Pakaian Terakhir By Telaga Sinar

Pakaian Terakhir By Telaga Sinar Program Infak set jenazah dan Al-Quran

Program ini khas bagi membantu mereka yang memerlukan Al-Quran untuk hafalan dan set jenazah untuk mereka yang kehilangan ahli keluarga

10/06/2026

Alhamdulillah 🤍

Hari ini kami berpeluang membuat penghantaran sebanyak 200 set Kit Jenazah ke Jabatan Agama Islam Selangor.

Turut hadir beberapa wakil masjid yang telah terpilih untuk menerima sumbangan ini, bagi membantu urusan pengurusan jenazah di kariah masing-masing.

Semoga setiap set yang disampaikan ini menjadi asbab dipermudahkan urusan mereka yang menguruskan jenazah, dan memberi manfaat kepada seluruh komuniti setempat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan usaha ini. Setiap sumbangan dan sokongan anda amat bermakna 🤲

Semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran dan memberkati setiap kebaikan yang dilakukan.

اللهم تقبل منا ومنكم
(Ya Allah, terimalah amalan kami dan amalan kalian)

04/06/2026

Penghantaran 600 set jenazah ke Majlis Agama Islam Perak (Taiping) telah berjalan dengan lancar, bersama kehadiran 70 wakil masjid yang menerima amanah hasil infak tuan/puan semua.

Setiap set yang disampaikan bukan sekadar bantuan, tetapi tanda kasih sayang dan keprihatinan yang akan terus memberi manfaat kepada umat.

Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penginfak yang telah menyumbang. Semoga setiap ringgit yang diinfakkan menjadi asbab pahala yang berterusan, dilapangkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dan diberkati kehidupan di dunia serta akhirat.

Semoga Allah menerima setiap amal kebaikan ini sebagai amal soleh dan menjadi bekalan yang tidak terputus 🤲

17/04/2026

Alhamdulillah, dengan izin Allah, pada 16 April 2026, sebanyak 50 set pengurusan jenazah telah selamat dihantar ke Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Damansara bagi kegunaan pengurusan jenazah di kawasan tersebut.

Sumbangan ini akan dimanfaatkan bagi membantu memudahkan urusan pengurusan jenazah, khususnya kepada keluarga yang kurang berkemampuan, serta dalam situasi yang memerlukan tindakan segera.

Dengan adanya set lengkap ini, urusan dapat dijalankan dengan lebih cepat, teratur dan sempurna tanpa membebankan waris.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua para penginfak yang telah menyumbang dengan penuh keikhlasan dalam menjayakan usaha ini. Hanya Allah yang mampu membalas setiap kebaikan yang telah diberikan.

Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi asbab kebaikan yang berlipat ganda, diterima sebagai amal soleh, dan menjadi saham akhirat yang tidak terputus.

Kami juga mendoakan agar Allah SWT melapangkan rezeki para penginfak, mengurniakan kesihatan yang baik, mempermudahkan segala urusan, serta memberkati kehidupan dunia dan akhirat.

“Ya Allah, terimalah setiap sumbangan mereka sebagai amal jariah, ampunkan dosa-dosa mereka, dan jadikanlah ia cahaya serta pemberat timbangan kebaikan di hari akhirat kelak. Aamiin.”

09/03/2026

10 malam terakhir Ramadan sudah bermula…

Malam-malam yang Allah janjikan ganjaran lebih baik daripada 1000 bulan.

Pada malam inilah…
ramai orang berlumba mencari pahala.
Ramai bangun malam memohon keampunan.
Ramai memberi kerana mengharap reda Allah.

Tetapi di luar sana…
masih ada keluarga yang diuji saat kematian datang tanpa diduga.

Ada yang kehilangan suami.
Ada anak-anak kecil yang masih belum mengerti apa itu kehilangan.
Ada keluarga yang bukan sahaja menanggung kesedihan…
tetapi juga memikirkan bagaimana mahu menguruskan jenazah orang tersayang.

Di sinilah infak tuan puan menjadi penyelamat.

Satu Set Pengurusan Jenazah mungkin kecil nilainya bagi kita…
Tetapi bagi keluarga yang sedang berduka, ia sangat besar maknanya.

Infak inilah yang membantu:
✔ menyediakan kain kafan
✔ melengkapkan keperluan pengurusan jenazah
✔ membantu keluarga yang tidak mampu
✔ menguruskan jenazah yang tiada waris

Bayangkan…

Jika suatu hari nanti ada seorang hamba Allah disempurnakan dengan set jenazah hasil infak anda.

Pada saat itu,
mungkin anda tidak berada di situ…
tetapi pahala itu tetap mengalir kepada anda.

Lebih-lebih lagi jika ia berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan.

Jangan lepaskan peluang ini.

Mungkin inilah amal kecil yang menjadi penyelamat kita di akhirat nanti.

🤲 Ambil peluang 10 malam terakhir ini untuk berinfak.

