Surau Dan Komuniti Seksyen 4 Shah Alam

Surau Dan Komuniti Seksyen 4 Shah Alam Official Page Surau & Komuniti Seksyen 4 Shah Alam.

๐Ÿ“ข JEMPUTAN TALKSHOW KEWANGANAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Muslimin dan muslimat dijemput menghadiri Talksho...
14/07/2026

๐Ÿ“ข JEMPUTAN TALKSHOW KEWANGAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muslimin dan muslimat dijemput menghadiri Talkshow Khas bersama wakil Bank Islam, En. Mohamad Faiz Ibrahim.

๐Ÿ›ก๏ธ Tajuk: Scammer Dunia Perbankan โ€“ Kenali Taktik Penipuan & Cara Melindungi Diri

๐Ÿ“… Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis)
๐Ÿ•ข Masa: Selepas Solat Maghrib
๐Ÿ“ Tempat: Surau Raudhah Al Muttaqin, Seksyen 4, Shah Alam

Ketahui modus operandi terkini scammer, cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan, serta langkah-langkah keselamatan dalam urusan perbankan.

Jom hadir beramai-ramai bersama ahli keluarga dan jiran tetangga. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Semua dijemput hadir.

Sekitar pemilihan AJK Rukun Tetangga yang baru. Akan bermula pada Jun 2026
03/07/2026

Sekitar pemilihan AJK Rukun Tetangga yang baru. Akan bermula pada Jun 2026

Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-4 & Tahlil anjuran Perkump**an Perempuan Daerah Petaling telah diadakan di Dewan Anggerik...
28/06/2026

Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-4 & Tahlil anjuran Perkump**an Perempuan Daerah Petaling telah diadakan di Dewan Anggerik, Surau Raudhah Al Muttaqin Seksyen 4, Shah Alam pada 27 Jun 2026.

Acara dimulakan dengan selawat, zikir & nasyid oleh Kump**an Nisa' Ar Rahmah Wal Mawaddah. Alhamdulillah dihadiri oleh seramai 108 orang muslimat. Semoga terus istiqamah membaca, memahami & mengamal isi kandungan Al-Quran yang mulia.

2 booth dari Yayasan Restu untuk Penulisan Khat pada Bookmark & juga booth untuk Wakaf Al-Quran turut disediakan & telah mendapat sambutan yang sangat baik.

ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู๐ŸŒ™ *JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN, DOA SELAMAT BUAT SELURUH JIRAN ...
14/06/2026

ุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู
๐ŸŒ™ *JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YAASIN, DOA SELAMAT BUAT SELURUH JIRAN SEKSYEN 4 SERTA BACAAN DOA AKHIR TAHUN 1447H & DOA AWAL TAHUN 1448H* ๐ŸŒ™

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sempena menyambut kedatangan Tahun Baru Hijrah 1448H, pihak Surau Raudhah Al-Muttaqin akan mengadakan Majlis Bacaan Yaasin, Doa Selamat, Doa Akhir Tahun 1447H dan Doa Awal Tahun 1448H seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: Selasa, 16 Jun 2026

๐Ÿ—“๏ธ Bersamaan: 30 Zulhijjah 1447H
ATUR CARA MAJLIS

๐Ÿ•ก 6.40 petang
Ketibaan para jemaah

๐Ÿ•ก 6.45 petang
Bacaan Yaasin & Doa Akhir Tahun 1447H
(Dipimpin oleh Ustaz Khalid)

๐Ÿ•Œ 7.25 malam Solat Maghrib berjemaah

๐Ÿ•— 7.50 malam
Bacaan Doa Awal Tahun 1448H

Sehubungan itu, pihak surau dengan penuh takzim menjemput tuan/puan serta seluruh ahli kariah Surau Raudhah Al-Muttaqin untuk bersama-sama hadir memeriahkan majlis ini.

Semoga dengan kehadiran dan doa kita bersama, Allah SWT melimpahkan rahmat, keberkatan, perlindungan serta menjadikan tahun baharu ini lebih baik dan diberkati buat kita semua.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Pihak pengurusan surau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasi...
31/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pihak pengurusan surau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para kariah yang telah menyumbangkan minyak masak terpakai kepada surau.
Alhamdulillah, hasil jualan minyak terpakai pada kali ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM161, dan bayaran tersebut telah dimasukkan terus ke dalam akaun surau bagi menyokong aktiviti serta pengurusan surau.
Semoga segala sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang diterima dan diberkati oleh Allah SWT, serta dikurniakan ganjaran pahala yang berterusan. Amin Ya Rabbal Alamin.
Bagi kariah yang ingin turut serta menyumbangkan minyak masak terpakai, minyak tersebut boleh diletakkan di dalam tong berwarna biru yang disediakan di tepi bilik jenazah. Apabila tong tersebut penuh, pihak surau akan menghubungi pembeli untuk membuat kutipan.
Mudah untuk menyumbang, mudah juga untuk meraih pahala.
Jazakumullahu khairan atas sokongan dan kerjasama semua. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ๐Ÿ•‹โœจDi sebalik ibadah korban, tersimpan erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ๐Ÿ•‹โœจ

Di sebalik ibadah korban, tersimpan erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Semoga Aidiladha kali ini menjadi ruang untuk kita lebih bersyukur, berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim sesama insan.
Daripada kami di Surau Raudhah Al Muttaqin, Seksyen 4 Shah Alam. salam Aidiladha buat seluruh umat Islam.

