MSOSH

Call Directions Website Contact the organization

MSOSH The Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH): Recognized as Malaysia's Best Professional OSH NGO, 2024 Award Recipient.

🩸 MSOSH MENYOKONG PROGRAM DERMA DARAH 2026 ANJURAN KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD. (KSSB)Malaysian Society for Occupational S...
13/10/2026

🩸 MSOSH MENYOKONG PROGRAM DERMA DARAH 2026 ANJURAN KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD. (KSSB)

Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) telah memberikan sokongan terhadap Program Derma Darah 2026 yang dianjurkan oleh Kump**an Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) melalui penyertaan warga MSOSH dalam inisiatif kemasyarakatan ini.

Program ini merupakan satu usaha murni dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan darah, di samping menggalakkan semangat kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat.

Sebagai sebuah organisasi yang komited terhadap pembangunan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), MSOSH percaya bahawa keprihatinan terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia tidak terhad kepada persekitaran pekerjaan, malah turut merangkumi tanggungjawab terhadap komuniti.

MSOSH merakamkan penghargaan kepada Kump**an Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) atas penganjuran program yang bermakna ini serta peluang yang diberikan kepada MSOSH untuk turut memberikan sokongan.

❀️ Setitis darah, sejuta harapan.

**anSemesta

πŸ† EXCLUSIVE FOR MSOSH MEMBERS!Be part of the 44th MSOSH Awards Luncheon Ceremony 2026 β€” a prestigious gathering celebrat...
08/10/2026

πŸ† EXCLUSIVE FOR MSOSH MEMBERS!

Be part of the 44th MSOSH Awards Luncheon Ceremony 2026 β€” a prestigious gathering celebrating excellence in Occupational Safety & Health while bringing together professionals, industry leaders and organisations from across Malaysia.

This year, exclusive luncheon seats are now open to MSOSH Members from only RM400 per seat β€” inclusive of FREE 1-Year MSOSH Membership!

πŸ“… 22 October 2026
πŸ“ One World Hotel, Petaling Jaya
πŸ‘” Theme: Corporate
Why join us?

βœ… Expand Your Professional Network
Connect with OSH practitioners, industry leaders, award recipients and professionals from various sectors.
βœ… Build Meaningful Industry Connections
Meet new people, exchange ideas and create connections that may lead to future collaborations, career opportunities and professional growth.
βœ… Increase Your Professional Exposure
Be part of one of MSOSH’s major industry gatherings and engage with the wider OSH community beyond your usual professional circle.
βœ… Learn & Be Inspired by Industry Excellence
Witness the recognition of outstanding achievements and gain exposure to good practices across different industries.
βœ… Enjoy an Exclusive Networking Luncheon
Enjoy a premium luncheon experience while networking in a relaxed and professional setting.

βœ… FREE 1-Year MSOSH Membership
Enjoy an additional one-year MSOSH membership as part of this exclusive luncheon offer.

🎁 PLUS β€” ENJOY OUR LUCKY DRAW!
Come for the connections, stay for the excitement, and stand a chance to walk away with exciting prizes!
✨ Exclusive MSOSH Member Rate: From Only RM400 / Seat

🎟️ Limited seats available β€” secure yours today!
πŸ‘‰ Register here:
https://smpl.is/anesz

Connect. Celebrate. Be Inspired. Be Part of the MSOSH Awards Experience.

πŸŽ“ EMPOWERING THE NEXT GENERATION OF OSH PROFESSIONALS!πŸ“… Date: 7 October 2026 (Wednesday)πŸ“ Venue: UniKL MESTECHThe Malays...
08/10/2026

πŸŽ“ EMPOWERING THE NEXT GENERATION OF OSH PROFESSIONALS!

πŸ“… Date: 7 October 2026 (Wednesday)
πŸ“ Venue: UniKL MESTECH

The Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) conducted a Student Membership Briefing for the new intake of Bachelor of Occupational Safety and Health students at Universiti Kuala Lumpur – MESTECH (UniKL MESTECH).

The session aimed to introduce students to MSOSH, its role in advancing Occupational Safety and Health (OSH) in Malaysia, and the opportunities available through MSOSH Student Membership.

Beyond introducing the Society, the engagement highlighted the importance of early professional involvement, continuous learning and industry exposure in preparing students for their future careers as OSH practitioners.

This initiative also reflects the ongoing engagement between MSOSH and UniKL MESTECH in supporting the development of future OSH professionals and strengthening connections between academia and industry.

