Kelab Rehlah Akal Insan Soleh - RAIS

Kelab Rehlah Akal Insan Soleh - RAIS 1.

Melaksanakan kajian berkaitan praktikal kehidupan berteraskan wahyu.
2.Membantu menggerakkan program di kawasan pedalaman dan kawasan yang memerlukan.
3.Menyuburkan dan mengimarahkan proses tadabbur, tazakkur dan tafakur Al Quran.

*Catatan Ringkas dan Refleksi Sesi Pagi ini oleh Ustaz Harfiz*📆20/4/2025*Tadabbur Surah Al-Insyirah (Surah Al-Syarh)**Ay...
19/04/2025

*Catatan Ringkas dan Refleksi Sesi Pagi ini oleh Ustaz Harfiz*

📆20/4/2025

*Tadabbur Surah Al-Insyirah (Surah Al-Syarh)*

*Ayat 1-3:*

> "Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)? Dan Kami telah meringankan bebanmu darimu. Yang memberatkan belakangmu."

Pengajaran:

1. Allah mengingatkan Nabi SAW tentang nikmat-nikmat besar yang dikurniakan – lapangnya dada, diampunkan beban dosa, dan diangkat darjat baginda.

2. Ini memberi isyarat bahawa sesiapa yang mengikuti jalan Nabi dengan keimanan dan amal yang ikhlas, juga akan memperoleh kelapangan jiwa, keampunan dan kemuliaan darjat di sisi Allah.

*Ayat 4:*

> "Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu."

Pengajaran:

- Ketinggian nama Rasulullah SAW di dunia dan akhirat – disebut dalam azan, solat dan setiap kali nama Allah disebut.

- Ia satu peringatan bahawa kemuliaan sebenar datang dari Allah, bukan dari pujian manusia.

*Ayat 5-6:*

> "Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

*Tadabbur:*

- Pengulangan ayat ini adalah bentuk penegasan – bahawa setiap kesulitan pasti diiringi dengan kemudahan.

- Perkataan “al-‘usr” (kesulitan) datang dengan alif lam – menunjukkan kesusahan itu spesifik dan tertentu. Sedangkan “yusr” (kemudahan) disebut tanpa alif lam – menandakan kemudahan itu luas, pelbagai dan tidak terhad.

Hadis berkaitan:

> "Satu kesusahan tidak akan pernah mengalahkan dua kemudahan."
(Dirakam oleh Imam Ahmad & al-Baihaqi – disahkan oleh beberapa ulama hadith)

*Refleksi:*

- Jangan fokus pada kesusahan semata, tapi lihat peluang dan ruang kemudahan yang Allah sediakan bersamanya.

- Dalam kehidupan seorang mukmin, kesusahan hanyalah pintu menuju pertolongan dan kebaikan yang lebih besar.

*Ayat 7-8:*

> "Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."

*Tadabbur:*

- Kehidupan mukmin digambarkan seperti gelas yang tidak dibiarkan kosong – selepas selesai satu amal, teruskan dengan amal lain. Selesai urusan akhirat (seperti solat), sambung urusan dunia, kemudian kembali semula kepada akhirat.

- Solat sendiri adalah doa – jadi selepas selesai satu tugasan, bersegeralah kembali kepada Allah dalam ibadah dan doa.

- Ini adalah prinsip produktiviti Islam – tiada masa terluang untuk disia-siakan. Setiap saat bermakna dan harus diisi dengan amal.

*Refleksi Ramadhan:*

- Ramadhan adalah madrasah tarbiyah – selepas keluar daripadanya, sepatutnya kita menjadi lebih kuat.

- Jangan jadikan amal hanya bermusim – amal perlu berterusan selepas Ramadhan. Orang beriman tidak pernah berhenti daripada kebaikan.

*Kesimp**an & Rumusan Pengajaran*:

1. Syukur & Nilai Nikmat
- Kenali dan hargai nikmat besar yang Allah kurniakan – ketenangan jiwa, keampunan dosa, dan kemuliaan darjat.

2. Optimisme dalam Ujian
- Seorang mukmin yakin bahawa setiap kesusahan pasti ada kemudahan – ini adalah hukum kehidupan yang Allah tetapkan.