Semoga Allah menerima amalan kita semua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh๐ŸŒ™ SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA๐Ÿ—“ Hari : Rabu๐Ÿ•— Waktu : 8.00 pagi๐Ÿ„ PROGRAM IBA...
25/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

๐ŸŒ™ SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA
๐Ÿ—“ Hari : Rabu
๐Ÿ•— Waktu : 8.00 pagi

๐Ÿ„ PROGRAM IBADAH KORBAN (LEMBU)
๐Ÿ—“ Hari : Rabu
๐Ÿ•˜ Waktu : 9.15 pagi

๐Ÿ PROGRAM IBADAH KORBAN (KAMBING)
๐Ÿ—“ Hari : Sabtu
๐Ÿ•˜ Waktu : 9.15 pagi

Pihak pengurusan Surau Raudhah Al Muttaqin akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Rabu ini. Solat Sunat Aidiladha akan bermula pada jam 8.00 pagi. Para jemaah disarankan hadir lebih awal bagi mendapatkan tempat yang selesa.

Selepas itu, Program Ibadah Korban lembu akan bermula pada jam 9.15 pagi. Semua jiran tetangga dijemput hadir untuk bersama-sama membantu menjayakan ibadah ini. Tidak kira anak-anak sekolah mahupun warga emas, semua dialu-alukan untuk membantu mengikut kemampuan masing-masing.

Setiap bahagian tugasan akan diketuai oleh petugas yang memakai apron berwarna kuning. Ketua bahagian juga bersedia membantu serta memberi tunjuk ajar kepada mereka yang ingin belajar mengenai proses ibadah korban.

Pada hari Sabtu p**a, sembelihan korban dan aqiqah kambing akan bermula pada jam 9.15 pagi. Kepada yang berkelapangan, marilah bersama-sama hadir membantu dan memeriahkan program ini.
Semoga segala amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah SWT. ๐ŸคฒSaw

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.๐Ÿ“ข TALKSHOW BERSAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)Persatuan Penduduk Seksy...
20/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
๐Ÿ“ข TALKSHOW BERSAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK)
Persatuan Penduduk Seksyen 4 bersama Surau Raudhah Al Muttaqin menjemput seluruh penduduk untuk hadir ke program Talkshow bersama wakil daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang akan berkongsi pelbagai maklumat penting berkaitan isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja dan masyarakat.
Untuk makluman, Persatuan Penduduk Seksyen 4 sebelum ini telah mengadakan sesi bersama anak-anak Seksyen 4 yang berumur antara 11 hingga 17 tahun. Sesi tersebut dikendalikan oleh fasilitator daripada AADK dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik. Pelbagai jenis dadah baharu dan trend semasa telah didedahkan kepada para peserta. Apa yang membimbangkan, sebahagian anak-anak ini telah mengetahui mengenai bahan terlarang tersebut kerana terdapat rakan-rakan di sekolah yang menawarkan untuk mencuba secara percuma.
Selain itu, penggunaan v**e juga semakin menjadi kebiasaan dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan. Mereka mudah mendapatkan v**e di kedai-kedai berhampiran kawasan perumahan. Persatuan Penduduk juga telah menghantar surat bantahan kepada MBSA berhubung penjualan v**e di kawasan berhampiran. Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila terdapat v**e berperisa tertentu seperti โ€œmushroomโ€ yang dipercayai mengandungi bahan terlarang dan dadah yang tidak diketahui kandungannya.
๐ŸŽฅ https://www.facebook.com/100064726800297/videos/pcb.1436941665140047/1730828145023990
๐Ÿ“… Tarikh: 4 Jun 2026
๐Ÿ•ฐ Masa: Selepas Solat Maghrib
๐Ÿ“ Tempat: Surau Raudhah Al Muttaqin
Justeru, seluruh jiran tetangga dijemput hadir bagi mendengar perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini. Semoga dengan kesedaran dan pengetahuan yang diperoleh, kita dapat bersama-sama melindungi anak-anak dan keluarga daripada gejala yang semakin membimbangkan ini.
Insya-Allah.

Assalamualaikum wbt.โœจ CERAMAH PERDANA โœจDisampaikan khas olehDato' Setia Haji Anhar Opir(M***i Negeri Selangor)๐Ÿ“… Tarikh :...
17/05/2026

Assalamualaikum wbt.
โœจ CERAMAH PERDANA โœจ
Disampaikan khas oleh
Dato' Setia Haji Anhar Opir
(M***i Negeri Selangor)
๐Ÿ“… Tarikh : 22 Mei 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•ฐ๏ธ Waktu : Selepas Solat Maghrib
๐ŸŒน Seluruh kariah Seksyen 4 dijemput hadir bersama-sama memeriahkan majlis ilmu ini.
Semoga kehadiran kita diberkati dan mendapat manfaat dunia serta akhirat, insya-Allah.

Sempena dengan Bulan Kesedaran Kesihatan Mental (Mei 2026), Biro Muslimat Surau Raudhah Al Muttaqin Seksyen 4 Shah Alam ...
14/05/2026

Sempena dengan Bulan Kesedaran Kesihatan Mental (Mei 2026), Biro Muslimat Surau Raudhah Al Muttaqin Seksyen 4 Shah Alam telah berkolaborasi dengan Persatuan Muballighat Negeri Selangor menganjurkan Program "Kemahiran Bantuan Kecemasan Psikospiritual Untuk Komuniti: Saya Bukan Kaunselor Tapi Saya Peduli". Kehadiran seramai lebih 100 orang peserta dan ceramah telah disampaikan oleh Dr. Alizi Alias, Consultant Organisational Psychologist.

Address

Jalan Nenas 4/4
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Dan Komuniti Seksyen 4 Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share