Rasuah Busters

Call Directions Website Contact the organization

Rasuah Busters Kempen adalah gelombang gerakan rakyat demi rakyat untuk menghapuskan budaya RASUAH! https://linktr.ee/rasuahbusters

Disclaimer:
Rasuah Busters is not responsible for any views and opinions expressed through this social site. It is the personal view of the account owner and does not necessarily reflect our views and positions.

19/10/2026

Jangan wariskan kesalahan yang kita lakukan. Wariskan keberanian untuk memilih yang benar.

Anak-anak tak minta harta yang melimpah, cukup sekadar kehidupan yang baik dan rezeki yang berkat. 🤍Jangan sampai demi k...
16/10/2026

Anak-anak tak minta harta yang melimpah, cukup sekadar kehidupan yang baik dan rezeki yang berkat. 🤍

Jangan sampai demi kesenangan hari ini, kita menggadaikan masa depan mereka. Mereka mungkin belum mengerti dari mana datangnya setiap rezeki, tetapi kitalah yang bertanggungjawab menentukan nilai yang mereka warisi.






Anak muda hari ini bukan sekadar menunggu peluang, tetapi mencipta peluang. 🚀Dengan idea yang berani, kreativiti tanpa b...
16/10/2026

Anak muda hari ini bukan sekadar menunggu peluang, tetapi mencipta peluang. 🚀

Dengan idea yang berani, kreativiti tanpa batas dan teknologi di hujung jari, generasi muda mampu membawa perubahan yang besar. Mereka bukan hanya pewaris masa depan, tetapi pembina masa depan.

Namun, kejayaan sebenar bukan sekadar tentang kepintaran dan pencapaian, tetapi juga tentang nilai, prinsip dan integriti yang dipegang.






16/10/2026

🇲🇾 Malaysia100

Negara terus maju, ekonomi terus berkembang, rakyat terus bekerjasama dan yang paling penting, kesejahteraan dapat dirasai oleh semua.

Kerana Malaysia100 bukan hanya tentang sejauh mana negara kita melangkah, tetapi bagaimana kita bersama-sama membina masa depan yang lebih sejahtera.






[Sedang Berlangsung]Hari ini Rasuah Busters berada di TvetMara MJII Beranang bagi bersama pelajar dan warga TVET Mara se...
16/10/2026

[Sedang Berlangsung]

Hari ini Rasuah Busters berada di TvetMara MJII Beranang bagi bersama pelajar dan warga TVET Mara sempena Jelalah IPMA 2026 bersama Mara. MAJLIS AMANAH RAKYAT

MJII merupakan lokasi terakhir bagi jelajah ini bagi tahun ini.

Semoga segala input dikongsikan menjadi ilmu berguna buat semua.






16/10/2026

Keharmonian sebenar bermula di meja makan rumah kita.

Sebab kejayaan sebenar bukan hanya pada berapa banyak A yang kita dapat, tapi siapa kita bila ilmu itu digunakan dalam k...
15/10/2026

Sebab kejayaan sebenar bukan hanya pada berapa banyak A yang kita dapat, tapi siapa kita bila ilmu itu digunakan dalam kehidupan.

Biar pandai ilmunya, baik akhlaknya dan teguh prinsipnya. ❤️🇲🇾






Alhamdulillah! Kita sambung Jelajah Antirasuah IPMA 2026 ke TvetMara MJII p**a esok!Jelajah ini dibawakan khas oleh Majl...
15/10/2026

Alhamdulillah! Kita sambung Jelajah Antirasuah IPMA 2026 ke TvetMara MJII p**a esok!

Jelajah ini dibawakan khas oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). MAJLIS AMANAH RAKYAT

Nantikan kedatangan kami!🚘🚨​

Jumpa kenderaan kami boleh bagi hon satu kali ya!






15/10/2026

100 tahun kemerdekaan bukan sekadar tentang sejauh mana negara kita membangun, tetapi tentang apa yang kita wariskan kepada generasi selepas kita.

Seorang pelajar ini punya harapan yang sederhana, tetapi besar maknanya — mahu membekalkan anak cucu dengan ilmu agama agar mereka membesar dengan ilmu, iman dan nilai yang menjadi pegangan hidup.

Dan buat Malaysia, harapannya juga satu: semoga pentadbiran negara terus diperbaiki, lebih amanah, lebih telus dan lebih baik untuk generasi akan datang.

Kerana kemerdekaan yang sebenar bukan hanya bebas daripada penjajahan, tetapi bebas daripada ketamakan, salah guna kuasa dan pengkhianatan terhadap amanah.

100 tahun nanti, biarlah kita wariskan Malaysia yang lebih baik. 🇲🇾





Anak cucu bukan sekadar mewarisi nama dan harta, tetapi juga nilai yang kita tinggalkan. ❤️Didik mereka supaya tahu memb...
15/10/2026

Anak cucu bukan sekadar mewarisi nama dan harta, tetapi juga nilai yang kita tinggalkan. ❤️

Didik mereka supaya tahu membezakan antara hak dan kepentingan, antara prinsip dan keuntungan. Biar mereka membesar dengan keberanian untuk berkata tidak pada jalan yang salah, walaupun peluang terbuka luas di depan mata.

Kerana masa depan bangsa bukan hanya ditentukan oleh siapa yang memimpin hari ini, tetapi oleh nilai yang kita semai dalam generasi seterusnya. 🌱






Address

Jalan Renggam 15/5, Persiaran
Shah Alam
40200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rasuah Busters posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rasuah Busters:

Shortcuts

Share