3. Sentiasa Produktif
- Seorang Muslim tidak kenal erti malas atau masa kosong. Hidupnya dipenuhi amal akhirat dan urusan dunia yang diberkati.

4. Kritis terhadap Masa & Umat
- Renungan terhadap kegemilangan Islam dahulu – seperti Andalusia – mengajar kita bahawa lalai dan leka dengan perkara sia-sia menyebabkan kita tertinggal. Kita perlu kembali hidupkan semangat jihad ilmu, amal dan kesungguhan dalam hidup.

Semoga bermanfaat dan jom sama2 kita beramal dengan faham dan ilmu. 💪🏼

Manfaat Solat & Kaitan Solat dengan Silah (Hubungan)Pernah tak kita rasa macam hidup ni serabut, hubungan dengan orang p...
17/04/2025

Manfaat Solat & Kaitan Solat dengan Silah (Hubungan)

Pernah tak kita rasa macam hidup ni serabut, hubungan dengan orang pun renggang, hati rasa tak tenang? Kadang kita rasa puncanya orang lain. Tapi pernah tak kita semak – macam mana hubungan kita dengan Allah?

Sebab solat itu bukan sekadar rukun Islam – tapi talian hayat antara kita dengan Tuhan.

Solat = Silah (hubungan)
Perkataan solat dalam bahasa Arab berasal dari kata "ṣalā", dan antara maksudnya ialah silah, iaitu hubungan atau ikatan. Bila kita dirikan solat, kita sebenarnya sedang “connect” dengan Allah – Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Mengasihi.

Apa manfaat solat dalam hidup kita?

1. Menjadi “charger” rohani lima kali sehari
Dunia penuh cabaran, tekanan dan godaan. Solat bantu ‘recharge’ hati yang letih. Ia bagaikan pit stop untuk jiwa yang sedang berlari dalam kehidupan.

2. Benteng dari perbuatan keji dan mungkar
Dalam Surah Al-‘Ankabut ayat 45:
"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar."
Bila solat kita dijaga, secara tak langsung akhlak kita juga terbentuk. Bila kita ingat Allah, kita akan lebih jaga kata-kata, tindakan dan hati.

3. Terap hubungan dengan Allah – dan sesama manusia
Bila hubungan dengan Allah kukuh, kita akan lebih mudah jaga hubungan dengan manusia. Kita lebih sabar, lebih pemaaf, dan lebih tenang menghadapi ujian. Solat mendidik kita jadi insan yang berjiwa besar, bukan cepat melatah.

4. Menjadikan kita hamba yang bersyukur
Dalam setiap gerakan solat, ada zikir yang penuh makna. Bila kita fahami, solat jadi medan muhasabah dan ruang untuk lafaz syukur pada nikmat yang kita selalu lupa.

5. Mendidik disiplin dan konsistensi
Bangun pagi untuk Subuh, berhenti kerja seketika untuk Zuhur, tahan dari tidur demi Isyak – semua ini membentuk disiplin hidup yang luar biasa. Orang yang jaga solat, biasanya lebih tertib dalam urusan lain juga.

Kesimp**an: Jaga Solat, Jaga Silah
Kalau kita nak perbaiki hubungan dengan pasangan, anak-anak, sahabat, malah diri sendiri – mulakan dengan solat. Sebab bila hubungan dengan Allah (silah billah) kita baik, Dia akan bantu luruskan yang lain.

Dan ingat, solat bukan untuk Allah. Dia tak perlukan kita. Tapi kita yang perlukan solat untuk jadi manusia yang lebih baik – dunia & akhirat.

🌙✨ Jom perbaiki solat kita, bukan sebab kita dah baik – tapi sebab kita nak jadi baik...

*Ad-Dain dan Ad-Din – Antara Hutang dan Agama*Tahu tak, dalam bahasa Arab — perkataan “ad-dain” (hutang) dan “ad-din” (a...
14/04/2025

*Ad-Dain dan Ad-Din – Antara Hutang dan Agama*

Tahu tak, dalam bahasa Arab — perkataan “ad-dain” (hutang) dan “ad-din” (agama) datang dari akar kata yang sama?
Ad-Dīn (الدِّين) = Agama
→ huruf د (dal) dengan kasrah (ِbaris bawah) dan diikuti dengan ي (ya) – membawa maksud agama.

