Kembara Insani

Kembara Insani Fokus: Kebajikan dan Literasi

Bank: BIMB12177010005200 https://linktr.ee/kembarainsani

Persatuan Kebajikan Kembara Insani
PPM-025-10-06082018

Visi: Membina masyarakat yang percaya kepada potensi diri dan mampu berubah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Kemaskini TerkiniSetakat 4 Mac 2026 seramai 818 penerima sumbangan yang terditi daripada golongan asnaf, rakan jalanan (...
09/03/2026

Kemaskini Terkini
Setakat 4 Mac 2026 seramai 818 penerima sumbangan yang terditi daripada golongan asnaf, rakan jalanan (gelandangan), warga emas dan mereka yang tidak berkemampuan.

Di sebalik setiap juadah yang sampai, ada insan yang memberi dengan hati penuh ikhlas.
Doa kami titipkan agar setiap kebaikan dibalas dengan keberkatan dan kemudahan dalam setiap langkah.

Masih ada ruang untuk berkongsi kebaikan - setiap sumbangan, sekecil mana pun, pasti dihitung oleh-NYA.

121770 1000 5200 Bank Islam
Persatuan Kebajikan Kembara Insani
Ref Santuni Kasih




SANTUNI KASIH RAMADAN 2026Update Terkini: RM6,328 Berjaya Dikumpul! Terima kasih atas kepercayaan para dermawan sekalian...
05/03/2026

SANTUNI KASIH RAMADAN 2026

Update Terkini: RM6,328 Berjaya Dikumpul! 

Terima kasih atas kepercayaan para dermawan sekalian. Jumlah ini membawa makna yang sangat besar bagi kelancaran agihan iftar/moreh/sahur kita tahun ini.

Walau bagaimanapun, kami masih mengalu-alukan sumbangan daripada anda semua untuk mencukupkan sasaran bagi membantu lebih ramai penerima manfaat. Rebutlah peluang keemasan ini sementara Ramadan masih berbaki.

Sama-sama kita menjadi asbab kegembiraan orang lain hari ini.

121770 1000 5200 Bank Islam
Persatuan Kebajikan Kembara Insani
Ref SantuniKasih



Marhaban Ya Ramadan 🌙Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga setiap amal ibadah dan usaha kebajikan kita diterima serta ...
18/02/2026

Marhaban Ya Ramadan 🌙

Selamat menunaikan ibadah puasa.

Semoga setiap amal ibadah dan usaha kebajikan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT.


KELAS TUISYEN PERCUMA KEMBARA INSANISelepas lebih tiga tahun direhatkan, Program Pendidikan Kembara Insani kembali menyi...
16/02/2026

KELAS TUISYEN PERCUMA KEMBARA INSANI

Selepas lebih tiga tahun direhatkan, Program Pendidikan Kembara Insani kembali menyinar pada awal Februari lalu. Alhamdulillah, usaha yang tertangguh kini disambung semula dengan semangat yang lebih segar dan komitmen yang lebih tersusun.

Fokus program pada tahun ini diberikan khusus kepada anak-anak berusia 4 hingga 8 tahun yang masih belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Kami percaya, intervensi awal yang konsisten mampu mengubah keseluruhan perjalanan pendidikan mereka.

Gambar 1 - 6 : Sesi pendaftaran pada 3q Januari 2026. Anak-anak sangat teruja kerana berpeluang menerima sumbangan makanan dan minuman dari penyumbang budiman pada hari itu dalam suasana yang kondusif dan berfokus.

Gambar 7 - 13 : Sesi pembelajaran raami bermula dan kelas diadakan pada setiap hari Ahad.

Kami membuka ruang kolaborasi kepada individu atau organisasi yang ingin menyokong dari segi penajaan bahan pembelajaran dan keperluan program agar kelas ini dapat dijalankan secara konsisten dan berkualiti.

Pada masa yang sama, kami turut mengalu-alukan penyertaan sebagai tutor sukarelawan buat mereka yang ingin menyumbang masa dan kepakaran dalam membimbing anak-anak ini.

Semoga usaha kecil ini dapat digerakkan bersama demi membina asas pendidikan yang lebih kukuh dan bermakna buat mereka



#

Sumbangan Barangan Dapur kepada 12 buah keluarga di Lembah Kelang.Seramai 12 buah keluarga di sebuah pangsapuri di Lemba...
15/02/2026

Sumbangan Barangan Dapur kepada 12 buah keluarga di Lembah Kelang.

