Pertubuhan Bumbung Ehsan

Directions Website Contact the organization

Pertubuhan Bumbung Ehsan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Bumbung Ehsan, Nonprofit Organization, Shah Alam.

Ya Allah, kau permudahkan lah urusan rezeki dan segala urusan kehidupan mereka semua para penyumbang.Ya Allah, kau permudahkan lah urusan rezeki dan segala urusan kehidupan mereka semua para penyumbang 🀲 PPM-004-10-06012021

Satu perkara yang kami belajar sepanjang kempen kami berjalan, sedekah kecil daripada ramai orang mampu beri perubahan y...
09/10/2026

Satu perkara yang kami belajar sepanjang kempen kami berjalan, sedekah kecil daripada ramai orang mampu beri perubahan yang besar 🀍

Sudah 6 tahun kempen ini berlangsung, dan alhamdulillah berpuluh ribuan anak yatim, anak asnaf, dan keluarga asnaf telah menerima manfaat daripada sumbangan makanan yang anda berikan.

Untuk bulan Oktober ini, giliran Rumah Anak Yatim Baitun Nurrawdhah untuk dibantu. Menempatkan 47 anak yatim, asnaf, dan anak yang dibuang. Yang paling kecil, baru berusia 1 tahun 5 bulan πŸ₯Ί

Keperluan 47 anak disini tak pernah dapat dipenuhi setiap bulan. Kalau ada sesiapa ingin sedekah makanan pada anak2 ini, jemput sama-sama bantu mereka.

Apa saja yang terkumpul, sedikit atau banyak, akan kami sampaikan pada 19 Oktober ini (hari isnin).

Semoga apa yang kita kongsikan hari ini menjadi asbab Allah melapangkan rezeki dan memudahkan urusan kita. Aamin 🀲🏻

Jemput sedekah melalui link dibawah :
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Penghantaran Ke Rumah Titian Kaseh Telah Berjaya βœ…Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kali ni ramai yang turutserta me...
06/10/2026

Penghantaran Ke Rumah Titian Kaseh Telah Berjaya βœ…

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kali ni ramai yang turutserta menyumbang untuk ringankan beban anak yatim di rumah ni.

Kepada para penyumbang, terima kasih atas kesudian kalian berkongsi rezeki. Kepada sukarelawan Bumbung Ehsan, terima kasih kerana meluangkan masa dan menyumbangkan tenaga dalam menguruskan penghantaran ini.

Semoga Allah memberkati setiap pemberian dan usaha kalian, meluaskan rezeki serta mengurniakan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Allah sebaik baik pemberi rezeki. Amin Ya Rabb 🀲

InsyaAllah, kami akan terus berkongsi kisah rumah anak yatim yang sedang dalam kesempitan kewangan supaya lebih ramai dapat bersama membantu.

Kepada yang ingin membantu rumah anak yatim yang seterusnya, jemput sedekah makanan melalui pautan di bawah πŸ‘‡

πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Anak-anak yatim ini perlukan bantuan kita segera! (Rumah Titian Kaseh)Mari lah teruskan amalan sedekah yang mulia ini. S...
25/09/2026

Anak-anak yatim ini perlukan bantuan kita segera! (Rumah Titian Kaseh)

Mari lah teruskan amalan sedekah yang mulia ini. Selain manfaat kepada si penerima, si pemberi juga mendapat banyak manfaatnya. Setiap hari, Nabi SAW berkata :

"Tidak ada satu hari pun di mana pada pagi harinya seorang hamba berada di padanya, melainkan dua malaikat turun kepadanya. Salah satu di antara keduanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti (harta) bagi orang yang berinfak.' Dan yang lainnya berkata: 'Ya Allah, berikanlah kerugian/kebinasaan (harta) kepada orang yang bakhil (menahan hartanya)."

Untuk 11 hari ini, kami akan berusaha sebarkan kisah rumah anak yatim ini supaya supaya ramai dapat membantu. Rumah amal ni melindungi 60 anak yatim & asnaf yang tiada tempat bergantung.

Makcik yang menubuhkan rumah perlindungan ini, telah sekian lama bergelut dengan kesempitan kewangan dan tidak mampu membayar kos-kos bulanan untuk menjaga semua anak kecil disini..

Jadi kami disini ingin war-warkan tempat ni agar ramai yang mengetahui kesusahan mereka serta membantu mana yang boleh. Ayuh kita sedekah makanan dan sebarkan untuk anak yatim semua di rumah ni! πŸ’”

SEDEKAH MAKANAN :
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Penghantaran Ke Rumah Anak Yatim Qaseh Ibu Telah Berjaya βœ…Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, ramai yang tampil member...
22/09/2026

Penghantaran Ke Rumah Anak Yatim Qaseh Ibu Telah Berjaya βœ…

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, ramai yang tampil memberi bantuan makanan di rumah ini. Semuanya telah selamat dihantar kepada anak-anak yatim disini ❀️

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada semua penyumbang yang telah berkongsi rezeki kepada 60 anak yatim & asnaf disini. Tidak dilupakan juga kepada seluruh para sukarelawan Bumbung Ehsan yang telah meluangkan masa, tenaga dan usaha bagi memastikan amanah ini sampai kepada mereka yang memerlukan.

