Yayasan WAJA

Yayasan WAJA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yayasan WAJA, Charitable organisation, 30A-1, Jalan Kota Raja E 27/E, Hicom Town Centre, Sekysen 27, Kampung Baru Hicom, Shah Alam.

09/04/2026
SEMARAK MAHABBAH AIDILFITRI YAWA 2026Alhamdulillah, majlis Semarak Mahabbah Aidilfitri & Penyampaian Sumbangan YAWA 2026...
09/04/2026

SEMARAK MAHABBAH AIDILFITRI YAWA 2026

Alhamdulillah, majlis Semarak Mahabbah Aidilfitri & Penyampaian Sumbangan YAWA 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan penuh makna pada 8 April 2026 bertempat di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh yang agak singkat, segala urusan dipermudahkan hasil kerjasama erat dan komitmen tinggi daripada seluruh ahli jawatankuasa serta sukarelawan yang terlibat. Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini dengan begitu baik.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim sempena Aidilfitri, malah turut memberi ruang untuk kita berkongsi rezeki dan menyantuni mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat memberi sedikit kegembiraan dan manfaat kepada para penerima.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada para penyumbang, tetamu kehormat, serta semua yang hadir memeriahkan majlis. Sokongan anda amat bermakna dalam memastikan kelangsungan usaha murni seperti ini.

Semoga semangat kebersamaan dan kasih sayang ini terus mekar dalam hati kita semua. ๐Ÿค

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan kesejahteraan buat kita semua.

Dengan tulus ikhlas daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan seluruh warga kerja Yayasan WAJA.

Assalamualaikum WBT sahabat yang dirahmati Allah SWT.InsyaAllah Kuliah seterusnya dari Al- Fadhil Ustaz Imam Muda Mohd H...
27/03/2026

Assalamualaikum WBT sahabat yang dirahmati Allah SWT.

InsyaAllah Kuliah seterusnya dari Al- Fadhil Ustaz Imam Muda Mohd Hafiz bin Abdul Khodir akan bersiaran melalui ZOOM dengan ketetapan seperti berikut:

HARI / TARIKH : JUMAAT 3 APRIL 2026
MASA : 9.00 PAGI
KULIAH : TAFSIR SURAH AR-RAHMAN

Boleh ikuti siaran langsung kuliah ini dengan mengimbas QR Code di poster atau melalui pautan di bawah:

https://us06web.zoom.us/j/83583362572?pwd=OVZLL0xuYjkxUmVDS3MwN3hUM2EvUT09

Jangan ketinggalan untuk mengikutinya siri pengajian.

19/03/2026

Salam Aidilfitri
Taqabbalallahu minna wa minkum.

Ikhlas daripada Yayasan WAJA,
Maaf zahir dan batin.

Selamat Menyambut Nuzul Al-QuranSemoga peristiwa Nuzul Al-Quran ini mengingatkan kita semua akan betapa agungnya kalam A...
06/03/2026

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semoga peristiwa Nuzul Al-Quran ini mengingatkan kita semua akan betapa agungnya kalam Allah sebagai petunjuk dan panduan dalam menjalani kehidupan. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan membaca, memahami serta menghayati ajaran Al-Quran agar ia menjadi cahaya yang menerangi setiap langkah kita.

Ikhlas daripada seluruh warga kerja Yayasan WAJA.

Assalamualaikum WBT sahabat yang dirahmati Allah SWT.InsyaAllah Kuliah seterusnya dari Al- Fadhil Ustaz Imam Muda Mohd H...
05/03/2026

Assalamualaikum WBT sahabat yang dirahmati Allah SWT.

InsyaAllah Kuliah seterusnya dari Al- Fadhil Ustaz Imam Muda Mohd Hafiz bin Abdul Khodir akan bersiaran melalui ZOOM dengan ketetapan seperti berikut:

HARI / TARIKH : JUMAAT 6 MAC 2026
MASA : 8.30 PAGI
KULIAH : Ramadan: Nuzul al-Quran: Dari Gua Hiraโ€™ ke Hati Umat

Boleh ikuti siaran langsung kuliah ini dengan mengimbas QR Code di poster atau melalui pautan di bawah:

https://us06web.zoom.us/j/83583362572?pwd=OVZLL0xuYjkxUmVDS3MwN3hUM2EvUT09

Jangan ketinggalan untuk mengikutinya siri pengajian Yayasan WAJA pada setiap hari Jumaat. InsyaAllah.

Qunut witir bermula pada malam 16 RamadanSunat membaca doa qunut ketika iktidal rakaat terakhir solat witir di bulan Ram...
05/03/2026

Qunut witir bermula pada malam 16 Ramadan

Sunat membaca doa qunut ketika iktidal rakaat terakhir solat witir di bulan Ramadan bermula malam ke 16 sehingga akhir Ramadan.

Disebutkan oleh Imam al-Nawawi;

ูˆูŠู†ุฏุจ ุงู„ู‚ู†ูˆุช ุกุงุฎุฑ ูˆุชุฑู‡ ููŠ ุงู„ู†ุตู ุงู„ุซุงู†ูŠ ู…ู† ุฑู…ุถุงู†

"Sunat qunut pada akhir witir, pada setengah yang kedua (malam 16 sehingga 30) daripada Ramadan"

SILA SHARE SUPAYA LEBIH RAMAI DAPAT AMALKAN SUNNAH INI

Pada 28 February 2026, program Ziarah Persaudaraan Orang Asli Pos Lenjang telah berjaya dianjurkan dengan lancar. Progra...
02/03/2026

Pada 28 February 2026, program Ziarah Persaudaraan Orang Asli Pos Lenjang telah berjaya dianjurkan dengan lancar. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti Orang Asli dan pihak Yayasan WAJA (YAWA), sekali gus memperkukuh jalinan ukhuwah antara kedua-dua pihak.

Sepanjang pelaksanaan program ini, pelbagai aktiviti telah diadakan, termasuk pengagihan sumbangan serta aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan semua peringkat masyarakat.
YAWA ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah memainkan peranan dalam menjayakan program ini. Diharapkan inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat serta memperkukuh hubungan persaudaraan yang terjalin.

Selain itu, YAWA juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para sukarelawan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) atas sokongan serta kerjasama yang diberikan dalam merealisasikan program ini.

Address

30A-1, Jalan Kota Raja E 27/E, Hicom Town Centre, Sekysen 27, Kampung Baru Hicom
Shah Alam
40400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60351917334

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan WAJA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan WAJA:

Share