26/07/2026
SHAH ALAM, 26 Julai – Alhamdulillah, Siri ke 2 Kelas Tarbiyatul Aulad anjuran ISMA Kota Raja dengan kerjasama Surau Ar-Rawdhah Seksyen 30, Shah Alam telah berjaya dilaksanakan. Seramai 30 ibu-ibu bersama anak-anak menyertai kelas tersebut.
Pengajian tarbiyatul aulad yang disampaikan oleh Dr Syafaf Binti Jumiran itu mengetengahkan tema “Didik Dengan Kasih, Bimbing Dengan Hikmah, Bentuk Generasi Rabbani”, memberi penekanan terhadap peranan ibu bapa dalam membina keluarga yang sejahtera dan melahirkan generasi berakhlak mulia.
Besar harapan supaya semua ibu-ibu terus kekal istiqomah dan semoga penganjuran kelas seumpama ini dapat memperkukuhkan lagi ilmu keibubapaan dan mengeratkan hubungan dalam komuniti.
Sesungguhnya kita semua bukan sekadar ibubapa tetapi kita sedang membina generasi.