Seramai 12 buah keluarga di sebuah pangsapuri di Lembah Kelang telah menerima sumbangan dari Kembara Insani berupa barangan dapur iaitu telur, beehon, minyak masak, sardin dan susu bersempena program yang dianjurkan oleh IMU pada 10 Februari 2026 yang lalu. Selain itu sumbangan sebanyak RM50 dari pihak IMU turut disampaikan.

Pembelian barangan dapur ini adalah dari tabungan sumbangan yang diterima dari para penyumbang yang sentiasa menyokong usaha untuk membantu mereka yang memerlukan. Terima kasih di atas kasih sayang ini 💚

Bank Islam 121770 1000 5200
Persatuan Kebajikan Kembara Insani

Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadan. Riwayat At Tirmidzi.InsyaAllah 8 hari lagi kita akan menyambut bul...
10/02/2026

Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadan. Riwayat At Tirmidzi.

InsyaAllah 8 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia, bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan.

Pada Ramadhan kali ini kami dengan rendah hati sekali lagi menjemput semua sahabat-sahabat yang budiman untuk bersama-sama kami menyantuni penerima untuk Iftar/Moreh/Sahur Ramadhan kepada golongan asnaf, pelajar-pelajar IPTA / sekolah, warga emas, miskin bandar dan yang memerlukan di sekitar Lembah Klang.

Sasaran agihan kami ialah seramai 500 penerima untuk selama 25 hari sepanjang Ramadhan.

Santuni Kasih Ramadan berkonsepkan “Green Iftar/Moreh/Sahur” dimana penerima akan membawa bekas makanan dan minuman masing-masing atau juadah akan dibungkus menggunakan bekas kitar semula. Tiada pek makanan dan minuman plastik disediakan bagi menjaga kelestarian alam.

Jom bersama-sama dengan kami dalam program Ramadan tahun ini. Sumbang seikhlas hati. TIada had minimum 🤍

Salurkan sumbangan anda ke:

🌼 Bank Islam 121770 1000 5200
🌼 Persatuan Kebajikan Kembara Insani
🌼 Ref: SantuniKasih

Update Jumlah Sumbangan Back To School 2026.Sebanyak RM2,095 berjaya dikumpul bagi program Back To School 2026 kali ini....
13/01/2026

Update Jumlah Sumbangan Back To School 2026.

Sebanyak RM2,095 berjaya dikumpul bagi program Back To School 2026 kali ini.

Terima kasih di atas sokongan dan sumbangan anda sama ada dalam bentuk tunai, berkongsi posting atau menyebarkan maklumat tentang program ini.

Terima kasih di atas sokongan berterusan ini 🤍




Kemas kini Program Back To School 2026.Bersempena hari pertama persekolahan tahun ini, Program Tahunan Back to School an...
13/01/2026

Kemas kini Program Back To School 2026.

Bersempena hari pertama persekolahan tahun ini, Program Tahunan Back to School anjuran telah berjaya dilaksanakan buat tahun ke-6 dengan menyantuni lebih 300 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Desa Setapak Kuala Lumpur pada 12 Januari 2026.

Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kembara Insani dalam menyokong kebajikan serta akses pendidikan anak-anak yang memerlukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para dermawan serta penyumbang yang telah menghulurkan sokongan terutama dari segi wang ringgit.

Selepas program Back to School, Kembara Insani akan menjalankan program susulan yang memberi sokongan akademik, pembangunan kemahiran asas dan insaniah, serta peluang setara bagi pelajar-pelajar-pelajar Pendidikan Khas dan arus perdana. Program ini bertujuan memberi dorongan berterusan untuk belajar, membina keyakinan diri dan menimba kemahiran. Semoga setiap usaha dan sokongan hari ini memberi inspirasi kepada mereka untuk terus belajar dan berjaya di masa depan.




Alhamdulillah setakat jam 3:00 petang ini seramai 183 orang pelajar Insya-Allah akan menerima tajaan kit alat tulis dan ...
08/01/2026

Alhamdulillah setakat jam 3:00 petang ini seramai 183 orang pelajar Insya-Allah akan menerima tajaan kit alat tulis dan pensel warna bersempena hari pertama persekolahan yang bermula pada 12 Januari 2026 ini.

