14/08/2026
16 MEI 2026 - MESYUARAT TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN BUKIT JELUTONG
Berlangsungnya mesyuarat tahunan yang dijalankan di Restoran Ehsan, Bukit Jelutong di mana ahli-ahli pemuda cawangan membentangkan usul-usul yang ingin disampaikan bersama Ketua Pemuda dan ahli jawatankuasa Pemuda Cawangan UMNO Bukit Jelutong.
Turut ditemani bersama Ketua Pemuda Bahagian UMNO Shah Alam, saudara Hafiz Rahman serta barisan kepimpinan Pemuda Bahagian UMNO Shah Alam. Ribuan terima kasih atas kehadiran yg berhormat.
Persidangan ditangguhkan dengan sebulat suara pada jam 10.30 malam. Semangat dan integriti yang diberi oleh setiap ahli individu amat membanggakan dan boleh dijadikan contoh kepada anak muda generasi akan datang.
Bersatu, bersetia, berkhidmat!
- Admin -