At MSOSH, we believe that developing competent OSH professionals begins long before they enter the workforce.

MSOSH extends its sincere appreciation to UniKL MESTECH for the invitation and warm hospitality. We look forward to further collaboration in nurturing the next generation of safety and health professionals.

Together, we build future OSH leaders.

🩸 PANGGILAN KEPADA SEMUA AHLI MSOSH!MSOSH menjemput semua ahli yang berkelapangan untuk bersama-sama mewakili MSOSH dala...
07/10/2026

🩸 PANGGILAN KEPADA SEMUA AHLI MSOSH!

MSOSH menjemput semua ahli yang berkelapangan untuk bersama-sama mewakili MSOSH dalam Program Derma Darah 2026 anjuran Kump**an Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).
Ayuh kita tampil sebagai komuniti MSOSH dan bersama-sama menyokong usaha murni ini melalui penyertaan dalam program derma darah.

πŸ“… 12 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ 9.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ SACC Mall, Shah Alam

Turut disediakan:
🎁 Cabutan Bertuah
πŸ‘οΈ Percuma Fundus Screening & Dry Eyes Screening

Ahli MSOSH yang berkelapangan amat digalakkan untuk hadir dan bersama-sama membawa nama MSOSH dalam program ini.

πŸ‘‰ Daftar penyertaan di sini:
https://smpl.is/ane30

Ayuh bersama-sama mewakili MSOSH dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. ❀️🩸

πŸ§‘β€πŸ­ 10 TAHUN PENGALAMAN β€” ATAU 1 TAHUN YANG DIULANG 10 KALI?Dalam bidang Occupational Safety and Health (OSH), tempoh pe...
07/10/2026

πŸ§‘β€πŸ­ 10 TAHUN PENGALAMAN β€” ATAU 1 TAHUN YANG DIULANG 10 KALI?

Dalam bidang Occupational Safety and Health (OSH), tempoh pengalaman sering digunakan sebagai salah satu ukuran kematangan profesional.

Tetapi bilangan tahun sahaja tidak semestinya menggambarkan tahap kompetensi seseorang.

Seorang practitioner mungkin telah berada dalam bidang yang sama selama 10 tahun β€” tetapi sepanjang tempoh tersebut, adakah beliau:

β€’ berhadapan dengan risiko dan situasi kerja yang semakin kompleks?
β€’ terlibat dalam penyiasatan insiden dan membuat keputusan kritikal?
β€’ memahami perubahan teknologi, proses kerja dan perundangan?
β€’ belajar daripada kesilapan, audit dan pengalaman sebenar di tempat kerja?
β€’ membina kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pengurusan stakeholder?

Atau sekadar melaksanakan rutin yang sama berulang kali?

Kompetensi profesional tidak terbentuk melalui tempoh masa semata-mata. Ia berkembang melalui gabungan knowledge, skills, experience, exposure, professional judgement dan continuous learning.

IOSH sendiri melihat kompetensi profesional OSH secara lebih luas daripada technical knowledge sahaja, merangkumi aspek technical, core dan behavioural competencies seperti risk management, leadership, communication dan stakeholder management.

Dalam konteks Malaysia p**a, keperluan Continuous Education Programme (CEP) bagi SHO menunjukkan bahawa pembangunan profesional memang perlu diteruskan selepas seseorang memperoleh pendaftaran. JKKP turut mengiktiraf beberapa bentuk aktiviti pembangunan profesional, bukan hanya kehadiran kursus.

Namun persoalan yang lebih penting bukan sekadar:

β€œBerapa banyak CEP yang telah dikumpulkan?”

Tetapi:

β€œApakah yang berubah pada cara kita mengenal pasti risiko, membuat keputusan dan mempengaruhi keselamatan di tempat kerja selepas pengalaman tersebut?”

Kerana pengalaman yang benar-benar membina kompetensi bukan sekadar masa yang telah berlalu β€” tetapi pembelajaran yang berlaku sepanjang masa itu.

WHATSAPP KERJA SELEPAS WAKTU PEJABAT: BILA β€œSEKEJAP JE” MENJADI RISIKO PSIKOSOSIAL?β€œBoleh check WhatsApp sekejap?”Satu m...
06/10/2026

WHATSAPP KERJA SELEPAS WAKTU PEJABAT: BILA β€œSEKEJAP JE” MENJADI RISIKO PSIKOSOSIAL?

