MyHeart Volunteers

MyHeart Volunteers Kebajikan dan kesihatan anda menjadi keutamaan kami ! NO. PENDAFTARAN: PPM-022-10-16032017.

17/10/2025

Kempen 10cent For A Smile Tamat Dengan Senyuman Bermakna

Kempen hasil kolaborasi MyHeart bersama Kee Song, pengeluar produk ayam organik jenama KS Lacto Chicken, kini melabuhkan tirainya dengan kejayaan yang membanggakan.

Melalui kempen ini, setiap pembelian produk ayam KS menyumbang 10 sen ke dalam Tabung Jantung, yang digunakan bagi membantu pesakit-pesakit jantung di bawah inisiatif MyHeart – We Care For You.

Sepanjang tempoh kempen dari 29 Julai hingga 29 September 2025, jumlah kutipan yang berjaya dikumpulkan ialah RM18,962.11 — hasil daripada sokongan anda semua!

Daripada jumlah ini, RM10,000 telah disalurkan kepada pesakit jantung MyHeart, adik Nik Muhammad Danish Hakeem, bagi menyokong kos pembedahannya. Penyerahan dilakukan bersama pihak pengurusan Kee Song dan MyHeart sendiri kepada keluarganya.

Kami di MyHeart ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kee Song atas kolaborasi yang bermakna ini — serta terima kasih tidak terhingga kepada semua penyokong kempen 10cent For A Smile.

Bersama, kita telah membawa senyuman dan harapan baharu kepada mereka yang memerlukan. ❤️

Patient Update: Medina Inara Alhamdulillah, little Inara is currently in stable condition Here’s her latest progress upd...
14/10/2025

Patient Update: Medina Inara

Alhamdulillah, little Inara is currently in stable condition
Here’s her latest progress update:

1) She still needs to travel back and forth to multiple hospitals — sometimes up to 4 different facilities — for follow-up treatments.
2) Inara continues to rely on a feeding tube, and her diet is supplemented with Myotein and Carborie to support her slow growth.
3) Her current weight is 3.8 kg at the age of 1 year.
4) The good news — she now only needs her CPAP machine at night, compared to 24-hour usage previously!
5) Her next appointment is on 18/8, where doctors will determine if she still needs CPAP support.

Thank you to everyone who has contributed and prayed for Inara’s recovery through our We Care For You program. Every bit of support truly makes a difference.

#

14/10/2025

🌄 The Malayan Expedition 2025

MyHeart bersama turut serta dalam The Malayan Expedition 2025 yang berlangsung di Awana Resort, Genting Highland — menghimpunkan peminat aktiviti lasak dan komuniti dari seluruh Malaysia! 🚙🔥

Dalam program ini, MyHeart tampil dengan pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma, serta edaran hygiene kit kepada komuniti di Pahang.

Kerana bagi kami, setiap perjalanan bukan sekadar tentang destinasi — tapi tentang menyebarkan kebaikan dan kasih sayang kepada sesama manusia. ❤️

The Most Happening Outdoor Event of the Year! MyHeart is thrilled to be part of the 4 Wheels Fest 2025 — a nationwide ga...
10/10/2025

The Most Happening Outdoor Event of the Year!

MyHeart is thrilled to be part of the 4 Wheels Fest 2025 — a nationwide gathering of passionate 4x4 enthusiasts happening at Resort World Awana Genting, Pahang (11–12 October)!

In collaboration with Ford AutoConnexion, we’re rolling out our Mobile Clinic for health screenings and spreading health awareness among the 4x4 community.

But that’s not all .We’ll also be reaching out to the Orang Asli community in Jengka, bringing free medical care and smiles where they’re needed most. ❤

Adventure. Community. Compassion.
All in one powerful weekend.

👉 Join the excitement: https://bythebillions.my/collections/4-wheels-fest

09/10/2025

Dalam siri kali ini bersama Prof. Dr. Salina Husin, Pakar Telinga, Hidung & Tekak (ENT), beliau berkongsi tentang bagaimana kita boleh menilai tahap deria bau — sama ada ia berada dalam keadaan yang baik atau sebaliknya

Menariknya, Prof. Dr. Salina turut menjelaskan bagaimana faktor geografi turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kepekaan deria bau seseorang!