Semoga Allah menerima segala amal kebajikan para penyumbang dan sukarelawan, melapangkan rezeki, mengangkat kesusahan serta mengurniakan keberkatan yang berpanjangan di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb 🀲

Kami akan teruskan misi membantu dan menyebarkan kisah rumah anak yatim yang sedang dalam kesempitan kewangan pada post seterusnya. Untuk yang ingin sedekah kepada anak yatim, jemput pergi ke link dibawah ya :

πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Dulu min selalu rasa 'nanti bila ada lebih' tapi nanti tu tak pernah sampai pun πŸ™ Sedekah RM5 hari ini lebih berkat dari...
18/09/2026

Dulu min selalu rasa 'nanti bila ada lebih' tapi nanti tu tak pernah sampai pun πŸ™

Sedekah RM5 hari ini lebih berkat dari RM100 yang masih dalam angan-angan.

Moga Allah permudahkan kita semua untuk terus bersedekah walaupun sedikit :')

Sedekah Jumaat :
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Rumah Anak Yatim Ke-2 Bulan September !!!Bulan 3 lepas dah pernah hantar kesini, tapi kami berhasrat nak hantar bantuan ...
11/09/2026

Rumah Anak Yatim Ke-2 Bulan September !!!

Bulan 3 lepas dah pernah hantar kesini, tapi kami berhasrat nak hantar bantuan lagi. Sebab ikutkan hampir SETIAP BULAN kos bulanan mereka tidak mencukupi..

Rumah ni namanya Rumah Anak Yatim Qaseh Ibu, terletak dekat Ampang je. Nak pergi kesana sendiri memang dialukan pemilik rumah ni.

Jadi minggu ni kami buka bantuan makanan untuk mereka. Kami akan hantar bantuan yang terkumpul pada 21/9/26 ini. Jemput bantu ya, adik-adik kat sini kecil je lagi semua πŸ₯²

Inshallah sedekah tak pernah merugikan kita. Malah kebaikan akan berbalik pada kita semula didunia dan akhirat kelak.

Pilihan Makanan Dari RM3 Sahaja πŸ₯˜
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Penghantaran Ke Rumah Anak Yatim & Asnaf Darul Ilmi Gombak Telah Berjaya βœ…Alhamdulillah, lama dah kami nak bantu war-war...
08/09/2026

Penghantaran Ke Rumah Anak Yatim & Asnaf Darul Ilmi Gombak Telah Berjaya βœ…

Alhamdulillah, lama dah kami nak bantu war-warkan rumah ni. Minggu lepas baru ada kesempatan untuk membuat posting tentang kesusahan yang mereka alami.

Syukur semua usaha bantuan ini dilancarkan oleh Allah SWT. Terima kasih yang tidak terkira buat yang telah menyumbang, dan para volunteer yang membantu. Ketahui lah anda semua telah memainkan peranan yang besar dalam memudahkan urusan hamba Allah yang sedang kesempitan hidup.

Rumah mereka ni terletak agak jauh dari bandar, berdekatan dengan Kampung Sungai Rumput. Jadi nak meminta bantuan tetangga berdekatan juga agak sukar bagi mereka.

Mari lah teruskan sedekah, ia adalah amalan yang sangat mulia disisi Allah. Next posting kami akan upload rumah anak yatim yang seterusnya. Jemput sedekah makanan kepada anak yatim ya :

πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Salam hari yang berkah πŸ•ŒIni merupakan minggu yang terakhir bagi sesiapa yang ingin sedekah makanan kepada anak-anak yati...
04/09/2026

Salam hari yang berkah πŸ•Œ

Ini merupakan minggu yang terakhir bagi sesiapa yang ingin sedekah makanan kepada anak-anak yatim di rumah ini.

Kami akan menghantar bantuan yang terkumpul pada isnin depan. Jemput sedekah ya, inshaAllah sedekah banyak manfaatnya.

Sedekah Makanan :
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Selamat Hari Merdeka ke-69! πŸ‡²πŸ‡ΎMerdeka bukan sekadar bebas, tapi tentang hidup dalam negara yang aman dan saling menjaga ...
31/08/2026

Selamat Hari Merdeka ke-69! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Merdeka bukan sekadar bebas, tapi tentang hidup dalam negara yang aman dan saling menjaga sesama insan. Semoga Malaysia terus aman dan setiap insan di dalamnya dapat merasai kebaikan, kasih sayang dan kehidupan yang lebih baik ❀️

MARILAH BANTU SAUDARA KITA INI β˜ͺ️(Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak : Anak Yatim & Asnaf)Rumah ni antara rumah yang pali...
28/08/2026

MARILAH BANTU SAUDARA KITA INI β˜ͺ️
(Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak : Anak Yatim & Asnaf)

Rumah ni antara rumah yang paling ramai adik kecil2 lagi yang kami pernah jumpa, ramai yang bawah umur 4 tahun 😒 Paling kecil baru umur setahun jagung. Update terkini hampir 40 anak yatim & anak ansaf yang berlindung disini.

Mujur ada pengasas rumah ni yang dengan seikhlas hatinya menjaga mereka tanpa bayaran. Pengasasnya bukanlah seorang hartawan, cuma ada niat yang baik serta nekad yang tinggi untuk mencurahkan jasa.

Walaupun sangat struggle untuk membiayai anak-anak yatim ni, beliau tetap semangat berjuang dengan segala yang mampu seperti berniaga dan memohon bantuan jiran setempat.

Di dunia ni hidup kita amatlah singkat. Tapi amalan disini lah yang menentukan kita kemana di akhirat selamanya nanti.

Jadi banyakkan lah sedekah dan membantu orang seperti ini kerana pahala sedekah kita akan terus mengalir hingga ke akhirat kelak. Jazakallah Khairan (Semoga Allah membalas kebaikanmu).

Jemput Sedekah Makanan Untuk Anak Yatim Disini :
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan
πŸ‘‰πŸ» Kliksini.my/SedekahBerkekalan

Address

Shah Alam
40470

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Bumbung Ehsan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Bumbung Ehsan:

Shortcuts

Share