Ad-Dayn (الدَّيْن) = Hutang
→ huruf د (dal) dengan fathah bertashdid (دَّ) dan ada ya sukun (يْ) – bermaksud hutang.

Maknanya… dalam Islam, agama kita ni bukan sekadar solat, puasa, zakat, tapi sebenarnya satu sistem hidup yang penuh dengan tanggungjawab dan ‘hutang’ yang perlu kita bayar.

Kalau kita: – Tak solat ➝ itu hutang pada Allah.
– Tak ajak anak-anak/jiran/keluarga buat baik ➝ itu hutang dakwah.
– Ada amanah tapi buat acuh tak acuh ➝ itu pun hutang.
– Malas minta maaf / tak lunas janji ➝ pun kira hutang!

Kadang kita takut sangat kalau tak bayar hutang duit, tapi kita lupa… hutang akhirat tu lagi ngeri. Takde slip bayaran, takde diskaun, takde ansuran.

Sebab tu Allah pesan: "Jaga diri dan ahli keluarga kamu dari api neraka."
(Surah At-Tahrim: 6)

Dan Nabi SAW ajar, solat itu tiang agama. Bila kita tinggal solat, sebenarnya kita tengah runtuhkan tiang rumah iman kita sendiri 😔
Teringat perkongsian ustaz Zaim Zamri masa ikuti kelas High Impact Solat dulu.
Ustaz kata:
“Solat bukan urusan peribadi saja. Ia urusan ummah. Nak tegakkan umat, kena tegakkan solat.”

Kalau kita nak bina generasi yang berjaya, kena ikut contoh Nabi Ismail a.s. —
Allah puji baginda dalam Surah Maryam:

"Dan ceritakanlah (Muhammad) tentang Ismail dalam Kitab (Al-Quran). Sesungguhnya dia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi."
(Maryam: 54)

"Dan dia menyuruh keluarganya untuk mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan dia adalah seorang yang diredai oleh Tuhannya."
(Maryam: 55)

🔁 Tengok apa rahsia kejayaan Nabi Ismail? ➝ Ajak keluarga solat. Itu kunci kejayaan generasi.

Tapi hati-hati… Allah juga bagi amaran tentang generasi yang gagal:

"Maka datanglah selepas mereka generasi yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu. Maka mereka akan menemui kesesatan."
(Maryam: 59)

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan generasi yang gagal, yang mengabaikan solat..Nauzubillah!
Kalau kita sendiri pun belum lunas hutang dengan Allah, jangan p**a kita lupa ajak pasangan dan anak-anak kita sama-sama taat. Nanti nauzubillah... kita jadi bahan bakar api neraka sebab abaikan tanggungjawab ni 😢

🕌 Jadi hari ni…
✔️ Dah solat?
✔️ Dah ajak keluarga solat?
✔️ Dah lunas hutang-hutang ‘halus’ dalam hidup kita?

Quran, Solat dan Infaq - Formula Orang Bertaqwa dan BerjayaAl-Baqarah Ayat 1-5الم (١) ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِ...
21/01/2025

Quran, Solat dan Infaq - Formula Orang Bertaqwa dan Berjaya

Al-Baqarah Ayat 1-5
الم (١) ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ (٢) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (٣) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (٤) أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (٥)

(1)Alif Laam Mim.
(2)Kitab (al-Quran) ini tidak ada sebarang syak padanya (datangnya daripada Allah SWT dan tentang kesempurnaannya), menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.
(3)Iaitu orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
(4)Dan juga orang yang beriman kepada (kitab al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad SAW) dan kitab yang diturunkan sebelum daripadamu, serta mereka yakin (dengan sepenuhnya) akan (adanya) hari akhirat.
(5)Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya.

Selepas Ummul Kitab al Fatihah, kita akan bertemu dengan ayat ini di lembaran kedua Al Quran. 5 ayat yang merangkum prinsip orang-orang bertaqwa dan orang-orang yang berjaya.

