Kempen Syria Di Hatiku: adalah salah satu inisiatif kemanusiaan oleh Pertubuhan Peduli Insan Malaysia untuk memberikan bantuan kecemasan kepada para pelarian di kem Syria Maka, timbul ketika itu cadangan bagi menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan sokongan dan bantuan kemanusian di sana memandangkan masih begitu ramai yang berisiko kehilangan nyawa jika tidak menerima bantua
n yang sewajarnya. Tumpuan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Insan Care) sehingga hari ini sudah tentulah lebih kepada misi kemanusiaan, seiring dengan visinya dalam menjaga isu kemanusiaan melangkaui sempadan. Pertubuhan ini bergerak pada peringkat awalnya dengan nama SYRIA DI HATIKU yang merupakan salah satu sayap dari Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM), yang dibina sebagai kesinambungan tradisi ilmu ulama di Syria. Skop utama Persidam ketika itu menanungi dan menguruskan beberapa institusi pendidikan di Malaysia. Bergerak bersama aktiviti pendidikan ini aktiviti-aktiviti kemanusiaan
Setelah bergerak seiring bersama beberapa tahun, demi mengembangkan lagi dua misi ini menjadi lebih luas, Ahli Jawatankuasa Persidam memutuskan untuk mengasingkan projek kemanusian bergerak dengan sendirinya atas nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Insan Care) yang diasaskan pada tahun 2018. Ketika ini, Insan Care tidak lagi menumpukan kerja kebajikan khusus untuk satu negara sahaja, bahkan berkembang dalam kerangka yang lebih luas meliputi negara-negara lain yang juga memerlukan bantuan dan sokongan kemanusiaan. Sehingga kini misi kemanusiaan Insan Care dirangka dan dilaksanakan secara langsung dan aktif bukan sahaja di Syria tetapi juga di Malaysia. Ketika ini, Insan Care juga telah memiliki cawangannya sendiri di Turki dan Syria selain dua cawangan di Malaysia.