β€œBoleh check WhatsApp sekejap?”

Satu mesej selepas waktu pejabat mungkin kelihatan kecil. Namun apabila pekerja mula merasakan mereka perlu sentiasa membaca, membalas dan bersedia untuk bekerja walaupun selepas waktu kerja, sempadan antara masa bekerja dan masa untuk pulih (recovery time) boleh semakin kabur.
Dalam konteks Occupational Safety and Health (OSH), perkara ini bukan sekadar isu komunikasi.

Risiko boleh mula timbul apabila komunikasi selepas waktu kerja menjadi berterusan, sukar dielakkan atau disertai expectation untuk memberi respons segera β€” sehingga pekerja tidak benar-benar dapat melepaskan diri daripada tuntutan kerja.

Garis Panduan Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial di Tempat Kerja 2024 oleh JKKP/DOSH turut mengenal pasti work-life balance, termasuk jadual kerja yang tidak fleksibel dan waktu kerja yang panjang, sebagai antara contoh bahaya psikososial.

ILO p**a menekankan bahawa risiko psikososial boleh berpunca daripada cara kerja direka dan diurus, termasuk working time arrangements, workload, job control dan home-work interface. Dalam laporan global 2026, ILO turut memberi perhatian kepada bagaimana persekitaran kerja psikososial dipengaruhi oleh tuntutan kerja dan pengaturan waktu bekerja.

Ini tidak bermaksud setiap mesej kerja selepas pukul 5 petang adalah salah.
Persoalan yang lebih penting ialah:
Adakah pekerja mempunyai ruang untuk benar-benar β€œdisconnect” daripada kerja apabila hari bekerja telah berakhir?

Organisasi boleh membantu dengan menetapkan expectation komunikasi yang jelas, membezakan perkara urgent dan non-urgent, serta menghormati masa rehat dan pemulihan pekerja.

Teknologi sepatutnya memudahkan kerja, bukan menjadikan kita sentiasa berada di tempat kerja.

🏎️ F1 PIT STOP: WHEN 2 SECONDS REQUIRE YEARS OF SAFETY PREPARATIONIn Formula 1, a pit stop can be completed in just a fe...
05/10/2026

🏎️ F1 PIT STOP: WHEN 2 SECONDS REQUIRE YEARS OF SAFETY PREPARATION

In Formula 1, a pit stop can be completed in just a few seconds. But that speed does not happen by chance. It is built on repetitive training, individual competency, clearly defined roles, precise communication, appropriate equipment and strong team coordination.

From an Occupational Safety and Health (OSH) perspective, this closely reflects the principles of human factors and a safe system of work β€” where people, equipment, procedures and the working environment must function effectively as one system.

What appears to be β€œfast work” is actually the result of careful planning, risk control and systematic preparation.

In the workplace, pressure to meet deadlines or improve productivity should never lead workers to:

β€’ skip safe work procedures
β€’ take unsafe shortcuts
β€’ work without clear communication
β€’ perform tasks without adequate competency or preparation
β€’ overlook risks simply to complete the job faster

High-performing teams do not just work faster. They ensure that every individual understands their role, recognises the risks and knows exactly what needs to be done before the task begins.

Good OSH performance should not depend solely on workers being β€œcareful”. It must be supported by effective systems, training, procedures and risk controls.

Speed comes from preparation. Safety comes from discipline.

Formula 1 reminds us that productivity and safety do not have to compete. When work is properly designed and managed, both can move forward together.

♻️ PEKERJAAN HIJAU TIDAK SEMESTINYA PEKERJAAN SELAMATPeralihan kepada ekonomi rendah karbon membuka lebih banyak peluang...
02/10/2026

♻️ PEKERJAAN HIJAU TIDAK SEMESTINYA PEKERJAAN SELAMAT

Peralihan kepada ekonomi rendah karbon membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor seperti tenaga solar, tenaga angin, kenderaan elektrik, pembinaan hijau dan pengurusan sisa.

Namun, apabila sesuatu pekerjaan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar, ia tidak bermaksud pekerja secara automatik terlindung daripada risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Dalam sektor tenaga boleh baharu misalnya, pekerja masih boleh terdedah kepada risiko seperti jatuh dari tempat tinggi, renjatan elektrik, pengendalian manual, haba, bahan kimia dan kerja penyelenggaraan dalam keadaan yang mencabar. EU-OSHA turut menekankan bahawa teknologi dan proses kerja baharu dalam pekerjaan hijau boleh mewujudkan kombinasi hazard yang berbeza serta memerlukan kemahiran dan kawalan risiko yang sesuai.