Jom ikuti perkongsian penuh dalam untuk ketahui lebih lanjut tentang topik yang jarang dibincangkan ini

Program Ziarah RAMAH bersama Anak-anak Wad Kanak-Kanak Dalam siri lawatan ‘Program Ziarah Rakan Masjid Hospital (RAMAH)’...
25/09/2025

Program Ziarah RAMAH bersama Anak-anak Wad Kanak-Kanak

Dalam siri lawatan ‘Program Ziarah Rakan Masjid Hospital (RAMAH)’, MyHeart bersama serta berpeluang menyantuni adik-adik kecil di wad kanak-kanak.

Sebanyak 50 hygiene kit berjaya diedarkan kepada keluarga pesakit. Dan kebanyakan penghuni disini ialah kanak-kanak berusia bawah 5 tahun. Senyuman mereka ketika menerima kunjungan ini menjadi hadiah terbesar buat kami semua.

MyHeart ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama saf pengurusan, serta Timbalan Pengarah Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang bersama barisan dan yang turut menjayakan program ini.

Bersama, kita raikan kesihatan, kasih sayang, dan senyuman mereka. 💙

23/09/2025

Jelajah Klinik Bergerak MyHeart bersama &

Alhamdulillah, sepanjang 5 hari road tour, pasukan MyHeart telah bergerak merentasi 4 buah negeri – bermula di Kuala Lumpur, meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang, singgah di Ipoh, Perak dan menutup misi di Gambang, Pahang.

Sepanjang perjalanan ini, kami berpeluang menyantuni golongan asnaf, ibu tunggal dan komuniti Orang Asli dengan:
✅ Pemeriksaan kesihatan percuma
✅ Pendidikan kesihatan
✅ Edaran Kotak Rezeki Ummat hasil kerjasama bersama

🙏 Sehubungan itu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama menjayakan misi ini, terutamanya kepada dan SIME atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

Misi ini hanyalah permulaan. Bersama, kita akan terus bergerak untuk membawa kesedaran & kesihatan kepada semua lapisan masyarakat.

23/09/2025

Mobile Klinik MyHeart terus bergerak mendekati masyarakat — dari kampung ke bandar, dari golongan gelandangan hingga ke perkampungan orang asli.

Di sini, doktor dan sukarelawan MyHeart bukan sekadar buat pemeriksaan kesihatan percuma, tetapi juga menyemai kesedaran tentang pentingnya menjaga jantung dan kesihatan diri.

📌 Misi ini hanyalah satu daripada banyak inisiatif MyHeart dalam memastikan tiada siapa yang tertinggal dari mendapatkan rawatan asas.

Terima kasih kepada semua penyumbang dan penyokong — tanpa anda, roda Mobile Klinik ini tidak akan terus berputar. Bersama, kita bawa harapan & kesihatan untuk semua ❤️

Hari ke-2 jelajah CSR bersama .malaysia dan  .aradamansara dalam misi   di Ipoh, Perak.
18/09/2025

Hari ke-2 jelajah CSR bersama .malaysia dan .aradamansara dalam misi di Ipoh, Perak.

Dalam jelajah   MyHeart ke 3 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak dan Pahang dengan kerjasama .aradamansara. Kami mende...
17/09/2025

Dalam jelajah MyHeart ke 3 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak dan Pahang dengan kerjasama .aradamansara. Kami mendekati komuniti di sini dengan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, edaran kotak iaitu kotak berupa makanan asas dan perkongsian topic kesihatan.

Mobile clinic MyHeart hari ini bersama penduduk di Apartment Abdulah Hukum dengan kerjasama .malaysia dan .aradamansara ...
10/09/2025

Mobile clinic MyHeart hari ini bersama penduduk di Apartment Abdulah Hukum dengan kerjasama .malaysia dan .aradamansara dalam memberikan pemeriksaan kesihatan percuma dan edaran kotak .

Address

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sgi Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau
Shah Alam
43300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60108327661

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyHeart Volunteers posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MyHeart Volunteers:

Share