1) Dimulai dengan huruf Muqotho'ah iaitu huruf yang dibaca sebagaimana hurufnya. Di sini sudah jelas akan hakikat diri kita sebagai hamba yang bermula dengan serba-serbi tidak tahu. Tidak ada sesiapa tahu apakah maksud di sebalik alif lam mim yang Allah aturkan hurufnya itu di permulaan ayat surah al Baqarah ini. Ini menunjukkan bahawa hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana yang berkuasa ke atas segala sesuatu termasuklah diri kita. Kita tidak akan menjadi orang yang bijak pandai jika bukan dengan kehendak dan kuasa Allah.
Jadi, di awal ayat lagi kita sudah 'diperingatkan' agar sentiasa waspada bahawa kita ini hanya hamba yang tidak akan mampu berbuat apa-apapun jika bukan kerana ihsan dari Allah SWT. Hanya berbekalkan tiga huruf ini sahaja, sudah boleh meluruhkan sombong yang bersarang di dada...Allahumma.

2) Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah tahu hambaNya ini tidak tahu. Maka Allah turunkan sebuah kitab sebagai petunjuk buat hambaNya iaitu Al Quran. Allahuakbar...baiknya Allah. Allah tidak mahu hambaNya teraba-raba dalam kegelapan. Maka diturunkan kitab yang tidak ada sebarang keraguan pun padanya.

Kata akar bagi Al Quran adalah قَرَأَ (qara'a) yang ertinya mengumpulkan. Secara bahasa, Al Quran adalah bentuk masdar sehingga maknanya adalah pengump**an. Dalam konteks ini, Al-Quran dianggap sebagai:

i. Pengump**an Wahyu: Wahyu yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril.
ii. Bacaan yang dihimpun secara sistematik dalam satu kitab.

Firman Allah dalam surah al Qiyamah ayat 17-18 yang bermaksud :
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu) (17);
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu(18)

Ibnu Abbas berkata bahawa maksudnya adalah ketika Kami telah mengumpulkan serta menetapkannya dalam dadamu, maka amalkanlah.
Justeru, sesuai dengan makna kata dasarnya yang juga 'membaca', maka adalah satu kewajipan untuk kita bukan sekadar membaca, malah memahami, merenung maksudnya dan mengamalkannya.

Maka tugas kita sebagai hamba, berpeganglah dan berpandulah kepada manual kehidupan kita ini agar tidak tersasar dan tidak tersesat dalam mengemudi arah hidup. Dan kitab itu adalah panduan bagi orang-orang yang bertaqwa.

3) Setelah meyakini akan panduan hidup yang dibekalkan tanpa keraguan, tugas kita sebagai hamba bermula dengan menunaikan kewajipan solat yang difardhukan ke atas kita 5 waktu sehari semalam, percaya kepada perkara ghaib dengan mengimani 6 tiang rukun iman dan memanifestasikan keimanan itu dengan melaksanakan 5 tiang rukun Islam.

Kata akar bagi Solat ialah صلّى yang membawa maksud perbaikan, yakni lawan kepada al fasad iaitu kerosakan. Seringkali kedua perkataan ini digunakan khusus untuk perbuatan. Kata akar ini juga membawa maksud perdamaian khusus digunakan untuk menunjukkan hilangnya perselisihan di antara manusia dan melalui kata akar ini juga terbit kata soleh yakni baik dengan merujuk kepada hamba yang soleh. Imam al-Nawawi menyatakan asal bagi perkataan (الصلاة) dari sudut bahasa adalah doa. Perkataan (صلّى) dari sudut bahasa, boleh membawa pelbagai makna seperti doa, istighfar, keampunan, kasih sayang, dan lain-lain yang berkaitan, bergantung kepada konteks ayat. (الصلاة) juga boleh membawa dua makna;
(i) Doa dan memohon keberkatan
(ii) ibadah.

