanya memerlukan kemampuan untuk bertindak, tetapi juga neraca untuk menilai — apakah yang benar, apakah yang adil, apakah yang membawa maslahat dan ke manakah sesuatu perubahan itu membawa kita. Mizan al-‘Amal mengingatkan kita bahawa setiap pemikiran, keputusan dan tindakan perlu ditimbang dengan nilai yang benar.
Mizan juga bukan sekadar neraca untuk menilai hasil kerja, tetapi bermula dengan menilai manusia yang melakukan kerja tersebut. Kebangkitan umat tidak hanya lahir daripada banyaknya program dan aktiviti, tetapi daripada manusia yang seimbang jiwanya, luhur akhlaknya dan mampu menimbang setiap tindakan dengan neraca Allah SWT. Maka, sebelum kita bertanya “apa yang perlu kita lakukan?”, mungkin kita perlu bertanya terlebih dahulu: “Dengan neraca apakah kita menentukan arah kehidupan dan perjuangan kita?”

PESANAN MIZAN 01 Neraca Wasatiyah dalam Pembinaan Malaysia M.A.D.A.N.I. Petikan Ucapan Dasar Ustaz Dr. Ahmad Zaki Abdul Latiff

Kamarul Azami Mohd Zaini: Apabila Umat Kehilangan Mizan, Mereka Akan Kehilangan Arah https://share.google/eAzzXFD0N3LSiZYLD




Address

02-05-02, Blok 2, Wisma MAIS, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+60355238031

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when WADAH Selangor - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to WADAH Selangor - Rasmi:

Shortcuts

Share