Pertubuhan Pendidikan Islam Manarat - PEPIM

Pertubuhan Pendidikan Islam Manarat - PEPIM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Pendidikan Islam Manarat - PEPIM, Community Organization, No. 42-2, Jalan Elektron F U16/F, Seksyen U16, Denai Alam, Shah Alam.

PROGRAM IBADAH KORBAN 2022PEPIM  pada tahun ini buat julung kalinya akan menganjurkan  program ibadah korban bertempat d...
13/06/2022

PROGRAM IBADAH KORBAN 2022

PEPIM pada tahun ini buat julung kalinya akan menganjurkan program ibadah korban bertempat di Mutur, Sri Lanka. Oleh yang demikian kami menyeru kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil bahagian dalam ibadah korban, menyertai program ini kerana terdapat ramai golongan miskin muslim di Sri Lanka memerlukan bantuan makanan.

Maklumat Ibadah Korban Sri Lanka:

- Satu bahagian LEMBU : RM270
- Seekor LEMBU : RM1890

Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai Program Ibadah Korban Sri Lanka boleh mengisi butiran maklumat di bawah kemudian hantar ke talian 012-6149652 (Ustaz Kasim) menerusi Whatsapp.

Nombor Telefon :
Emel :
Tujuan : Korban / Aqiqah

Nama Peserta:

1._______________________________________________________
2._______________________________________________________
3._______________________________________________________
4._______________________________________________________
5._______________________________________________________
6._______________________________________________________
7._______________________________________________________

Jumlah Bayaran: RM_____________

Sila buat bayaran secara dalam talian (online transfer) ke akaun berikut:

MAYBANK (52085639032)
PERTUBUHAN PENDIDIKAN ISLAM MANARAT

Sila hantar resit pembayaran menerusi Whatsapp ke talian 012-6149652 (Ustaz Kasim). Para peserta akan menerima resit melalui hantaran emel.

PENGANJUR:
Pertubuhan Pendidikan Islam Manarat (PEPIM)

PENYELIA:
1.DR KASIM RAMLI
Penysarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

2.DR. SOFIA HAYATI YUSOFF
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

3.Ustaz Raheem Ibrahim (Sri Lanka)
Greenview International Islamic School

14/04/2022

SMIDAS Dicalonkan Sebagai Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri tahun 2022

Hari ini (14/4/2022), SMIDAS menerima kedatangan tetamu daripada Bahagian Pendidikan Islam, Jab Agama Islam Selangor (JAIS). Lawatan singkat ini bertujuan bagi membuat pemantauan ke atas SMIDAS selepas tercalon sebagai Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri tahun 2022.

Delegasi dari JAIS terdiri daripada Ustazah Jamaliah Binti Hasan dan Ustazah Nor Amalina Binti Ab Wahab, sementara SMIDAS diwakili oleh Tuan Pengetua, Encik Abdul Hamid Majdi Bin Yusoff dan Ustazah Ruhaiah Binti Ejan.

Bersama-sama kita memanjatkan kesyukuran dengan pencalonan ini dan berdoa agar SMIDAS diberi kejayaan dunia dan akhirat.

Program Kuliah Dhuha : Menanti Ramadhan "Merungkai 1001 Persoalan Fiqh Ramadhan" Bersama Ustaz Fauwaz Fadzil NoorTarikh ...
09/03/2022

Program Kuliah Dhuha : Menanti Ramadhan "Merungkai 1001 Persoalan Fiqh Ramadhan"
Bersama Ustaz Fauwaz Fadzil Noor
Tarikh : 19 Mac 2022
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Utama SMIDAS

Pendaftaran kehadiran bagi yang berminat :
https://forms.gle/s2bWdFB6qF4G743PA

sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia (En.Syamel) : 012 697 3117

Paradigm Mind Shift Camp 2022 anjuran SMI Manarat Darus Salim kerjasama PEPIM.
02/03/2022

Paradigm Mind Shift Camp 2022 anjuran SMI Manarat Darus Salim kerjasama PEPIM.

PEPIM akan menganjurkan Kuliah Dhuha sempena kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi. Sila kosongkan tarikh anda pada ...
10/02/2022

PEPIM akan menganjurkan Kuliah Dhuha sempena kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi. Sila kosongkan tarikh anda pada hari berkenaan dan datang beramai-ramai. Kita akan merungkai 1001 persoalan fiqh ramadhan bersama Al-Fadhil, Ustaz Fauwaz Fadzil Noor.

Dr.Sofia Hayati sempat membantu beberapa keluarga lagi yang terkesan dengan banjir di Kampung Melayu Subang.Bantuan yang...
04/01/2022

Dr.Sofia Hayati sempat membantu beberapa keluarga lagi yang terkesan dengan banjir di Kampung Melayu Subang.

Bantuan yang diberikan berupa air minuman, pakaian dan alas tidur.

Terima kasih kepada penderma-penderma!

02/01/2022

Suasana sekitar kawasan rumah yang dibantu di Kg Sri Tanjung, Dengkil selepas Banjir.

Alhamdulillah, hari ini kami berjaya membuat program kebajikan sulung dengan usahasama Kompleks Surau Darus Salim. Seban...
02/01/2022

Alhamdulillah, hari ini kami berjaya membuat program kebajikan sulung dengan usahasama Kompleks Surau Darus Salim. Sebanyak 5 buah keluarga di Kampung Sri Tanjung, Dengkil yang terjejas teruk akibat banjir dibantu.

Bantuan berupa wang ringgit, air minuman, pakaian dan alas tidur disampaikan kepada keluarga yang terjejas dengan harapan ia serba sedikit meringankan bebanan.

Team PEPIM dihadiri oleh Saudara Pengerusi sendiri iaitu Abd Hamid Majdi bersama Dr. Sofia Hayati dan Iqbal Ansor. Manakala wakil Kompleks Surau Darus Salim dihadiri Ketua Muslimat, Ustazah Ruhaiah Ejan dan AJK surau, Muhd Ammar Yusoff.

Address

No. 42-2, Jalan Elektron F U16/F, Seksyen U16, Denai Alam
Shah Alam
40160

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Pendidikan Islam Manarat - PEPIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share