Perkataan (الصلاة) dari sudut istilah sebagaimana pandangan jumhur ulama’, ia bermaksud: Perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang bermula dengan takbir dan berakhir dengan salam berserta niat dan syarat-syarat yang tertentu.
(Ruj : https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-afkar/2854-al-afkar-30-allah-bersembahyang-kepada-muhammad )

Untuk memahami solat secara mudah :
i. Lihat ia sebagai hubungan dengan Allah, bukan hanya ritual.
- Sebagai Pengingat: Solat lima waktu mengingatkan kita untuk sentiasa kembali kepada Allah dalam setiap urusan kehidupan.
- Penawar Hati: Solat dapat menenangkan hati yang resah

ii. Fahami maksud bacaan dan gerakan agar lebih memaknainya.
- Rasakan kehadiran Allah dalam setiap gerakan dan bacaan, sehingga solat menjadi saat yang mendamaikan hati.

iii. Jadikan ia masa peribadi untuk berbicara dengan Allah.
- Anggaplah solat sebagai waktu istimewa untuk berbicara dengan Allah, di mana kita dapat meluahkan rasa syukur, memohon keampunan, dan meminta pertolongan dan tanda terima kasih kita kepada Allah atas segala nikmatNya.

v. Amalkan dengan ikhlas, bukan sekadar kewajipan.

Dengan cara ini, solat akan menjadi lebih bermakna dan membantu kita mendekatkan diri kepada Allah dalam kehidupan seharian.

4) Setiap rezeki yang dilimpahkan buat kita, terselit rezeki orang lain dan di sini Allah mengajar kita untuk berinfaq. Infaq berasal dari akar kata Arab 'nafaqa', yang bermaksud "terowongan." Dalam konteks Islam, infaq bermakna mengeluarkan sebahagian harta atau rezeki yang dimiliki untuk digunakan di jalan Allah, sama ada untuk kepentingan peribadi, masyarakat, atau agama. Ia merangkumi sedekah wajib (zakat) dan sedekah sunat. Berinfaq mencerminkan keimanan yang kukuh dan sebenarnya 'menyihatkan' jiwa. Di sini kita boleh kaitkan kata akar infaq itu sebagai terowong yang berfungsi membantu pengaliran sesuatu trafik. Bayangkan jika terowong tersumbat, apa yang bakal terjadi? Begitulah hikmah infaq untuk kita dalam menyucikan jiwa dari sifat bakhil yang boleh merosakkan amalan.

Perlu diingat juga, kemunafikan juga berasal dari kata akar yang sama iaitu nafaqa. Jadi, renung-renungkanlah apa yang tersirat jauh di sebalik makna ini dan kaitannya.

Banyak yang boleh dihuraikan dan dibincangkan daripada 5 ayat surah Al Baqarah ini dan setiap kupasan bagi setiap kata kunci ayat2 ini mampu membuatkan kita tersedar, betapa banyak yang perlu kita lakukan untuk menjadi hamba Allah yang Bertaqwa, yang diredhaiNya dan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Sama-sama kita telusuri dan menyelam ke dasar lautan 5 ayat Al Baqarah ini untuk lebih memahami dan memaknainya untuk diaplikasikan dalam kehidupan agar kita benar-benar menjadi orang-orang yang beruntung dunia dan akhirat.

Rujukan kata akar : Kamus Al Quran Ar-Raghib Al Ashfahani.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberi kita kesempatan untu...
01/01/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberi kita kesempatan untuk melangkah ke tahun baru 2025 dengan penuh kesyukuran. Lebih istimewa, tahun ini dimulakan dengan bulan Rejab, salah satu daripada bulan-bulan haram (asyhurul hurum) yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

إِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثْنَا عَشَرَ شَهْرًۭا فِى كِتَـٰبِ ٱللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ مِنْهَآ أَرْبَعَةٌ حُرُمٌۭ ۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا۟ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَـٰتِلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ كَآفَّةًۭ كَمَا يُقَـٰتِلُونَكُمْ كَآفَّةًۭ ۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ ٣٦

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
— (Surah At-Taubah: 36)

Rejab adalah masa terbaik untuk bermuhasabah, memperbanyakkan amal soleh, dan mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadan yang penuh keberkatan. Rasulullah SAW sendiri berdoa ketika memasuki bulan ini:

"Ya Allah, berkahilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan."
— (HR Ahmad dan Al-Baihaqi)

Marilah kita gunakan peluang ini untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia. Jadikan tahun ini permulaan kepada kehidupan yang lebih baik, penuh dengan pengabdian kepada-Nya, dan semangat untuk menjadi insan yang soleh.

Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan daripada-Nya.

Address

Shah Alam

Telephone

+60197187678

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Rehlah Akal Insan Soleh - RAIS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Rehlah Akal Insan Soleh - RAIS:

Share