18/06/2026
📚🎒 PROGRAM PENYERAHAN ALAT TULIS KEPADA MURID-MURID KATEGORI B40
Dengan penuh rasa syukur, Program Penyerahan Alat Tulis kepada murid-murid kategori B40 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Seksyen 18, Shah Alam telah berjaya dilaksanakan pada 17 Jun 2026 di Dewan Beringin, Seksyen 24, Shah Alam.
Program ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan serta memberi semangat kepada para pelajar dalam meneruskan sesi persekolahan dengan lebih yakin dan bersemangat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Daniel Al-Rashid, ADUN Batu Tiga, atas kesudian merasmikan program ini serta komitmen berterusan beliau dalam memperkasakan kebajikan dan pendidikan masyarakat.
Penghargaan turut dirakamkan kepada Tuan Sivam A/L Poovaloo, Ketua Komuniti India DUN Batu Tiga, dan Encik Mogan Das, Pengerusi PIBG SJKT Seksyen 18, atas kerjasama serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Terima kasih juga kepada pihak sekolah, para guru, ibu bapa, sukarelawan dan semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan usaha bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.
Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar dan menjadi pemangkin kejayaan mereka pada masa hadapan.