04/07/2024
04/07/2024.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Belia Jatidiri Serendah diatas penganjuran program kursus tersebut. Diharapkan program tersebut dapat dilaksanakan dengan baik dan dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat.
KPPMS juga turut memberi sumbangan kepada KBJS bagi merealisasikan program kursus ini tanda sokongan KPPMS kepada kelab tersebut.
KPPMS akan sentiasa menyokong program-program yang membangun jatidiri sejati masyarakat setempat demi survival agama , bangsa dan tanah air demi masa hadapan. Semoga KBJS terus maju jaya hendaknya.
28/06/2024 | 21 Zulhijjah 1445H.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan strategik yang bersama dalam menjayakan kursus kali ini. Tanpa anda semua sudah pasti kursus ini tidak akan dapat kita laksanakan.
Terima kasih juga diucapkan kepada Puan June Leow (Penasihat Kehormat KBJS merangkap Mantan Ahli Parlimen Hulu Selangor) yang sehingga kini tanpa jemu membantu KBJS dalam menjayakan pelbagai aktiviti pembangunan jatidiri sejati belia khususnya di kawasan Hulu Selangor.
Paling menarik dalam kursus ini adalah ianya juga merupakan salah satu program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) melalui Komponen Penjelajahan Lasak. Semoga semua peserta ARPRM yang terlibat dalam kursus kali ini dapat menamatkan kem mereka dengan jayanya.
Bagi mereka yang terlibat , Jumpa anda semua disana 😊