Peduli Insan Malaysia - PIM

Peduli Insan Malaysia - PIM Pertubuhan amal, tidak berasaskan keuntungan yang berusaha untuk menyediakan:
* Bantuan
* Pendidikan

Asas penubuhan NGO ini bermula dengan kesedaran isu kemanusiaan yang berlaku di Syria serta bagaimana keperluan untuk meringankan bebanan mereka. Maka, timbul ketika itu cadangan bagi menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan sokongan dan bantuan kemanusian di sana memandangkan masih begitu ramai yang berisiko kehilangan nyawa jika tidak menerima bantuan yang sewajarnya. Tumpua

n Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Insan Care) sehingga hari ini sudah tentulah lebih kepada misi kemanusiaan, seiring dengan visinya dalam menjaga isu kemanusiaan melangkaui sempadan. Pertubuhan ini bergerak pada peringkat awalnya dengan nama SYRIA DI HATIKU yang merupakan salah satu sayap dari Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM), yang dibina sebagai kesinambungan tradisi ilmu ulama di Syria. Skop utama Persidam ketika itu menanungi dan menguruskan beberapa institusi pendidikan di Malaysia. Bergerak bersama aktiviti pendidikan ini aktiviti-aktiviti kemanusiaan

Setelah bergerak seiring bersama beberapa tahun, demi mengembangkan lagi dua misi ini menjadi lebih luas, Ahli Jawatankuasa Persidam memutuskan untuk mengasingkan projek kemanusian bergerak dengan sendirinya atas nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Insan Care) yang diasaskan pada tahun 2018. Ketika ini, Insan Care tidak lagi menumpukan kerja kebajikan khusus untuk satu negara sahaja, bahkan berkembang dalam kerangka yang lebih luas meliputi negara-negara lain yang juga memerlukan bantuan dan sokongan kemanusiaan. Sehingga kini misi kemanusiaan Insan Care dirangka dan dilaksanakan secara langsung dan aktif bukan sahaja di Syria tetapi juga di Malaysia. Ketika ini, Insan Care juga telah memiliki cawangannya sendiri di Turki dan Syria selain dua cawangan di Malaysia.

Address

Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peduli Insan Malaysia - PIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share