Sebagai contoh, pemasangan sistem solar bukan sekadar kerja berkaitan tenaga bersih. Ia turut melibatkan kerja di tempat tinggi, risiko elektrik, postur kerja yang janggal dan pendedahan kepada cuaca panas.

Dalam masa yang sama, ILO menekankan bahawa pekerjaan hijau seharusnya bukan sahaja membantu melindungi alam sekitar, tetapi juga memenuhi prinsip decent work β€” termasuk persekitaran kerja yang selamat dan sihat.

Green transition perlu datang bersama safe transition.

Kelestarian bukan hanya tentang bagaimana kita menjaga alam sekitar β€” tetapi juga bagaimana kita menjaga mereka yang melaksanakan perubahan tersebut.

Sumber: International Labour Organization (ILO); European Agency for Safety and Health at Work (EU-OSHA).

πŸŽ‰ SELAMAT MENYAMBUT HARI PERKESO KE-55Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) merakamkan setinggi-t...
01/10/2026

πŸŽ‰ SELAMAT MENYAMBUT HARI PERKESO KE-55

Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Sambutan Hari PERKESO Ke-55.

MSOSH turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sokongan, kerjasama serta komitmen berterusan PERKESO terhadap MSOSH dalam menjayakan pelbagai inisiatif berkaitan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja.

Semoga PERKESO terus maju dan kekal menjadi tonggak penting dalam memperkukuh perlindungan sosial serta kesejahteraan tenaga kerja negara.

Selamat Hari PERKESO Ke-55!

Ikhlas daripada,
Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH)

🌫️ JEREBU & KERJA LUAR: BILA RISIKO PERLU DINILAI SEMULA?Jerebu bukan sekadar isu jarak penglihatan. Bagi pekerja yang m...
30/09/2026

🌫️ JEREBU & KERJA LUAR: BILA RISIKO PERLU DINILAI SEMULA?

Jerebu bukan sekadar isu jarak penglihatan. Bagi pekerja yang menjalankan tugas di luar, pendedahan berpanjangan kepada udara tercemar boleh meningkatkan risiko iritasi mata dan saluran pernafasan, serta memburukkan keadaan individu yang mempunyai masalah jantung atau pernafasan.

Di Malaysia, Indeks Pencemar Udara (IPU) digunakan untuk menggambarkan tahap kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan. Apabila IPU melebihi 100, kualiti udara dikategorikan sebagai tidak sihat.

Namun, angka IPU sahaja tidak sepatutnya menjadi satu-satunya pertimbangan.

Dalam konteks OSH, majikan perlu melihat tahap pendedahan sebenar pekerja β€” termasuk tempoh berada di luar, tahap aktiviti fizikal, keadaan kesihatan pekerja, jenis tugasan serta risiko tambahan seperti penglihatan yang terhad.

Garis panduan JKKP menyarankan supaya kerja luar yang melibatkan aktiviti fizikal berat dikurangkan apabila IPU berada pada tahap tidak sihat (101–200). Apabila keadaan meningkat kepada sangat tidak sihat (201–300), aktiviti luar yang berat perlu dielakkan dan pekerja yang terdedah perlu diberikan perlindungan pernafasan yang sesuai.

Antara kawalan yang boleh dipertimbangkan ialah menjadual semula kerja, mengurangkan tempoh pendedahan, melaksanakan penggiliran pekerja, memindahkan tugasan ke kawasan tertutup serta menyediakan respirator yang sesuai seperti N95 apabila diperlukan. JKKP turut menekankan kepentingan fit testing bagi pekerja yang memerlukan respirator.

Prinsipnya mudah: apabila keadaan udara berubah, penilaian risiko kerja juga perlu berubah.

Produktiviti tidak seharusnya dicapai dengan mengabaikan tahap pendedahan pekerja.

Sumber:
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia – Air Pollutant Index (API/IPU)
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH) Malaysia – Guidelines for the Protection of Employees Against the Effects of Haze at Workplaces

Address

Jalan Pegaga D U12/D, Desa Alam, Seksyen U12
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60333598046

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MSOSH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MSOSH:

Shortcuts

Share