20/07/2026
Bintang KWIM Selangor 2026/27
Dalam sesebuah pertandingan, hanya seorang akan dinobatkan sebagai juara.
Namun di Anugerah Wanita Ikon Selangor 2026/2027, kami percaya bahawa kecemerlangan hadir dalam pelbagai bentuk.
Atas komitmen untuk mengekalkan nilai eksklusiviti, menghargai kepelbagaian kepakaran serta meraikan impak yang dibawa oleh setiap wanita luar biasa, Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) Selangor memperkenalkan dua pengiktirafan istimewa:
⭐ Anugerah Bintang KWIM Selangor – mengiktiraf lima finalis terbaik kategori Wanita Ikon yang telah membuktikan kecemerlangan dalam bidang kepimpinan, profesionalisme dan sumbangan kepada masyarakat.
⭐ Anugerah Bintang Harapan KWIM Selangor – mengiktiraf tiga finalis terbaik kategori Wanita Ikon Muda yang menunjukkan potensi besar sebagai pemimpin wanita generasi baharu.
TAHNIAH BUAT PENERIMA ANUGERAH BINTANG KWIM SELANGOR 2026/2027
✨ Bintang Inovasi
Dr. Nurhidayah Roslan
✨ Bintang Pembangunan Bakat
Datin Seri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid
✨ Bintang Impak Sosial
Nadira Mohd Yusoff
✨ Bintang Perdagangan Global
Zuria Abdullah
✨ Bintang Pembangunan Jenama
Norfazlina Mohd Faozi
Anugerah ini bukan sekadar simbol penghargaan, tetapi sebuah pengiktirafan terhadap dedikasi, integriti, kepimpinan dan impak yang telah dicurahkan dalam bidang masing-masing.
Tahniah kepada semua penerima. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan, memperkasa komuniti dan menginspirasikan lebih ramai wanita untuk berani memimpin perubahan.
✨ Kerana setiap wanita hebat mempunyai sinarnya yang tersendiri. Dan sinar itulah yang kami raikan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada LADO By The Lake selaku Penaja Utama, serta Glister, Dr. Anne, Anggun Chitra, Siti Murni, MEDIV, NIMS dan Sugarbomb selaku Penaja Bersama, atas sokongan dan kepercayaan dalam menjayakan Anugerah Wanita Ikon Selangor 2026/2027.