Agihan sumbangan akan dibuat pada hari pertama persekolahan, sebaik sahaja para pelajar tiba di pintu utama sekolah. Diharapkan sumbangan ini dapat menceriakan hati mereka dan menyuntik semangat untuk memulakan sesi persekolahan yang baharu. Walaupun kecil, inilah tanda sokongan dan keprihatinan kita bersama buat para pelajar agar mereka berasa dihargai dan disokong.

Sumbangan masih diterima dan amat dialu-alukan bagi mereka yang ingin turut sama menyumbang serta berkongsi rezeki.

Bank Islam
121770 1000 5200
Persatuan Kebajikan Kembara Insani
Ref B2S2026

Bagi pihak yang ingin menyumbang dalam bentuk barangan, sila hubungi pasukan Kembara Insani untuk maklumat lanjut dan urusan seterusnya.



Assalamualaikum! Info terkini PROJEK SUMBANGAN KEPERLUAN MAKANAN ASAS : SMK BATU MUDA KUALA LUMPUR 15 OKTOBER 2025Kami i...
21/10/2025

Assalamualaikum!

Info terkini PROJEK SUMBANGAN KEPERLUAN MAKANAN ASAS : SMK BATU MUDA KUALA LUMPUR 15 OKTOBER 2025

Kami ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang kepada kempen Projek Sumbangan Keperluan Makanan Asas.

Alhamdulillah, baru-baru ini dengan bantuan sumbangan yang diterima seramai 30 orang pelajar asnaf dari SMK Batu Muda Kuala Lumpur telah menerima sumbangan berupa beras, minyak masak, telur, kicap dan gula.

Jazakumullahu khayran katheera di atas sokongan anda semua. Kempen ini masih berjalan dan sebuah sekolah masih menunggu sumbangan yang diperlukan.

Anda boleh menjadi sebahagian daripada kempen ini dengan membuat sumbangan serta menyebarkan kempen ini di media sosial. Klik link di Bio untuk menyumbang.

Teruskan menyumbang agar lebih banyak keluarga yang dapat dibantu in shaa Allah!

Bank Islam 121770 1000 5200
Persatuan Kebajikan Kembara Insani
Ref Barang Dapur





Kempen Sumbangan Asas Makanan masih berjalan! Insya-Allah pada minggu terakhir bulan September / awal bulan Oktober 2015...
19/09/2025

Kempen Sumbangan Asas Makanan masih berjalan!

Insya-Allah pada minggu terakhir bulan September / awal bulan Oktober 2015, seramai sejumlah 70 orang pelajar yang memerlukan dari tmdua buah sekolah menengah di sekitar Lembah Kelang bakal disantuni dengan sumbangan barangan asas makanan (barang dapur) untuk dibawa pulang dan dikongsi bersama ahli keluarga di rumah ❤️

Sumbangan seikhlasnya boleh disalurkan melalui :

1. Klik link di Bio ℹ️

2. Perbankan atas talian ke akaun rasmi Persatuan Kebajikan Kembara Insani 121770 1000 5200. Ref Barang Dapur.

Terima kasih rakyat Malaysia 🇲🇾




Mungkin Kecil Bagi Kita, Tapi Besar Maknanya Untuk Mereka. Kembara Insani sering menerima permintaan bantuan daripada ko...
17/09/2025

Mungkin Kecil Bagi Kita, Tapi Besar Maknanya Untuk Mereka.

Kembara Insani sering menerima permintaan bantuan daripada komuniti seluruh Malaysia.

Baru-baru ini, dua sekolah di Lembah Klang memohon sumbangan barangan dapur untuk pelajar kurang berkemampuan dan pelajar pendidikan khas.

🎯 Sasaran bantuan:
70 set barangan dapur asas seperti:
• Beras
• Gula
• Kicap
• Minyak Masak
• Telur
• Bawang

Kos setiap set: RM50
Sasaran kutipan: RM3,500

Kami juga mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk barangan. DM kami untuk info lanjut.

Sudikah anda menjadi sebab mereka tersenyum?

💖 "Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima."

📥 Salurkan sumbangan ke:

🌼 Bank Islam
🌼 121770 1000 5200
🌼 Persatuan Kebajikan Kembara Insani
🌼 Ref: Barang Dapur

Address

Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Insani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share