Klik link di bawah untuk hulurkan infak anda.
https://www.telagasinar.com/order/form/infaksetjenazah

16/02/2026

“Belum sempat dipanggil mama… belum sempat dipanggil ayah…”

Tangisan itu bukan tangisan biasa.
Itu tangisan seorang ibu yang baru melahirkan…
dan dalam masa yang sama terpaksa melepaskan.

9 bulan menunggu.
9 bulan bercakap dengan perut.
9 bulan berdoa supaya lahir dengan sihat.

Tapi Allah lebih menyayangi.

Anak itu bukan hilang.
Dia cuma pulang lebih awal.
Menunggu mama dan ayahnya di syurga.

Kadang kita lupa…
Anak, pasangan, ibu ayah… semua hanyalah pinjaman.
Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.

Sebab itu…
Selagi masih ada waktu,
sayangilah…
hargailah…
dan bersedialah.

Kita tak tahu giliran siapa selepas ini.

Al-Fatihah buat semua anak syurga 🤍
Semoga setiap air mata yang gugur menjadi saksi kasih sayang yang tak terhingga.



Tau tak kenapa orang meninggal dunia?Ya, sudah tentu lah sebab ajalnya dah sampai. Tapi, sebenarnya rezekinya telah habi...
31/01/2026

Tau tak kenapa orang meninggal dunia?

Ya, sudah tentu lah sebab ajalnya dah sampai. Tapi, sebenarnya rezekinya telah habis di dunia. Ustaz pernah kata, apabila seseorang hampir sampai ajalnya, malaikat akan pergi ke timur dan barat mencari rezeki untuknya.

Namun, apabila tidak ditemui lagi, saat itulah dia dipanggil pulang. Jadi, jangan terlalu risau tentang rezeki sampai membuat kita menjadi kedekut atau berkira.

Sebaliknya, dengan bersedekah dapat mengelakkan kita daripada musibah. Ingat, rezeki takkan pernah salah alamat.

Selagi kita masih hidup, ada bahagian yang Allah masih ingin beri. Jadi, tawakkal lah kepada allah dan teruslah berbuat

“Satu Pemergian Yang Menyentuh Hati”Arwahyarhamah menghembuskan nafas terakhir selepas menunaikan umrah di Madinah bersa...
30/01/2026

“Satu Pemergian Yang Menyentuh Hati”

Arwahyarhamah menghembuskan nafas terakhir selepas menunaikan umrah di Madinah bersama
40 orang jemaah. Sepanjang berada di Tanah Suci, arwahyarhamah dikurniakan kesihatan yang baik dan berpeluang menziarahi tempat-tempat bersejarah.

Ketika dalam penerbangan, sebaik masuk waktu Subuh, arwahyarhamah mengambil wuduk untuk menunaikan solat. Namun, Allah lebih menyayangi arwahyarhamah apabila beliau meninggal dunia dalam keadaan berwuduk di tempat duduknya

Jenazah dibawa ke Hospital Cyberjaya sebelum
diuruskan dan seterusnya dibawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan.

Al-Fatihah. Semoga roh arwahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman

15/01/2026

ALHAMDULILLAH, AMANAH TELAH DISAMPAIKAN 🤍

Hari ini, kami telah berjaya menyampaikan amanah para penginfak dengan penghantaran 600 set pengurusan jenazah ke Jabatan Agama Islam Daerah Kuala Kangsar, Perak.

Penyerahan ini turut dihadiri oleh 80 wakil masjid terpilih yang akan menggunakan set-set ini bagi urusan jenazah asnaf, rumah orang tua dan jenazah yang memerlukan.

Setiap set yang diinfakkan bukan sekadar bantuan, tetapi menjadi saham pahala berpanjangan buat para penyumbang dan juga bagi yang meniatkan atas nama arwah yang tersayang.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan semua penginfak.
Semoga Allah menerima setiap amal dan menjadikannya pemberat timbangan kita di akhirat.

Jazakumullahu khairan kathira

Syukur Alhamdulillah…Gambar-gambar ini merakamkan momen penyerahan 200 Set Pengurusan Jenazah kepada pihak Jabatan Hal E...
04/12/2025

Syukur Alhamdulillah…
Gambar-gambar ini merakamkan momen penyerahan 200 Set Pengurusan Jenazah kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah di Masjid Negeri Sabah.

Melihat wakil-wakil masjid menerima set ini dengan penuh rasa syukur benar-benar menyentuh hati.
Semoga setiap set yang digunakan menjadi sumber pahala berterusan buat para penginfak yang telah bersama dalam misi ini.

Terima kasih kepada semua yang menyokong.
Moga Allah terus mudahkan kita membantu lebih ramai komuniti di seluruh Malaysia. 🤍

Address

Shah Alam

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:30
Tuesday 09:00 - 05:30
Wednesday 09:00 - 05:30
Thursday 09:00 - 05:30
Friday 09:00 - 05:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakaian Terakhir By Telaga Sinar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pakaian Terakhir By Telaga Sinar:

Shortcuts

Share